TONGKAT ALI

Taksonomi Tanaman 

Nama Saintifik

Eurycoma longifolia Jack

 

Nama VernakularBedara merah, bedara pahit, bedara puteh, imagifashion lempedu pahit, pasak bumi, payung ali, petala bumi, penawar pahit, tongkat ali, tongkat baginda, setunjang bumi
FamiliSimaroubaceae
Genus Eurycoma
Species E. longifolia Jack dan E. apiculata A.W. Bennett

 

Penanaman di Ladang 

Bagi aktiviti penanaman, saiz lubang yang dicadangkan adalah berukuran 30 cm x 30 cm x 30 cm dan diletakkan baja asas sebanyak 100 g Triple Super Phosphate (TSP), 100 g kapur Ground Magnesium Limestone (GML) dan 50 g baja organik.

 

Sistem Penanaman

Di habitat semulajadi, tongkat ali didapati tumbuh di bawah naungan. Tanaman ini juga didapati boleh hidup walaupun ditanam secara tunggal dan terdedah terus kepada cahaya matahari. Ia boleh ditanam sebagai tanaman selingan bersama tanaman kelapa, getah dan tanaman kekal.

 

a) Jarak Tanaman Disyorkan Bagi Sistem Penanaman Tunggal

Pada masa ini masih belum terdapat sebarang pengesyoran tentang jarak tanaman yang optimum. Walau bagaimanapun jarak tanaman yang biasa diamalkan adalah 1 meter dalam barisan dan 2 meter di antara barisan. Jarak ini memberikan kepadatan tanaman 5,000 pokok/ha.


b) Jarak Tanaman Disyorkan Bagi Sistem Penanaman Integrasi

Jarak tanaman di antara dan di dalam baris bagi tanaman tongkat ali adalah bergantung kepada rekabentuk sistem tanaman ataupun pemilihan spesis.

Pembajaan

Sehingga kini masih belum terdapat rejim pembajaan untuk pengesyoran tanaman tongkat ali. Walau bagaimanapun sebagai pengesyoran awal, baja dan kadar yang boleh digunakan bagi pokok yang berumur 1 tahun di ladang ialah baja sebatian kimia NPK 15:15:6:4 pada kadar 400 g/pokok setahun pada tahun pertama.

Kadar tersebut akan meningkat apabila pokok tongkat ali semakin membesar iaitu 800 g/pokok pada tahun kedua penanaman, 900 g/pokok pada tahun ketiga penanaman dan 1,200 g/pokok pada tahun keempat penanaman.

Pembajaan diberikan dalam bentuk 4 pecahan setahun pada kadar yang sama mengikut jumlah setiap tahun yang telah disyorkan. Program pembajaan adalah seperti yang dinyatakan di dalam Jadual 1.

 

Bil.Umur Tongkat Ali (Tahun)Jenis BajaKadar (g/pokok/tahun)Pusingan
11NPK 15:15:6:44004 Pusingan
22NPK 15:15:6:48004 Pusingan
33NPK 15:15:6:49003 Pusingan
44NPK 15:15:6:41200 3 Pusingan

Jadual 1 : Program pembajaan tanaman tongkat ali

Pengurusan Perosak dan penyakit

Tanaman tongkat ali diperkenalkan kepada umum untuk mengekalkan kelestariannya sebagai satu tanaman herba yang penting di Malaysia. Melalui pemerhatian, tanaman ini kurang mengalami masalah perosak dan penyakit yang serius seiring dengan pengurusan ladang yang baik. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perosak dan penyakit dikenalpasti telah menyerang tanaman tongkat ali.

Bagi mengurangkan risiko serangan penyakit dan perosak yang serius, amalan pemantauan dan pengawalan secara berkala harus dititikberatkan.

Pendekatan yang paling praktikal dalam pengurusan perosak adalah secara Pengurusan Perosak Bersepadu (PPB) yang juga merupakan objektif utama dalam amalan pertanian baik (APB). Kawalan secara mesra alam adalah mengambil kira faktor ekologi, biologi dan amalan agronomi.

Sehingga kini, masih tiada lagi pengesyoran racun kimia bagi kawalan perosak dan penyakit tanaman tongkat ali.

 

Jenis-jenis perosak dan kawalan

Bil.Perosak (Nama biasa dan saintifik)Bahagian serangan dan tanda/simptomSyor pengurusan Perosak
1.

Ulat harimau

Atteva sciodoxa

Larva ulat harimau sering memakan pucuk dan daun muda dengan agresif.

Dalam jumlah yang banyak, ia mampu merosakan pokok sehingga meninggalkan rangka sahaja.

Serangan yang serius, terutamanya pada anak benih boleh menyebabkan pertumbuhan terbantut dan mati.

Populasi ulat perosak ini meningkat pada musim tertentu, biasanya apabila pokok mula mengeluarkan pucuk muda dan di akhir musim hujan. 

Beberapa pendekatan boleh dilakukan bagi mengawal populasi larva perosak ini seperti secara biologi dan mekanikal.

Agen biologi komersil seperti kulat entomopatogen Metarhizium anisopliae dan bakteria Bacillus thuringiensis (Bt) boleh digunakan mengikut cadangan pengeluar.

Jika populasi ulat perosak tersebut rendah, kawalan secara mekanikal boleh dipertimbangkan. Ia dilakukan dengan mengutip secara manual menggunakan tangan.

2.

Teritip

Coccus viridis

Pokok yang diserang kelihatan pudar dan lama – kelamaan diselaputi sepenuhnya kulapuk hitam.

Serangan yang teruk akan mengakibatkan pokok lain yang diselaputi kulapuk hitam.

Daun menjadi layu, kering, gugur dan akhirnya tinggal ranting yang telah mati.

Perosak ini akan memusnahkan pokok muda pada usia 2 tahun pertama selepas pemindahan anak benih ke kawasan tanaman. 

Kaedah kawalan secara kultura adalah dengan memastikan semua anak pokok yang bakal dipindah ke kawasan tanaman diperiksa dengan teliti dan diasingkan sekiranya diserang.

Gunakan kawalan secara organik menggunakan campuran bahan air bersih, sabun, minyak neem dan disemburkan di dipermukaan bawah daun

3.

Ulat pengorek batang

Zeuzera sp 

Ulat ini dapat dikesan dengan terdapatnya lubang-lubang pernafasan di bahagian dahan pada jarak tertentu.

Dari lubang ini keluar lelehan air beserta gumpalan najis (fras) yang selalunya berwarna perang kemerahan. Gumpalan najis juga dapat dilihat di atas tanah di bawah dahan yang diserang.

Dahan-dahan kecil yang dikorek menjadi layu dan mati.

Bagi pokok yang rendah, pengawalan dilakukan dengan mencantas dan memusnahkan dahan atau ranting yang diserang.
4.

Anai-anai

Coptotermes sp.

Anai-anai memakan bahagian akar, batang dan dahan yang akan menyebabkan bahagian ini mati.

Serangan ini seterusnya akan mengakibatkan pokok mati rosot, daun layu, kuning dan gugur. Pokok yang lemah sering diserang.

Semasa melakukan kerja-kerja pembersihan kawasan sebelum menanam, adalah disyorkan supaya semua bahan sisa tanaman seperti banir, dahan dan ranting dikutip dan dibakar.

Amalan ini dapat mengurangkan kesan serangan serangga dan penyakit termasuk anai-anai.

 

Jenis-jenis penyakit dan kawalan

Bil.PenyakitpenyebabSimptomSyor Kawalan
1.AntraknosKulat
Collectotrichum
sp.
Bintik kuning pada permukaan daun, lesion dan akhirnya menjadi nekrotik. Buang dan bakar bahagian yang terkena serangan.
2.

Jeragat


(Sooty
Mould)

Kulat
Cladosporium,
Aureobasidium,
Limacinula,
Scorias
dan
Capnodium
Permukaan daun hitam kelabu dan berkerak seperti dicat.Buang dan bakar bahagian yang terkena serangan cantasan pada dahan dan kawalan secara organik 
3.Bintik AlgaKulat
Cephaleuros
virescens
Bintik alga leper berwarna hijau kelabu hingga ke warna hijau perang dan kadang kala keperangan.Buang dan bakar bahagian yang terkena serangan, cantasan pada dahan dan kawalan secara organik.
4.Sindrom
mati
mengejut
Kulat Fusarium
sp. dan
Lasiodiplodia
theobromea

Daun menjadi pudar warna, layu dan mengarah keatas. Daun- daun kemudian menjadi kering dan gugur.

Kayu pada bahagian akar dijangkiti akan mengalami perubahan warna kepada kuning keperangan 

Kemunculan gejala pada peringkat yang lewat dan agen penyebab yang belum dapat  dikenalpasti menyebabkan penyakit ini sukar untuk dirawat.

Walaupun begitu, kerebakan penyakit ini dapat dicegah jika keseluruhan pokok yang dijangkiti termasuk sistem akar dimusnahkan secepat mungkin.

PAKEJ TEKNOLOGI TONGKAT ALI
Latest updates news (2024-07-27 02:54):

does steel cut oats rce lower blood sugar | healthy IAn diet to reduce blood sugar | should you take 0rz insulin in anticipation of high blood sugar | usF alcohol use and blood sugar elevation | how long does lantus 9YY take to lower blood sugar | red 7gT hot chili peppers blood sugar sex magik shirt | 23 Qvy blood sugar level | do apple cider vinegar e5Q pills help lower blood sugar | does high heat affect Uo2 blood sugar | blood sugar reading 330 pVa | what is the normal blood sugar after uVF you eat | cbd vape 453 blood sugar | do you get a Gjc headache whrn your blood sugar drops | will black coffee affect fasting blood 6Fa sugar | low blood 2RA sugar while on period | what organs control blood sugar MFc levels | cCO probiotics and blood sugar control | will Ghr apple watch smell blood sugar | blood aLl sugar regulation mechanism | what does low blood sugar do to IbN your brain | natural sweeteners effect on blood sugar iM9 | peanuts qvK and blood sugar levels | will protein increase blood sugar sg4 | why is my blood sugar so low nQF in the morning | aPo blood sugar 4 hrs after meal | quick food to lower tPX blood sugar | rite aid blood sugar test wYQ | post glucose blood sugar range c8x | blood sugar chart for those LB7 without diabetes | does increased inr affect blood sugar pnN | myoinsitol XIW increase blood sugar | blood sugar jqK type 2 diabetes | can s8W illicit drugs cause high blood sugar | do chia UjW seeds regulate blood sugar | 1 cortisone shot d8q increase blood sugar | can X8F low blood sugar cause anxiety | can you lower blood sugar without medicine 7Xv | 3fp how long before fasting blood sugar test | how long after eating is DHD fasting blood sugar | 135 0En mg dl blood sugar | low blood sugar sweat uBp smell | signs of low blood Ebj sugar pregnancy | what qG3 food helps blood sugar levels | blood sugar fasting rules VKu | apple cider FAt vinegar blood sugar gestational | blood sugar 5Tu levels for 20 year old | 3zd can keto cause low blood sugar non diabetic | does nlm rizzuto affect blood sugar | normal blood sugar levels for non 3vm diabetic | warnings signs for kkR low blood sugar