Soalan Lazim (FAQ)

Apakah yang dimaksudkan dengan Racun Makhluk Perosak?

Racun makhluk perosak ialah racun makhluk yang meliputi semua racun serangga, racun kulat, racun rumpai, racun tikus, racun siput dan racun makhluk lain yang digunakan dalam bidang pertanian, sektor kesihatan umum, sektor perhutanan dan yang digunakan dalam rumah.

Apakah Akta Racun Makhluk Perosak 1974?

Akta Racun Makhluk Perosak 1974 ialah satu undang-undang yang digubal bagi mengawal berbagai aspek yang berkaitan dengan racun makhluk perosak yang mana meliputi :

  • Pengimportan, pengilangan racun makhluk perosak melalui pendaftaran dan pengeluaran permit.
  • Pengawalan, penjualan dan penyimpanan melalui kaedah-kaedah pelesenan.
  • Pengawalan residu racun makhluk perosak dalam bahan makanan, melalui cerakinan dan persampelan hasil pertanian.
  • Menjalankan penyiasatan berkaitan dengan kes-kes keracunan yang disebabkan oleh racun makhluk perosak.
  • Penguatkuasaan undang-undang berkaitan.
  • Pengawalan iklan racun makhluk perosak di media masa.
  • Pengawalan label racun makhluk perosak melalui Peraturan Perlabelan.
  • Pengawalan pengendali kawalan makhluk perosak.
Apakah objektif/matlamat Akta ini?

Matlamat Akta adalah seperti berikut :

  • Mengawal perkilangan, penjualan dan penyimpanan racun makhluk perosak di negara ini.
  • Memastikan racun makhluk perosak adalah berkesan sebagaimana didakwa pada label.
  • Mengawal pemalsuan racun makhluk perosak dari segi kandungan, kepekatan bahan aktif, kemujaraban serta lain-lain sifat yang terdapat pada sesuatu racun makhluk perosak.
  • Mengawal residu racun makhluk perosak dalam makanan untuk kegunaan tempatan dan juga untuk eksport.
  • Mengawal bahaya racun makhluk perosak ke atas pengguna, pengendali, orang awam, ternakan, punca-punca air dan juga alam sekitar.
Apakah peruntukan-peruntukan yang telah dilaksanakan di bawah Akta ini?

Peruntukan-peruntukan tersebut adalah :

  • Pendaftaran racun makhluk perosak.
  • Pengeluaran permit mengimport racun makhluk perosak untuk tujuan penyelidikan pelajaran dan/atau sebagai contoh atau piawaian cerakinan.
  • Pemantauan residu dalam hasil pertanian.
  • Penyiasatan ke atas kematian dan bencana racun makhluk perosak.
  • Pengawalan iklan makhluk perosak.
  • Pengawalan pengendalian kawalan makhluk perosak.
  • Pengawalan label racun makhluk perosak.
  • Pengawalan semburan udara racun makhluk perosak.
Apakah pendaftaran Racun Makhluk Perosak?

Ia adalah suatu skim untuk mendaftarkan racun makhluk perosak yang diluluskan untuk diimport, dikilang, dijual dan digunakan di dalam negara ini yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian di bawah arahan Lembaga Racun Makhluk Perosak.

Apakah tujuan pendaftaran ini dijalankan?

Skim pendaftaran racun makhluk perosak adalah bertujuan menentukan racun makhluk perosak yang dipasarkan adalah berkesan seperti mana didakwa oleh pihak syarikat yang mendaftar dan selamat dikendalikan dengan syarat segala garis panduan dan peraturan penggunaannya dipatuhi.

 

Pendaftaran juga bertujuan untuk memastikan racun makhluk perosak yang didapati di pasaran itu mengandungi perawis aktif tertentu dalam kuantiti yang betul seperti yang dinyatakan di label dan dalam perumusan-perumusan yang sesuai dan diisi dalam bekas-bekas yang sesuai dan berlabel.

Apakah yang dimaksudkan dengan Racun Makhluk Perosak yang diluluskan?

la adalah racun yang pada pendapat Lembaga Racun Makhluk Perosak berkesan untuk tujuan penggunaannya dan secara relatifnya selamat untuk digunakan dan boleh dijual di negara ini dengan mematuhi syarat-syarat tertentu.

Apakah jenis Racun Makhluk Perosak yang dikawal oleh pendaftaran ini?

Penguatkuasaan pendaftaran pada 1 April 1981 ini meliputi semua racun serangga, racun kulat, racun rumpai, racun tikus, racun siput dan lain-lain yang digunakan dalam bidang pertanian, haiwan, kesihatan umum, rumahtangga dan lain-lain. Oleh yang demikian lingkaran nyamuk, bahan pengewasapan, aerosol dan minyak yang digunakan sebagai racun serangga mestilah semuanya didaftarkan.

Bagaimanakah untuk mengetahui sama ada sesuatu Racun Makhluk Perosak itu telah didaftarkan?

Suatu racun makhluk perosak yang berdaftar mempunyai label yang membawa satu nombor pendaftaran (No. Pendaftaran LRMP.R1/……….) dan kenyataan-kenyataan lain seperti nama racun, kepekatan perawis aktif, kenyataan amaran dan aturan menggunakannya.

Bilakah tarikh penguatkuasaan?

Mulai daripada 1 April 1981 di Semenanjung Malaysia dan 1 Januari 1982 di Sabah dan Sarawak, hanya racun makhluk perosak yang berdaftar sahaja dibenarkan untuk diimport atau dikilang, dirumus, dibungkus, dibungkus semula atau dilabel di Malaysia. Racun makhluk perosak yang tidak berdaftar tidak boleh dijual di pasaran tempatan.

Apakah hukuman mengimport dan mengilang Racun Makhluk Perosak yang salah jenama atau tidak didaftarkan?

Bagi kesalahan pertama, seseorang boleh dipenjarakan selama lima (5) tahun atau didenda sebanyak RM50,000 dan pada kesalahan kali kedua atau berikutnya boleh dipenjarakan selama sepuluh tahun atau didenda sebanyak RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

Bolehkah anda mengimport Racun Makhluk Perosak yang tidak berdaftar selepas tarikh tersebut?

Ya, boleh! Mengikut Seksyen 14 Akta, seseorang dibenarkan mengimport sesuatu racun makhluk perosak yang tidak berdaftar bagi maksud-maksud pelajaran, penyelidikan atau sebagai contoh pendaftaran atau piawaian cerakinan sahaja. Walau bagaimanapun, beliau mestilah terlebih dahulu mendapatkan suatu permit daripada Jabatan Pertanian.

Apakah permit mengimport Racun Makhluk Perosak?

Permit mengimport racun makhluk perosak adalah satu permit/kebenaran yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Racun Makhluk Perosak 1974 (Pengimportan Bagi Maksud-Maksud Pelajaran, Penyelidikan atau sebagai contoh Pendaftaran atau Piawaian Cerakinan) bagi seseorang yang berhasrat mengimport racun makhluk perosak.

Apakah yang dimaksudkan dengan permit mengimport?

Permit import ini hanya dikeluarkan bagi tujuan Pelajaran, Penyelidikan atau sebagai contoh Pendaftaran atau Piawaian Cerakinan. Permit ini tidak dikeluarkan untuk membolehkan racun makhluk perosak diimport untuk tujuan jualan dalam pasaran tempatan. Bagi membolehkan sesuatu racun makhluk perosak itu dijual, ia mestilah didaftarkan terlebih dahulu dengan pihak Lembaga Racun Makhluk Perosak.

Apakah hukuman yang boleh dikenakan sekiranya melanggar peraturan ini?

Bagi kesalahan pertama, seseorang yang melanggar peraturan ini boleh dikenakan penjara sehingga enam (6) bulan atau didenda sebanyak RM5,000, dan bagi kesalahan kedua dan seterusnya ia boleh dipenjarakan sehingga satu (1) tahun atau didenda sebanyak RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Apakah yang dimaksudkan dengan residu Racun Makhluk Perosak dalam tanaman makanan?

Residu racun makhluk perosak adalah racun makhluk perosak yang tertinggal dalam tanaman makanan akibat penggunaan racun makhluk perosak untuk mengawal perosak tanaman.

Kenapakah residu Racun Makhluk Perosak dalam makanan perlu dikawal?

Residu racun makhluk perosak dalam makanan perlu dikawal supaya kandungannya berada di paras yang selamat kepada pengguna. Kawalan residu juga adalah untuk memastikan :

  • Bahan makanan mengandungi residu racun makhluk perosak tidak melebihi paras yang ditetapkan oleh undang-undang.
  • Keluaran hasil komoditi dapat diterima oleh negara luar selaras dengan had maksimum residu yang dtetapkan oleh pihak negara pembeli.
Dimanakah maklumat berkaitan had maksimum residu (MRL) Racun Perosak dalam tanaman makanan di Malaysia boleh diperolehi?

Had Maksimum Residu (MRL) racun perosak dalam tanaman makanan di Malaysia boleh disemak melalui laman sesawang https://mymrl.doa.gov.my/

Apakah tindakan yang akan dikenakan kepada pengusaha ladang/pembekal/pengeksport/pengimport yang menjual atau mengedar hasil tanaman yang tidak mematuhi nilai had maksimum residu (MRL) Racun Perosak?

Pengusaha ladang/pembekal/pengeksport/pengimport yang menjual hasil tanaman yang tidak mematuhi nilai had maksimum residu (MRL) racun perosak akan dikenakan tindakan dibawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985, Akta Makanan 1983 yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Apabila disabitkan kesalahan mereka boleh dikenakan denda tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit RM 10,000 ATAU penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun’’

Apakah langkah-langkah yang diambilkan oleh Jabatan Pertanian dalam memastikan hasil tanaman yang dihasilkan di Malaysia adalah mematuhi had maksimum residu (MRL) Racun Perosak?

Jabatan Pertanian melaksanakan aktiviti pemantauan residu racun perosak dalam hasil tanaman makanan di Malaysia secara berterusan. Ia dilaksanakan melalui pengambilan sampel di peringkat ladang serta analisis residu racun perosak dimakmal bagi menentukan kepatuhan terhadap nilai MRL yang telah dikenalpasti oleh Jabatan Pertanian.

Bagaimanakah Penguatkuasaan Akta Racun Makhluk Perosak 1974 dijalankan?

Bahagian Kawalan Racun Perosak dan Baja sentiasa menjalankan pemeriksaan ke atas premis-premis yang mengendalikan racun makhluk perosak, kebun, ladang untuk memastikan segala peruntukan Akta dipatuhi. Selain daripada itu Bahagian Kawalan Racun Perosak dan Baja juga bertindak di atas laporan yang diterima dari mana-mana pihak bersabit dengan penguatkuasaan Akta ini. Orang ramai juga dapat membantu dalam penguatkuasaan Akta ini dengan memberi laporan serta maklumat mengenai pelanggaran mana-mana peruntukan Akta kepada Bahagian Kawalan Racun Perosak dan Baja yang berdekatan.

Apakah tujuan mengadakan lesen bagi penjualan dan penyimpanan untuk jualan Racun Makhluk Perosak?

Tujuannya adalah untuk :

  • Mengawal penjualan dan penyimpanan serta keselamatan pengendalian racun makhluk perosak.
  • Mengawal pencemaran racun makhluk perosak terhadap makanan, minuman dan alam sekitar.
Apakah yang dimaksudkan dengan lesen dan jenis lesen yang dikeluarkan di bawah kaedah-kaedah pelesenan tersebut?

1. Lesen Menjual Racun Makhluk Perosak

  • Lesen ini dikeluarkan kepada penjual-penjual racun makhluk perosak. Pemegang lesen ini cuma dibenarkan menyimpan dan menjual racun makhluk perosak pada premis yang dinyatakan dalam lesen sahaja. Satu lesen dikeluarkan untuk satu premis sahaja.

 

 

2. Lesen Menyimpan Racun Makhluk Perosak Untuk Jualan

  • Lesen ini dikeluarkan kepada penjual-penjual racun makhluk perosak yang menyimpan racun tersebut di premis selain daripada premis jualan. Pemegang lesen ini tidak dibenarkan menjalankan aktiviti penjualan pada premis yang disebutkan di dalam lesen tersebut.
Siapakah yang layak memohon lesen di bawah Kaedah-Kaedah Pelesenan?

Hanya syarikat-syarikat, pertubuhan perniagaan, koperasi-koperasi dan lain-lain badan/agensi yang didaftarkan di bawah undang-undang yang berkaitan di negara ini boleh memohon lesen tersebut. Permohonan atas nama perseorangan tanpa memenuhi syarat di atas tidak dapat diterima.

Apakah jenis Racun Makhluk Perosak yang dikecualikan daripada mempunyai lesen?

Racun makhluk perosak yang disenaraikan di bawah ini adalah dikecualikan daripada mempunyai lesen :

  • Bacillus thuringensis israelensis serotype H-14 yang mengandungi 200 I.T.U/mg.
  • Bacillus thuringensis israelensis serotype H-14 yang mengandungi 1200 I.T.U/mg.
  • Cecair “spot on” untuk mengawal sengkenit dan pinjal pada anjing dan kucing.
  • Cecair penghalau nyamuk untuk pengewapan.
  • Kelambu atau kertas yang diserapkan dengan racun serangga.
  • Kepingan penghalau nyamuk.
  • Lingkaran penghalau nyamuk.
  • Losyen untuk mengawal kutu, pinjal dan hama pada anjing dan kucing.
  • Penghalau serangga.
  • 5% atau kurang b/b serbuk permethrin.
  • 1% atau kurang b/b butir temephos.
  • Relang leher untuk mengawal sengkenit dan pinjal pada anjing dan kucing.
  • Sabun untuk binatang peliharaan.
  • Serbuk untuk mengawal sengkenit dan pinjal pada anjing dan kucing.
  • Syampu untuk mengawal kutu, pinjal dan hama pada anjing dan kucing.
  • Tablet untuk mengawal lipas.
  • Umpan lalat, lipas atau semut.
Bolehkah anda menjual Racun Makhluk Perosak tanpa lesen selepas kaedah-kaedah pelesenan dikuatkuasakan?

Tidak boleh! Mengikut Seksyen 59 Akta Racun Makhluk Perosak 1974, seseorang itu tidak dibenarkan menjual racun makhluk perosak selain daripada racun makhluk perosak yang disenaraikan di bawah Perintah Racun Makhluk Perosak (Pengecualian) 1988, tanpa lesen. Seseorang itu mestilah terlebih dahulu mendapatkan lesen menjual racun makhluk perosak daripada Lembaga Racun Makhluk Perosak.

Berapa lamakah tempoh lesen itu dikeluarkan?

Lesen tersebut dikeluarkan hanya untuk tempoh tiga (3) tahun dari tarikh ianya dikeluarkan dan perlu diperbaharui sebelum tamat tempoh lesen. Untuk membaharui lesen, pemohon dikehendaki mengemukakan satu (1) permohonan memperbaharui beserta dengan bayaran.

Apakah hukuman jika menjual atau menyimpan bagi tujuan jualan Racun Makhluk Perosak tanpa lesen atau melanggar syarat-syarat yang ditetapkan?

Sesiapa yang menjual/menyimpan untuk jualan racun makhluk perosak tanpa lesen, adalah melakukan satu (1) kesalahan di bawah Seksyen 20(1) Akta Racun Makhluk Perosak 1974 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 20 (4) A Akta tersebut. Penalti bagi kesalahan adalah seperti berikut :

  • Bagi kesalahan kali pertama, boleh didenda sebanyak RM10,000 atau tiga (3) tahun penjara.
  • Bagi kesalahan kedua dan seterusnya, boleh didenda sebanyak RM20,000 atau enam (6) tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Di manakah pemohon boleh mendapatkan borang permohonan lesen tersebut?

Borang-borang permohonan lesen boleh didapati di tempat-tempat berikut :

  • Bahagian Kawalan Racun Perosak dan Baja Negeri.
  • Portal Rasmi Jabatan Pertanian.
Apakah yang dimaksudkan dengan Peraturan Racun Makhluk Perosak Amat Berbisa?

Peraturan Racun Makhluk Perosak Amat Berbisa adalah satu (1) peraturan bertujuan mengawal serta menghadkan penggunaan beberapa jenis racun makhluk perosak tersebut.

 

Di bawah peraturan ini apakah jenis Racun yang dikawal?

Buat masa kini cuma tiga (3) jenis racun makhluk perosak yang dikawal iaitu :

  • Acephate
  • Monocrotophos
  • Methamidophos
Mengapakah Racun Makhluk Perosak ini dikawal?

Racun makhluk perosak ini dikawal oleh sebab tahap keracunan atau kebisaannya yang amat tinggi pada manusia dan binatang apabila terdedah padanya.

Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi bahagian berkenaan :

BAHAGIAN KAWALAN RACUN PEROSAK DAN BAJA

TINGKAT 4-6, WISMA TANI,

JALAN SULTAN SALAHUDDIN,

50632, KUALA LUMPUR.

Phone : 03-2030 1472

Fax : 03-2691 7551

Apa itu myGAP?

myGAP merupakan satu skim pensijilan yang memberi pengiktirafan kepada ladang yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik (APB)

Apakah jenis tanaman yang boleh dipensijilkan?

Terdapat 3 skop pensijilan myGAP iaitu :

i) Tanaman (myGAP)

– Pengiktirafan kepada ladang yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik bagi pengeluaran hasil tanaman makanan yang berkualiti dan selamat di makan, menjaga keselamatan alam sekitar serta menjamin keselamatan dan kebajikan pekerja.

– Hasil adalah bertujuan untuk dimakan oleh manusia dan haiwan seperti sayur-sayuran, buah-buahan termasuk pengeluaran makanan untuk haiwan seperti napier dan jagung bijirin.

– Hasil adalah untuk tujuan penyediaan makanan secara fizikal dan/atau bersentuhan dengan makanan seperti daun pisang, daun buluh, daun palas, buluh.

 

ii) Tanaman Bukan Makanan (TBM)

 – Pengiktirafan kepada ladang yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik bagi pengeluaran hasil tanaman bukan makanan yang bersih dan berkualiti, menjaga keselamatan alam sekitar serta menjamin keselamatan dan kebajikan pekerja.

 – Hasil bukan tujuan dimakan oleh manusia dan haiwan.

 – Hasil bukan tujuan untuk penyediaan makanan secara fizikal dan/atau bersentuhan dengan makanan. Contoh : Florikultur atau tanaman hiasan.

 

iii) Pemeliharaan Lebah (Tribus Apini) dan Kelulut (Tribus Meliponini)

 – Pengiktirafan pemeliharaan lebah dan kelulut yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik bagi pengeluaran madu, hasilan lebah dan kelulut yang berkualiti dan selamat dimakan, menjaga keselamatan alam sekitar serta menjamin keselamatan dan kebajikan pekerja. Contoh : ladang yang memelihara lebah, memelihara kelulut.

Siapa yang boleh memohon myGAP? 
  • Individu/Persendirian
  • Syarikat swasta
  • Agensi/Badan Berkanun
Berapakah had minima keluasan ladang untuk memohon pensijilan myGAP?
  • Tiada had minima keluasan bagi tanaman makanan dan tanaman bukan makanan.
  • Minima 10 haif aktif bagi pemeliharaan lebah dan kelulut. Haif aktif merujuk kepada 70 ekor/minit fly in fly out bagi kelulut.
Bagaimana hendak memohon? 
  • Pemohon boleh memohon melalui Pejabat Pertanian Daerah di seluruh Malaysia (Sila rujuk Pejabat Pertanian Daerah berpandukan alamat ladang pertanian yang di usahakan).
  • Borang boleh di muat turut melalui laman web Jabatan Pertanian www.doa.gov.my
  • Borang yang telah lengkap diisi perlu dihantar kepada pejabat Pertanian Daerah untuk Tindakan selanjutnya.
Apakah dokumen/maklumat yang diperlukan?

Borang Permohonan dan Dokumen sokongan (sila rujuk borang permohonan skop yang ingin di mohon)

Berapa lama tempoh saya boleh mendapatkan sijil myGAP?

Dalam tempoh 90 hari bekerja jika semua kriteria pensijilan dipenuhi.

Apakah Kriteria yang perlu dipenuhi untuk mendapat sijil myGAP?
  • Lulus Pemeriksaan Tapak
  • Lulus Pemeriksaan Amalan Ladang
  • Lulus Analisis Sampel Hasil
Berapa lama tempoh sahlaku sijil?

Dua (2) tahun

Apa yang saya dapat jika ladang saya dipersijilkan myGAP?
  • Pengusaha boleh menggunakan logo myGAP atau nombor pensijilan untuk mempromosikan hasil pada bahan pembungkus.
  • Memudahkan hasil ladang untuk dieksport ke luar negara.
  • Pengurusan ladang yang lebih bersistem.
  • Pengeluaran hasil yang selamat dan berkualiti.
Setelah sijil tamat tempoh, adakah sijil saya perlu diperbaharui?

Ya, pengusaha perlu mengemukakan permohonan pembaharuan enam (6) bulan sebelum tamat tempoh sahlaku sijil ke pejabat pertanian daerah berhampiran lokasi ladang.

Apa itu myOrganic ?

myOrganic (Malaysia Organic/ Skim Pensijilan organic Malaysia) adalah skim pensijilan yang dirangka dan dilaksanakan untuk mengiktiraf ladang-ladang yang mengamalkan perladangan secara organik bagi pengeluaran hasil tanaman makanan yang berkualiti dan selamat di makan, menjaga keselamatan alam sekitar serta menjamin keselamatan dan kebajikan pekerja.

Apakah jenis tanaman yang boleh dipensijilkan myOrganic?
  1. Tanaman makanan
  • Hasil adalah bertujuan untuk dimakan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
Siapa yang boleh memohon myOrganic?
  • Individu/Persendirian
  • Syarikat swasta
  • Agensi/Badan Berkanun
Bagaimana hendak memohon?
  • Pemohon boleh memohon melalui Pejabat Pertanian Daerah di seluruh Malaysia (Sila rujuk Pejabat Pertanian Daerah berpandukan alamat ladang pertanian yang di usahakan).
  • Borang boleh di muat turut melalui website Jabatan Pertanian www.doa.gov.my
Apakah Dokumen/maklumat yang diperlukan?

Borang Permohonan dan Dokumen sokongan (sila rujuk borang permohonan skop yang ingin di mohon)

Berapa lama tempoh saya boleh mendapatkan sijil myOrganic?

Dalam tempoh 6 bulan bagi tanaman cendawan atau lebih jika semua kriteria pensijilan dipenuhi.

Berapa lama tempoh sahlaku sijil?

Satu (1) tahun

Setelah sijil tamat tempoh, adakah sijil saya perlu diperbaharui

Ya, pengusaha perlu mengemukakan permohonan enam (6) bulan sebelum tamat tempoh sahlaku sijil ke pejabat pertanian daerah berhampiran lokasi ladang.

Apakah Kriteria yang perlu dipatuhi untuk mendapat sijil myOrganic?
  • Mematuhi zon penampan
    •  
  • Mematuhi tempoh peralihan dari tarikh pendaftaran:
    • satu tahun bagi hutan dara/tanaman organik,
    • dua tahun atau lebih bagi tanaman konvensional
  • Lulus Pemeriksaan Tapak
  • Lulus Pemeriksaan Amalan Ladang
  • Lulus Analisis
Apa yang saya dapat jika ladang saya dipersijilkan myGAP?
  • Pengusaha boleh menggunakan logo myGAP atau no pensijilan untuk mempromosikan hasil pada bahan pembungkus.
  • Memudahkan hasil ladang untuk dieksport ke luar negara.
  • Pengurusan ladang yang lebih bersistem.
  • Pengeluaran hasil yang selamat dan berkualiti.
Berapakah had minima keluasan ladang untuk memohon pensijilan myGAP?
  • Tiada had minima keluasan bagi tanaman makanan dan tanaman bukan makanan.
  • minima 10 haif aktif bagi pemeliharaan lebah dan kelulut. Haif aktif merujuk kepada 70 ekor/minit fly in fly out bagi kelulut.
Maklumat Lanjut sila hubungi:

Seksyen Pensijilan Ladang

Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman Putrajaya

03-8870 3448

Apa itu myGAP Pesticide Free (myGAP.PF)?

Pengiktirafan kepada ladang yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik serta tidak menggunapakai racun perosak sintetik bagi pengeluaran hasil tanaman makanan yang berkualiti dan selamat di makan, menjaga keselamatan alam sekitar serta menjamin keselamatan dan kebajikan pekerja.

Apakah jenis tanaman yang boleh dipensijilkan myGAP.PF?

Semua jenis tanaman makanan yang diusahakan tanpa menggunakan racun perosak sintetik bagi kawalan penyakit dan perosak seperti tanaman yang ditanam menggunakan sistem hidroponik dan fertigasi.

Siapa yang boleh memohon myGAP.PF?
  • Individu/Persendirian
  • Syarikat swasta
  • Agensi/Badan Berkanun
Berapakah had minima keluasan ladang untuk memohon pensijilan myGAP.PF?
  • Tiada had minima keluasan
Bagaimana hendak memohon?
  • Pemohon boleh memohon melalui Pejabat Pertanian Daerah di seluruh Malaysia (Sila rujuk Pejabat Pertanian Daerah berpandukan alamat ladang pertanian yang di usahakan).
  • Borang boleh di muat turut melalui laman web Jabatan Pertanian doa.gov.my
    • Borang yang telah lengkap diisi perlu dihantar kepada pejabat Pertanian Daerah untuk tindakan selanjutnya.
Apakah dokumen/maklumat yang diperlukan?

Borang Permohonan dan dokumen sokongan (sila rujuk borang permohonan skop myGAP.PF yang ingin dimohon).

Berapa lama tempoh saya boleh mendapatkan sijil myGAP.PF?

Dalam tempoh 90 hari bekerja jika semua kriteria pensijilan dipenuhi.

Apakah kriteria yang perlu dipenuhi untuk mendapat sijil myGAP.PF?
  • Lulus Pemeriksaan Tapak
  • Lulus Pemeriksaan Amalan Ladang
  • Lulus Analisis Sampel Hasil
Berapa lama tempoh sahlaku sijil?

Dua (2) tahun

Setelah sijil tamat tempoh, adakah sijil saya perlu diperbaharui?

Ya, pengusaha perlu mengemukakan permohonan pembaharuan sijil enam (6) bulan sebelum tamat tempoh sahlaku ke pejabat pertanian daerah berhampiran lokasi ladang.

Apa yang saya dapat jika ladang saya dipersijilkan myGAP.PF?
  • Pengusaha boleh menggunakan logo myGAP.PF atau nombor pensijilan untuk mempromosikan hasil pada bahan pembungkus.
  • Memudahkan hasil ladang untuk dieksport ke luar negara.
  • Pengurusan ladang yang lebih bersistem.
  • Pengeluaran hasil yang selamat dan berkualiti.
Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi bahagian berkenaan :

BAHAGIAN KAWALAN KUALITI TANAMAN

ARAS 7, WISMA TANI, NO. 30,

PERSIARAN PERDANA, PRESINT 4,

62624, PUTRAJAYA.

Phone : 03-8870 3448

Fax : 03-8888 7639

Pengenalan TKPM

Program Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) dicadangkan sebagai satu strategi di bawah Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) untuk menggalakkan pelaksanaan projek pertanian secara berskala besar, komersial dan berteknologi tinggi oleh usahawan termasuk sektor swasta. Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani oleh Menteri Pertanian dengan Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri di semua negeri. Bermula tahun 2000, sebanyak 4 TKPM telah dibangunkan dengan keluasan seluas 895 hektar.

 

Sehingga tahun 2022, sebanyak 71 TKPM seluas 10,369.08 hektar telah dibangunkan dengan melibatkan 1,326 orang peserta. 

Konsep Pelaksanaan

Konsep Pembangunan Program TKPM melibatkan kerjasama Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan dan peserta. 

  • Kerajaan Negeri menyediakan tanah dan diwartakan/dirizabkan/dipajak/disewa
  • Kerajaan Persekutuan menyediakan infrastruktur asas
  • Peserta projek terlibat dalam pengeluaran tanaman makanan
Objektif
  • Mewujudkan zon pengeluaran tanaman makanan kekal
  • Meningkatkan pengeluaran makanan negara yang mampan, berkualiti dan selamat untuk dimakan
  • Meningkatkan pendapatan bersih peserta projek melalui peningkatan produktiviti ladang sekurang-kurangnya RM3,000/bulan
  • Membangunkan dan meningkatkan penglibatan usahawan dan golongan belia dalam bidang pengeluaran makanan secara komersial melalui amalan teknologi moden dan inovasi pertanian.
Strategi Pelaksanaan
  • Pembangunan yang berasaskan pendekatan pengezonan
  • Berdasarkan market driven
  • Berlandaskan pembangunan kluster industri tanaman makanan
  • Mewujudkan rantaian makanan dalam pembangunan kluster industri tanaman makanan
  • Perladangan berskala besar dan komersial
  • Penglibatan pihak swasta
  • Penggunaan teknologi perladangan moden dan terkini
  • Amalan Pertanian Baik
Bagaimanakah hendak menyertai Projek TKPM?

Pemohon boleh memohon iklan yang dibuat oleh pihak Jabatan Pertanian Negeri yang terbabit atau berjumpa dengan Pengarah Pertanian Negeri/Pegawai Pertanian Daerah bagi mendapat maklumat berkenaan perkara tersebut

Syarat -Syarat Penyertaan TKPM

Pemilihan peserta oleh Jabatan Pertanian

Kriteria utama pemilihan peserta : 

  • Warganegara Malaysia yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun
  • Peserta berpengalaman dalam mengusahakan ladang di luar kawasan TKPM
  • Memiliki Sijil/Diploma/Ijazah dari institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau Institut Latihan di bawah MAFS/mengikuti kursus pertanian dan latihan anjuran Jabatan Pertanian atau mana-mana anjuran agensi pertanian
Adakah projek TKPM hanya untuk usahawan bumiputera?

Projek TKPM terbuka kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan (mempunyai sijil atau pengalaman dalam bidang pertanian) dan berkemampuan (modal untuk memulakan projek).

Sekiranya peserta mengusahakan projek dalam jangkamasa yang lama, adakah tanah tersebut akan menjadi hak milik peserta?

Konsep pelaksanaan TKPM adalah dengan sewaan lot penanaman dengan kadar tertentu. Peserta projek silih berganti oleh itu tapak projek tidak akan diberi hak milik.

Lokasi TKPM

Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi bahagian berkenaan :

BAHAGIAN PEMBANGUNAN INDUSTRI TANAMAN

ARAS 10 & 12, WISMA TANI, NO. 30,

PERSIARAN PERDANA, PRESINT 4,

62624, PUTRAJAYA

Phone : 03-8870 3412

Fax : 03-8888 8319

Saya berminat untuk menanam semula kebun kelapa tua. Apakah jenis kelapa yang Jabatan Pertanian syorkan bagi menggantikan kelapa tua dan bagaimanakah caranya untuk saya memohon bantuan dan mendapatkan khidmat nasihat?

Pada masa ini Jabatan Pertanian mengesyorkan jenis kelapa MATAG dan kelapa pandan. Kedua-dua jenis kelapa ini mempunyai ketinggian yang sederhana berbanding kelapa tua yang ada sekarang jenis tinggi iaitu Malayan Tall.

Kelapa MATAG adalah jenis baru yang boleh memberi hasil tinggi jika dijaga dengan baik. Pokok yang matang (berusia 7 tahun) boleh memberikan hasil sehingga 22,000 biji setahun. Buahnya boleh dipetik awal sebagai kelapa muda dan boleh juga dipetik tua untuk santan dan kelapa parut.

Kelapa Pandan pula sesuai kelapa muda kerana mempunyai aroma yang harum seperti pandan. Bagi menanam semula kebun kelapa yang telah tua, Jabatan Pertanian ada melaksanakan program Penananaman Semula Kelapa yang dibuat secara berkelompok di mana bantuan untuk membiayai aktiviti membersih kawasan, membina sistem perparitan, membina pagar dan membekal input dan benih disediakan. Tuan bolehlah menghubungi Jabatan Pertanian terdekat untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Saya adalah seorang pengusaha cendawan tiram kelabu. Akhir-akhir ini saya dapati cendawan saya di serang beberapa perosak seperti bari-bari dan tikus. Apakah cara terbaik bagi mengawal perosak tersebut? Bolehkah saya gunakan racun serangga dan racun tikus?

Sebarang racun perosak tidak dibenarkan digunakan dalam penanaman cendawan kerana kelopak cendawan boleh menyerap racun dan boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna. Bagi mengelakkan serangan perosak, tuan disyorkan supaya mengikuti langkah-langkah berikut :

Untuk mengawal serangan serangga :

·         Pasang perangkap tikus dengan menggunakan umpan kesukaannya seperti ikan kering. Jangan gunakan racun tikus. Keluarkan perangkap berisi tikus dari rumah cendawan dan bunuh tikus; dan

·         Bersihkan kawasan persekitaran. Jangan biarkan rumput panjang dan sampah berlonggokan.

 

Untuk mengawal serangan tikus :

·         Pastikan rumah cendawan kalis tikus dengan memasang satu (1) lapis dawai mata punai supaya tikus tidak dapat masuk ke dalam rumah cendawan;

·         Pasang perangkap tikus dengan menggunakan umpan kesukaannya seperti ikan kering. Jangan gunakan racun tikus. Keluarkan perangkap berisi tikus dari rumah cendawan dan bunuh tikus; dan

·         Bersihkan kawasan persekitaran. Jangan biarkan rumput panjang dan sampah berlonggokan.

 

Jenis Cendawan Tiram Kelabu.

Bagaimanakah saya boleh mendapatkan maklumat untuk penanaman cendawan?

Sila hubungi Jabatan Pertanian yang berhampiran dengan anda. Bagi yang berdekatan dengan Putrajaya, sila hubungi Encik Mohd Nazri Bin Mohd Tamami (03-88703390) dan En. Mohd Zain Bin Saiyan (03-88703306) untuk maklumat lanjut.

Apakah bantuan yang diberikan untuk penanam cendawan oleh pihak Jabatan Pertanian?

Bantuan teknologi penanaman cendawan akan diberikan keutamaan kepada mereka yang telah menghadiri kursus-kursus penanaman cendawan anjuran Jabatan Pertanian atau lain-lain agensi. Mereka perlu menunjukkan minat yang mendalam serta mempunyai kawasan. Pembiayaan peruntukan RM20,000/peserta diperuntukkan kepada peserta yang layak. Di samping itu juga, peserta disyorkan supaya mendapatkan sumber-sumber pembiayaan lain seperti pinjaman bank, koperasi dan sebagainya. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Jabatan Pertanian Daerah yang berdekatan.

Apakah masalah utama yang biasanya dihadapi oleh penanaman cendawan?

Pencemaran dan serangan perosak yang akan mengakibatkan beg cendawan tidak mengeluarkan hasil.

Apakah jenis baru kopi yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian dan bagaimanakah caranya untuk mendapatkan bekalan anak benih kopi tersebut?

Pada masa ini Jabatan Pertanian mengesyorkan kopi klon baru jenis Liberica yang telah dihasilkan oleh MARDI iaitu MKL5, MKL6 dan MKL7 kerana mempunyai ciri-ciri baik seperti hasil lebih tinggi, penyelenggaraan lebih mudah, kurang masalah serangan perosak dan harga pasaran yang lebih baik.

Pada masa ini, pembiakan benih-benih kopi tersebut dilakukan di Pusat Pertanian Parit Botak, Batu Pahat, Johor. Untuk mendapatkan bekalan anak benih kopi tersebut, sila hubungi Ketua Pusat berkenaan di talian : 07-429 1246 atau fax 07-429 2177.

Saya berminat untuk menternak lebah madu. Apakah syarat yang diperlukan untuk memulakan projek penternakan lebah madu?

Untuk memulakan projek penternakan lebah madu, tiga (3) syarat utama perlu ada iaitu ilmu/pengetahuan, peralatan dan kawasan yang sesuai. Jabatan Pertanian ada menyediakan kursus penternakan lebah madu bagi menyebarkan pengetahuan kepada sesiapa yang berminat di samping memberikan khidmat nasihat teknikal kepada penternak-penternak lebah madu dan juga bantuan dalam bentuk peralatan dan koloni / ratu lebah jenis Apis millifera (jenis yang diimport) untuk penternak baru.Sesiapa yang berminat boleh menghubungi Jabatan Pertanian terdekat ataupun Pusat Apiari Nasional Parit Botak, Batu Pahat, Johor di talian 07-429 1246 ataupun ke Unit Tanaman Industri dan Pelbagai, Bahagian Padi, Tanaman Industri dan Florikultur, Jabatan Pertanian Putrajaya di talian 03-8870 3189 / 3290 / 3305.

Saya berminat untuk menternak lebah madu. Apakah keperluan asas yang diperlukan untuk memulakan projek penternakan lebah madu?

Jabatan Pertanian ada menyediakan kursus penternakan Lebah Madu jenis Apis cerana (tempatan) dan Apis mellifera (import) di samping memberikan khidmat nasihat teknikal kepada usahawan-usahawan yang berminat. Bagi memulakan projek penternakan lebah madu, lima (5) kriteria utama yang diperlukan adalah minat, pengetahuan mengenai penternakan lebah madu, peralatan, kawasan yang sesuai dan sumber makanan yang mencukupi.

Bagi yang berminat untuk menternak lebah madu boleh menghubungi pegawai di Pusat Apiari Nasional Parit Botak, Johor iaitu Encik Zakbah Bin Mian di talian 07-429 1246 atau 013-788 7880.

Apakah jenis-jenis herba/rempah ratus yang berdaya maju untuk dibangunkan?

Jenis jenis herba dan rempah ratus yang berdaya maju serta mempunyai potensi pasaran yang tinggi atau pasaran kontrak ladang di bawah penyelarasan Jabatan Pertanian adalah seperti berikut:

·         Herba : Serai Wangi, Ulam Raja, Hempedu Bumi, Peria Katak, Pegaga Sireh, Roselle, Nilam, Tongkat Ali, Roselle, Kacip Fatimah, Jatropha (Jarak), Halia/Bara, Karas (Gaharu), Mengkudu, Moringa Oleifera (Kelor), Mas Cotek, Lidah Buaya, Dukung Anak, Safed Musly.

·         Rempah Ratus : Serai Makan, Cili Padi/Akar, Daun Limau Purut, Kayu Manis, Vanilla, Pandan, Lengkuas, Limau Kasturi, Lada Hitam, Limau Nipis, Kantan, Pokok Kari, Asam Gelugor, Selasih, Pala, Kesum, Daun Kunyit.

Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi bahagian berkenaan :

BAHAGIAN PEMBANGUNAN INDUSTRI TANAMAN

ARAS 10 & 12, WISMA TANI, NO. 30, 

PERSIARAN PERDANA, PRESINT 4,

62624, PUTRAJAYA.

Phone : 03-8870 3412

Fax : 03-8888 8319

Apakah bidang pengajian yang ditawarkan dalam Program Sijil Pertanian?

Institut Pertanian telah menyediakan sukatan pelajaran yang khusus bagi mencapai matlamatnya. Terdapat tiga (3) kategori mata pelajaran yang diajar, iaitu kumpulan mata pelajaran asas, kemahiran dan pengkhususan. Pada tahun kedua, pelajar boleh memilih salah satu bidang pengkhususan yang mereka minati iaitu:

  • Landskap;
  • Pengurusan Estet;
  • Pengurusan Ternakan;
  • Mekanisasi Ladang;
  • Teknologi Memproses Hasil Pertanian; atau
  • Teknologi Pengeluaran Tanaman Makanan.
Apakah peluang atau prospek kerjaya bagi graduan Sijil Pertanian?

Graduan IPSM boleh memilih untuk bekerja, sama ada di sektor awam atau swasta atau menjadi usahawan pertanian. Golongan ini juga berpeluang untuk menyambung pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Swasta. Bidang-bidang pekerjaan yang boleh diceburi adalah seperti berikut:

  • Landskap
  • Nurseri Tanaman
  • Perladangan
  • Perhotelan
  • Rekreasi
  • Pemprosesan
  • Perusahaan Pertanian
Di manakah saya boleh mendapatkan borang permohonan untuk Program Sijil Pertanian?

Iklan pengambilan bagi Program Sijil Pertanian akan dikeluarkan dalam akhbar-akhbar tempatan pada bulan Mac. Mereka yang berminat boleh memohon secara online melalui Portal Rasmi Jabatan Pertanian.

Adakah Institut Pertanian mengadakan latihan khusus untuk meningkatkan kecekapan dan pengetahuan untuk pelajarnya?

Semua pelajar wajib mengikuti Latihan Industri (LI) selama lapan (8) minggu pada akhir Semester IV. Latihan ini diadakan sama ada di sektor swasta atau kerajaan.

Saya berumur 30 tahun dan sudah berumah tangga, adakah saya boleh memohon untuk meneruskan pengajian di Institut Pertanian?

Syarat pengambilan Institut Pertanian menetapkan hanya warganegara Malaysia berumur 17 hingga 25 tahun dan belum berkahwin layak memohon kecuali pegawai kerajaan yang berumur kurang daripada 30 tahun.

Adakah Sijil Pertanian ini diperakukan dalam sistem pendidikan dan pekerjaan sekarang?

Program Sijil Pertanian telah diiktiraf setaraf dengan Sijil Politeknik (Teknikal) dan Politeknik-Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1996 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan kelayakan syarat pengambilan Pembantu Pertanian atau pekerjaan yang setaraf dengannya memerlukan kelulusan dalam Sijil Pertanian.

Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi bahagian berkenaan :

BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN

ARAS 13, WISMA TANI, NO. 30,

PERSIARAN PERDANA, PRESINT 4,

62624 PUTRAJAYA.

Phone : 03-8870 3032

Fax : 03-8888 8475

Apakah tujuan Projek Pertanian Bandar (Komuniti) diwujudkan?

Pelaksanaan Projek Pertanian Bandar (Komuniti) bertujuan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup di bandar, pinggir bandar dan luar bandar selain mewujudkan peluang pekerjaan dan penjualan hasil pertanian (segar atau diproses) sebagai salah satu sumber pendapatan penduduk, mewujudkan interaksi sosial dan menggalakkan komunikasi di kalangan komuniti bandar serta membantu dalam menjamin keselamatan makanan.

Bagaimanakah hendak menyertai Projek Pertanian Bandar (Komuniti)?

Pemohon perlu membuat permohonan dengan menggunakan borang yang disediakan seperti di Lampiran 1. Pemohon boleh mengisi Borang Permohonan Projek Pertanian yang boleh dimuat turun dari laman web Jabatan Pertanian (http://www.doa.gov.my/index.php/pages/view/332?mid=53) atau hadir ke Pejabat Pertanian Daerah/ Negeri yang berdekatan atau Bahagian Pertanian Bandar, Putrajaya.

Selepas permohonan diterima, Pegawai Jabatan Pertanian akan melawat kawasan projek untuk menentukan kategori projek, kesesuaian tapak dan kesesuaian teknologi.

Siapakah yang layak memohon projek ini?

a) Warganegara Malaysia.

b) Berminat dan bersedia memberi komitmen sepenuhnya kepada pelaksanaan projek.

c) Bagi projek kategori individu, dilaksanakan secara individu berkelompok (minimum 10 orang) di kawasan kediaman masing-masing.

d) Bagi kategori usahawan, peserta mestilah menjalankan aktiviti jualan/pemasaran hasil pertanian, peralatan pertanian, input pertanian.

e) Bagi projek kategori komuniti, sekolah dan institusi, projek dilaksanakan secara berkumpulan dengan bilangan minima 10 orang peserta.

f) Tapak projek perlu mendapat kebenaran pemilik tanah atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

g) Mematuhi peraturan tempat kediaman yang berkuatkuasa.

h) Keutamaan kepada yang telah menjalankan aktiviti penanaman (pemohon perlu mengemukakan bukti gambar kebun semasa).

Apakah bentuk bantuan/insentif yang diberikan?

Insentif one-off berbentuk input pertanian, latihan dan khidmat nasihat teknikal.

Kawasan perumahan saya terdapat tanah yang tidak diusahakan, bolehkah saya menjalankan projek pertanian?

Boleh. Projek Pertanian Bandar boleh dijalankan di tanah tersebut secara komuniti (secara berkumpulan dan setempat) atau secara individu (di kawasan sekeliling rumah).  Namun, kebenaran bertulis atau sokongan perlu diperolehi daripada pemilik tanah terlebih dahulu.

Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi bahagian berkenaan :

BAHAGIAN PERTANIAN BANDAR

ARAS 12, WISMA TANI, NO. 30,

PERSIARAN PERDANA, PRESINT 4,

62624 PUTRAJAYA.

Phone : 03-8870 3212

Fax : 03-8870 3282

Bagaimanakah maklumat dan data keluasan dan pengeluaran buah-buahan, sayur-sayuran, tanaman singkat masa, herba, bunga, tanaman industri dan data perdagangan boleh diperolehi?

Maklumat data keluasan dan pengeluaran buah-buahan, sayur-sayuran, tanaman singkat masa, herba, bunga, tanaman industri boleh diperolehi dan dimuat turun melalui laman web Jabatan Pertanian.

Berapakah bilangan petani yang mengusahakan tanaman buah-buahan bagi tahun semasa?

Maklumat ini boleh diperolehi daripada Unit Perangkaan, Seksyen Teknologi Maklumat dan Perangkaan Pertanian, Bahagian Perancangan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Berapakah keluasan dan pengeluaran bagi tanaman BOT tahun semasa?

Maklumat ini boleh diperolehi daripada Seksyen Perancangan Strategik, Bahagian Perancangan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi bahagian berkenaan :

BAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK

ARAS 15-16, WISMA TANI, NO. 30,

PERSIARAN PERDANA, PRESINT 4,

62624 PUTRAJAYA.

Phone : 03-8870 3013

Fax : 03-8888 4775

Apakah jenis perkhidmatan analisis pertanian yang ditawarkan oleh Bahagian Perkhidmatan Makmal, Jabatan Pertanian?
  1. Analisis perumusan racun perosak bagi menyokong pelaksanaan Akta Racun Makhluk Perosak 1974.
  2. Analisis residu racun perosak di dalam hasil pertanian seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan lain-lain.
  3. Analisis residu racun perosak di dalam sampel ekosistem seperti air dan tanah bagi tujuan pemantauan.
  4. Analisis sifat fizikal dan sifat kimia tanah bertujuan untuk menyatakan ciri tanah, kesuburan tanah dan pemuliharaan tanah.
  5. Analisis sampel daun untuk menentukan tahap nutrien dalam tanaman, status kesuburan tanah dan keperluan pembajaan.
  6. Analisis sampel baja untuk menilai kualiti baja yang dibekalkan kepada petani dan pengguna lain.
  7. Analisis sampel air bagi menentukan kualiti dan kandungan logam berat dalam sumber pengairan.
Bilakah analisis pertanian ini boleh dimohon?

Analisis pertanian ini boleh dimohon pada bila-bila masa namun tertakluk kepada syarat yang ditetapkan bagi setiap jenis permohonan analisis.

Siapakah yang boleh membuat permohonan analisis ini?
  • Individu/Persendirian
  • Syarikat swasta
  • Jabatan Kerajaan/Agensi/Badan Berkanun
Bagaimanakah hendak memohon?
  • Pemohon boleh memohon melalui Pejabat Pertanian Daerah yang berhampiran di seluruh Malaysia (Sila rujuk Pejabat Pertanian Daerah di negeri masing-masing).
  • Borang permohonan boleh dimuat turun melalui laman sesawang Jabatan Pertanian (doa.gov.my).
  • Memohon secara atas talian di Sistem Makmal Residu melalui carian doa.gov.my (bagi analisis residu racun perosak dalam hasil pertanian).
  • Borang yang telah lengkap diisi atau dokumen sokongan perlu dihantar kepada Pejabat Pertanian Daerah yang terdekat untuk tindakan selanjutnya.
Apakah dokumen/ maklumat yang diperlukan?

Borang Permohonan dan dokumen sokongan jika diperlukan (sila rujuk borang permohonan di laman sesawang Jabatan Pertanian, www.doa.gov.my atau lab.doa.gov.my

Bilakah laporan analisis boleh diperolehi?

Laporan analisis boleh diperolehi dalam tempoh 7 hingga 30 hari bekerja selepas tarikh sampel diterima oleh pihak makmal dan bergantung kepada jenis permohonan analisis yang dimohon.

Adakah makmal-makmal di bawah Bahagian Perkhidmatan Makmal (BPM) adalah makmal yang telah mendapat pengiktirafan mana-mana badan kualiti sama ada dalam atau luar negara?

Kebanyakan makmal di bawah BPM telah mendapat pengiktirafan MS ISO/IEC 17025:2017(ISO/IEC 17025:2017) di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia sejak tahun 2007 yang diiktiraf oleh Jabatan Standard Malaysia. Berikut adalah senarai makmal yang telah mendapat pengiktirafan tersebut:

 

  1. Makmal Racun Perosak, Kuala Lumpur
  2. Makmal Residu Racun Perosak, Kuala Lumpur
  3. Makmal Residu Racun Perosak Wilayah Selatan, Ayer Hitam, Johor
  4. Makmal Residu Racun Perosak Wilayah Timur, Jerteh, Terengganu
  5. Makmal Residu Racun Perosak Cameron Highland, Pahang
  6. Makmal Lestari Alam Sekitar, Kuala Lumpur
  7. Makmal Baja, Kuala Lumpur
  8. Makmal Daun dan Hasil, Kuala Lumpur
Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi bahagian berkenaan :
  • Bahagian Perkhidmatan Makmal, Jabatan Pertanian

Blok C, Jalan Gallagher

50480 Kuala Lumpur.

No. Tel: 03-2697 7220

  • Unit Makmal Bersepadu Wilayah Timur

Bahagian Perkhidmatan Makmal, Jabatan Pertanian

Kg Tok Dor, 22000 Jerteh, Terengganu.

No. Tel: 09-6903372

  • Unit Makmal Bersepadu Wilayah Selatan

Bahagian Perkhidmatan Makmal, Jabatan Pertanian

86100 Ayer Hitam, Johor.

No. Tel: 07-7581030

  • Unit Makmal Telok Chengai

Jabatan Pertanian Telok Chengai

06600 Kuala Kedah, Kedah.

No. Tel: 04-7721523

  • Unit Makmal Cameron Highlands

Kompleks Pertanian Cameron Highlands,

39000 Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang.

No. Tel: 05-4901100                   

Apakah jenis khidmat siasatan tanah yang disediakan oleh Jabatan Pertanian?

Jenis khidmat siasatan tanah yang disediakan adalah :

  • Siasatan lengkap;
  • Siasatan separa lengkap; dan
  • Adhoc.
Kenapakah siasatan tanah diperlukan?

Khidmat siasatan tanah diperlukan untuk penentuan kesesuaian tanah-tanaman bagi sesuatu projek pertanian.

Berapakah bayaran atau caj yang dikenakan untuk khidmat siasatan tanah?

Bayaran akan dikenakan mengikut jenis siasatan yang diminta atau diperlukan iaitu :

  • caj bagi setiap hektar ialah RM1.50 bagi kawasan hutan semak atau RM1.00 bagi kawasan yang telah dibuka;
  • RM6.00 / RM8.00 untuk siasatan tanah separuh lengkap; dan
  • RM30.00 / RM40.00 untuk siasatan tanah lengkap;

Bayaran pemprosesan yang dikenakan bagi setiap permohonan adalah sebanyak RM120.00.

Berapa lamakah tempoh proses siasatan tanah dan laporan disediakan?

Dalam masa satu (1) hingga tiga (3) bulan.

 

Apakah kepentingan laporan siasatan tanah?
  • Mengenalpasti jenis tanah.
  • Mengenalpasti tanaman yang sesuai diusahakan di sesuatu kawasan.
Apakah bahan terbitan yang boleh didapati dan sesuai untuk rujukan pengusaha atau orang ramai, di mana boleh diperolehi dan berapakah harganya?

Buku Panduan Mengenali Siri Tanah Utama Semenanjung Malaysia, boleh didapati di Bahagian Pengurusan dan Pemuliharaan Sumber Tanah, Putrajaya dan di setiap unit negeri dengan harga RM15.00 senaskah.

Berapa kumpulan tanah yang terdapat di Malaysia?

Terdapat dua (2) kumpulan tanah utama iaitu :

  • Tanah mineral – tanah yang terjadi dari batu batuan, lanar sungai dan lanar laut; dan
  • Tanah gambut – tanah yang terjadi dari pereputan kayu kayuan dan bahan organik.
Apakah khidmat-khidmat nasihat pemuliharaan tanah yang boleh diberi kepada petani, pengusaha pertanian dan kerajaan?
  • Memberi pandangan/komen kepada laporan Environment Impact Assessment (EIA) berkaitan dengan pembukaan tanah untuk pertanian.
  • Khidmat nasihat pemuliharaan tanah dalam Pemeriksaan Tapak bagi permohonan MyGAP dan MyOrganic.
  • Panduan Pemuliharaan Tanah bagi pembukaan ladang di tanah bercerun.
  • Panduan Pemuliharaan Tanah mengikut kaedah agronomi untuk pertanian di tanah bercerun.
  • Panduan Pemuliharaan Tanah melalui kaedah struktur untuk mengawal hakisan tanah bagi aktiviti pertanian di tanah bercerun.
  • Khidmat nasihat tentang risiko hakisan tanah, indeks hujan pertanian dan pelan pembangunan pertanian di tanah bercerun.
  • Menyediakan benih rumput ‘vetiver’ dan kaedah menanam rumput ‘vetiver’ untuk mengawal hakisan tanah.
  • Membantu Pejabat Tanah Daerah (terutama di Cameron Highlands) dalam memproses “Permit Tolak Tanah”.
Siapakah yang boleh memberi khidmat nasihat pemuliharaan tanah?
  • Pegawai Pertanian Seksyen Pemuliharaan Tanah, Putrajaya; dan
  • Pegawai Pertanian Unit Pengurusan dan Pemuliharaan Sumber Tanah di Negeri-Negeri.
Apakah contoh-contoh amalan agronomi untuk mengawal hakisan tanah?
  • Menanam mengikut kontur
  • Menggunakan sungkupan
  • Menanam tanaman penutup bumi dan rumput
  • Tanaman padat
  • Tanaman penampan angin
Apakah contoh-contoh struktur-struktur pemuliharaan tanah bagi mengawal hakisan tanah?
  • Teres dusun dan bangku
  • Perangkap kelodak
  • Parit lereng dan ladang
  • Empangan penampan
  • Benteng konkrit atau Gabion
Apa itu Sistem GeoTanaman?
  • Sistem GeoTanaman atau Sistem Geoinformasi Tanaman Makanan Negara adalah sistem yang dibangunkan menggunakan konsep service oriented architecture yang boleh diakses melalui web dan mobile untuk mendapatkan maklumat, mengurus, menganalisis dan memaparkan maklumat geospatial tanaman makanan negara.
Apakah Objektif pembangunan Sistem GeoTanaman?
  • Menyokong data Balance of Trade (BOT) Tanaman Makanan dalam mengatasi lambakan sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan dan kemasukan sayur-sayuran dan buah-buahan import.
  • Membangunkan pangkalan data Geospatial Inventori Tanaman Makanan Negara
  • Menyeragamkan data perangkaan tanaman Jabatan Pertanian.
Apakah manfaat yang saya boleh perolehi daripada Sistem GeoTanaman ini ?

Manfaat yang boleh anda perolehi terbahagi kepada Jenis pengguna iaitu :

1. Usahawantani

  1. Pasaran terus kepada pengeksport dan Hypermarket.
  2. Membantu dalam membuat perancangan penanaman.
  3. Membantu mengurangkan lambakan hasil.
  4. Membantu mendapatkan harga yang tinggi dan menetapkan harga ladang.
  5. Membantu Jabatan Pertanian mengesan lokasi dan anggaran kerugian untuk memberikan bantuan teknikal atau bencana.
  6. Memperolehi amaran awal berkaitan serangan perosak dan penyakit serta informasi berkenaan berita semasa dari Jabatan Pertanian.
  7. Membantu dalam membuat permohonan pinjaman atau bantuan kerajaan.

2. Pemborong/IAT

  1. Mengetahui taburan dan keluasan ladang, status tanaman, jangkaan hasil dan lokasi pusat pengumpulan bagi mendapatkan bekalan/hasil pertanian.
  2. Mendapatkan bekalan secara terus dari ladang melalui modul padanan pasaran dengan petani, pasaraya dan pemegang taruh lain yang berdaftar di dalam sistem Geotanaman.
  3. Memenuhi permintaan pasaran tempatan dan nasional.

3. Kedai Input Pertanian

  1. Mempromosikan lokasi kedai .
  2. Memperkenalkan produk terus kepada pengguna.
  3. Mengetahui senarai kedai input pertanian yang lain.

4.Warga Jabatan Pertanian

  1. Mendapat akses kepada maklumat dengan cepat, mudah dan berpusat.
  2. Maklumat disumbang dan dikemaskini oleh usahawantani sendiri dan disahkan oleh APT.
  3. Mengetahui taburan lokasi ladang, pemborong dan pemasar .
  4. Menganalisis jangkaan pengeluaran hasil dan keperluan permintaan pasaran.
Apakah Objektif pembangunan Sistem GeoTanaman?
  • Sistem GeoTanih merupakan satu sistem yang diwujudkan bagi menguruskan data geospatial tanah berpusat dan sistematik yang boleh dicapai oleh pelanggan secara atas talian. Ia meliputi data kesesuaian tanah untuk tanaman, data fizikal dan kimia tanah, kompendium siri tanah, daftar tanah serta galeri. Data dalam sistem ini sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa bagi memenuhi piawaian penilaian dan pengelasan data tanah negara.
Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi bahagian berkenaan :

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER TANAH

ARAS 9, WISMA TANI, NO. 30,

PERSIARAN PERDANA, PRESINT 4,

62624 PUTRAJAYA.

Phone : 03-8870 3422

Fax : 03-8888 4326

Apakah perkhidmatan pengembangan yang ditawarkan?
  1. Khidmat Nasihat Pertanian
  2. Latihan Pertanian
  3. Perundingan dan Pelaburan
  4. Pembangunan Industri Asas Tani
  5. Pensijilan Kualiti
  6. Penguatkuasa Akta-Akta Pertanian
  7. Pengeluaran Lesen Eksport dan Permit
  8. Khidmat Sokongan Teknikal :
  • Agronomi Tanaman
  • Perlindungan Tanaman
  • Kawalan Racun Perosak
  • Pengurusan Tanah
  • Kawalan Kualiti Tanaman
  • Kejuruteraan Pertanian
Di manakan buku-buku dan risalah terbitan Jabatan Pertanian boleh didapati?

Buku-buku dan risalah terbitan Jabatan Pertanian boleh didapati melalui pembelian atau secara percuma di Seksyen Komunikasi, Aras 14, Jabatan Pertanian, Putrajaya dan semua pejabat-pejabat Pertanian Negeri.

Bolehkah buku-buku terbitan Jabatan Pertanian dibeli melalui pos?

Boleh. Bayaran boleh dibuat melalui kiriman wang pos atau cek bank atas nama Ketua Pengarah Pertanian manakala belanja pos adalah ditanggung oleh pembeli.

Di manakah maklumat mengenai Panduan Menanam Sayur-Sayuran dan Buah-Buahan seperti yang terdapat dalam pelaksanaan Kempen Bumi Hijau boleh diperolehi?

Jabatan Pertanian telah menerbitkan Panduan Menanam pelbagai sayur-sayuran, ulam-ulaman, herba dan buah-buahan dalam bentuk risalah (Infotani). Oleh itu, risalah ini boleh didapati di Ibu Pejabat Jabatan Pertanian dan semua pejabat-pejabat Pertanian Negeri.

Bagaimanakah memuat turun informasi yang terdapat dalam Buku Pakej Teknologi secara online?

Buat masa ini, Buku Pakej Teknologi masih belum boleh dimuat turun secara online, ianya hanya boleh didapati dalam bentuk buku di Seksyen Komunikasi, Aras 14, Jabatan Pertanian, Putrajaya.

Adakah apa-apa bahan terbitan yang dikeluarkan dalam bentuk video atau digital?

Seksyen Komunikasi, Jabatan Pertanian, Putrajaya ada menerbitkan maklumat teknikal dan bukan teknikal pertanian dalam bentuk video dan digital, contohnya Video Diagnostik dan Pengesyoran Bersepadu (DRIS), Fertigasi-Teknologi Pertanian Masa Depan dan lain-lain bagi meningkatkan lagi keberkesanan program pengembangan pertanian.

Apakah bidang-bidang yang ditawarkan di dalam kursus ini dan di manakah ia dijalankan?

Bidang-bidang yang ditawarkan di dalam kursus ini adalah Sejuk Beku, Bakeri, Bakeri dan Sejuk Beku, Bakeri dan Sejuk Beku (Asas Kelapa) dan Bakeri dan Sejuk Beku (Asas Buah). Kursus tersebut dijalankan di lima (5) buah Pusat Bimbingan Usahawan iaitu di Serdang (Selangor), di Ayer Hitam (Johor), di Manong (Perak), di Teluk Chengai (Kedah) dan di Ajil (Terengganu).

Apakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk mengikuti kursus ini?
  • Syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk mengikuti kursus ini adalah peserta mestilah berstatus Warganegara Malaysia dan berumur di antara 20-40 tahun pada tahun kursus yang hendak diikuti, terbuka kepada lelaki atau perempuan yang sihat tubuh badan, mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya SPM/SPVM.
  • Peserta hendaklah sanggup untuk tinggal di asrama sepanjang tempoh latihan (6 bulan) serta mempunyai minat yang mendalam untuk berkursus dan meneruskan projek selepas tamat kursus.
Bilakah pengambilan peserta baru dijalankan?

Tawaran bagi memasuki Pusat Bimbingan Usahawan akan dibuat melalui iklan sama ada di akhbar atau internet dan biasanya dikeluarkan pada bulan September setiap tahun dan sesi kemasukan dibuat pada bulan Mac tahun berikutnya.

Apakah kelebihan mengikuti kursus ini?

Peserta akan didedahkan dengan pelbagai aspek penting yang perlu ada dalam perniagaan seperti Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP), Pemasaran, Perakaunan, Keusahawanan dan lain-lain. Peserta juga diberikan latihan secara hands-on berkaitan aktiviti pemprosesan produk mengikut bidang yang ditawarkan. Peserta juga dilatih untuk menjadi seoarang usahawan yang berjaya.

Apakah bidang yang sesuai untuk dipilih?

Peserta digalakkan untuk memohon mengikut bidang yang diminati ataupun mengikut kesesuaian sekiranya telah menjalankan projek. Walau bagaimanapun, ia tertakluk kepada kekosongan dan keputusan panel penemuduga.

Apakah kemudahan yang disediakan kepada peserta kursus?

Kemudahan yang disediakan kepada peserta kursus adalah seperti kemudahan penginapan berserta makan dan minum sepanjang kursus yang ditanggung oleh pihak Jabatan Pertanian. Di samping itu, peserta juga akan diberikan elaun kursus selama enam (6) bulan di samping disediakan kemudahan-kemudahan riadah untuk keperluan peserta kursus.

Setelah tamat kursus, apakah bantuan-bantuan yang disediakan oleh Jabatan Pertanian kepada lepasan peserta Pusat Bimbingan Usahawan?

Setelah tamat berkursus, lepasan peserta PBU akan didaftarkan sebagai usahawan di bawah bimbingan Jabatan Pertanian. Peserta akan diletakkan di bawah pemantauan pegawai yang berkenaan di setiap negeri. Bantuan dan bimbingan dalam bentuk khidmat nasihat akan diberikan dari semasa ke semasa oleh Pegawai Jabatan Pertanian di peringkat daerah, negeri ataupun Ibu Pejabat. Di samping itu, bantuan galakan perniagaan yang lain seperti pinjaman mesin, peralatan, atau bengkel kepada usahawan yang menjalankan projek turut diberikan. Walau bagaimanapun ia tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Pertanian.

Di manakah boleh diperoleh maklumat lanjut berhubung kursus ini?

Maklumat berhubung kursus ini boleh didapati sama ada di Pusat-pusat Bimbingan Usahawan sedia ada, Pejabat-pejabat Pertanian Daerah, Jabatan Pertanian Negeri terdekat ataupun Ibu Pejabat, Jabatan Pertanian Putrajaya. Selain itu, tawaran kemasukan juga diiklankan di Portal Rasmi Jabatan Pertanian.

Apakah insentif yang terdapat di Jabatan Pertanian?
  1. Khidmat Perundingan dan Pelaburan.
  2. Khidmat Nasihat & Sokongan Teknikal.
  3. Latihan / Kursus.
  4. Tanah TKPM dan Infrastruktur Asas.
  5. Potongan Cukai kepada Syarikat Pelaburan.
  6. Pengecualian Cukai (100% : 5 atau 10 tahun).
  7. Pengecualian Duti Import & Cukai Jualan (mesin, peralatan & alat ganti).
  8. Pengecualian Duti Import (bahan mentah & komponen).
Apakah Insentif Potongan Cukai?

Insentif untuk syarikat Induk yang melabur dalam Projek Pengeluaran Bahan Makanan Yang Diluluskan (Projek Baru) adalah :

  • Syarikat Induk / Pelabur diberi pilihan samada diberi potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan yang dibuat dalam syarikat subsidiari yang menjalankan projek.
  • Group relief” ke atas kerugian larasan yang dialami oleh syarikat subsidari yang menjalankan projek mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.
Apakah Insentif Pengecualian Cukai?

Insentif untuk syarikat subsidari / syarikat yang melaksanakan Projek Pengeluaran Bahan Makanan Yang Diluluskan (Projek Baru dan Projek Sedia Ada (Pelaburan Semula)).

Projek Baru :

  • Syarikat subsidari / syarikat yang menjalankan projek diberi pengecualian cukai sebanyak 100% selama 10 tahun berturut-turut bermula daripada tahun pertama syarikat memperolehi pendapatan berkanun mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.
  • Kerugian sebelum dan dalam tempoh pengecualian cukai dibenarkan dibawa ke hadapan selepas tempoh pengecualian 10 tahun.

Projek Sedia Ada (Pelaburan Semula)

  • Syarikat subsidari / syarikat yang menjalankan projek diberi pengecualian cukai sebanyak 100% selama 5 tahun sahaja.
  • Kerugian sebelum dan dalam tempoh pengecualian cukai dibenarkan dibawa ke hadapan selepas tempoh pengecualian 5 tahun.
Adakah terdapat jabatan/agensi lain yang menawarkan insentif dalam subsektor tanaman?

Insentif Percukaian :

  • Malaysian Industrial Development Authority (MIDA).
  • Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

 

Geran & Pinjaman :

  • AgroBank Malaysia.
  • Small and Medium Industries Development Corporation (SMIDEC).
  • Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE).
  • Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF).
  • Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia (MECD).
  • Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).
  • Perbadanan Usahawan Nasiona Berhad (PUNB).
  • Bank Pembangunan Malaysia B.rhad (BPMB).
  • Credit Guarantee Corporation (CGC).
  • Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Apakah syarat bagi pemilihan peserta bagi projek perkongsian PINTAR / SMARTPARTNERSHIP?
  • Syarikat mempunyai modal yang kukuh.
  • Berupaya memperkenalkan teknologi baru yang sesuai terutama dalam aspek pengeluaran, pembungkusan dan pemprosesan.
  • Mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam bidang usaha yang terpilih.
  • Terlibat dalam aktiviti pengeluaran makanan/pemprosesan adalah satu kelebihan.
  • Syarikat terlibat dalam aktiviti pemasaran dan telah ada jaringan pasaran yang luas (dalam/luar negara).
  • Mempunyai semangat tolong-menolong dan sanggup membantu rakan kongsi (petani/usahawan) dari segi modal, teknologi, pemasaran produk dan mengamalkan perkongsian keuntungan yang adil.
  • Bersetuju mematuhi segala syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan.
Apakah projek MoA Inc?

Projek MoA Inc adalah menggembeling seluruh pemikiran, tenaga dan sumber dari semua jabatan/agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia untuk memberi perkhidmatan yang efisien dan berkesan dalam pelaksanaan projek pertanian.

 

Setiap projek MoA Inc akan diterajui oleh sebuah Lead Agency yang bertanggungjawab untuk menyelaras jabatan/agensi lain dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan sebagai satu pasukan.

Apakah kelebihan menceburi projek MoA Inc.?

Projek yang didaftar sebagai MoA Inc layak mendapat kemudahan kadar cagaran rendah (40%) bagi pinjaman 3F dengan AgroBank Malaysia.

Apakah skop projek MoA Inc?

Bidang Usaha :

  • Pengeluaran
  • Pemprosesan
  • Perkhidmatan

 

Jenis Komoditi (seperti dalam DPN3 dan yang berpotensi) :

  • Padi
  • Buah-buahan
  • Sayur-sayuran
  • Bunga-bungaan
  • Herba
  • Kelapa
Siapa yang layak menyertai projek MoA Inc?
  • Petani
  • Usahawan (individu/institusi/koperasi)
  • Syarikat Swasta
Apakah kriteria pemilihan peserta projek MoA Inc?
  • Projek berdayamaju.
  • Projek mempunyai Pelan Bisnes yang lengkap.
  • Projek komersil berasaskan saiz industri.
  • Pengusaha mempunyai 20% equiti sekiranya projek dibiayai oleh Bank.
  • Mempunyai Pengurus Projek.
  • Projek menjurus kepada Persijilan Kualiti dan Keselamatan Makanan
  • Pemasaran perlu melalui FAMA atau agen yang dikenalpasti supaya hasil dapat dipasarkan dan pinjaman mudah dibayar balik.
Berapakah projek komersil saiz industri yang layak untuk menjadi peserta projek MoA Inc?

A. Pengeluaran :
 

BIL.

INDUSTRI

SAIZ MINIMUM

1.

Sayuran

  a) Sistem Terbuka

4 ha

  b) Sistem Fertigasi

1 ha

2.

Buah

a) Jangka Pendek

10 ha

b) Jangka Panjang

20 ha

3.

Padi

40 ha

4.

Bunga

4 ha

5.

Kelapa

40 ha

6.

Herba

3 ha

7.

Cendawan

1 ha

 

B. Pemprosesan Makanan :
 

BIL.

INDUSTRI

SAIZ MINIMUM

1.

Berasaskan Bijirin

Modul tetap min RM0.5 uta

2.

Berasaskan Buah-buahan dan Sayuran

Modal kerajaan/pusingan RM0.5 juta

3.

Berasaskan Produk Kelapa

Modal berbayar min RM1 juta

Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi bahagian berkenaan :

BAHAGIAN PENGEMBANGAN PERTANIAN

ARAS 8, WISMA TANI, NO. 30,

PERSIARAN PERDANA, PRESINT 4,

62624 PUTRAJAYA.

Phone : 03-8870 3439

Fax : 03-8870 3377

Apakah jenis sistem pengairan yang sesuai untuk tanaman sayur-sayuran, apakah komponennya dan berapakah anggaran kosnya?

Sistem pengairan yang sesuai digunakan untuk tanaman sayur-sayuran bergantung kepada jenis sayuran yang ditanam. Bagi sayuran berdaun,  sistem pengairan yang sesuai digunakan adalah sistem pengairan jenis makro (sprinkler), di mana air diberikan secara renjis ke kawasan tanaman. Komponennya terdiri daripada 1 unit pam air, sistem perpaipan dan alat perenjis (sprinkler head). Manakala bagi sayuran berbuah, sistem pengairan yang sesuai digunakan ialah jenis sistem titis, di mana air disalurkan terus ke akar pokok. . Komponennya terdiri daripada 1 unit pam air, sistem paip dan alat penitis (emitter/ dripper).

Anggaran kos bagi pemasangan sistem pengairan renjis beserta dengan upah pekerja bergantung kepada lokasi pemasangan ini dilakukan.

Apakah jenis sistem pengairan yang sesuai untuk tanaman buah-buahan, apakah komponennya dan berapakah anggaran kosnya?

Sistem pengairan yang digunakan bergantung kepada jenis tanaman buah-buahan. Jenis sistem pengairan yang digunakan adalah:

 

  1. Jenis sistem titis, di mana air disalurkan terus ke akar pokok. Komponennya terdiri daripada 1 unit pam air, sistem paip dan alat penitis (emitter/ dripper).
  2. Jenis sistem pengairan jenis makro (sprinkler), di mana air diberikan secara renjis ke zon tanaman. Komponennya terdiri daripada 1 unit pam air, sistem perpaipan dan alat perenjis (sprinkler head).

 

Anggaran kos bagi pemasangan sistem pengairan renjis beserta dengan upah pekerja bergantung kepada lokasi pemasangan ini dilakukan.

Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat mengenai jentera/ mesin/ peralatan pertanian?

Jabatan Pertanian ada menyediakan khidmat nasihat teknikal dalam bidang kejuruteraan pertanian.


Tuan/puan boleh menghubungi Bahagian Kejuruteraan Pertanian (BKP) dan Pusat Kejuruteraan Pertanian (PKP), Jabatan Pertanian yang berhampiran dengan kawasan tuan/puan.

Apakah jenis struktur dan infastruktur ladang yang perlu disediakan sebelum memulakan sesuatu projek pertanian secara komersil?

Terdapat beberapa jenis struktur dan infrastruktur ladang yang perlu disediakan sebelum memulakan sesuatu projek pertanian iaitu:-

Struktur:

  1. Jalan Ladang
  2. Saliran Ladang
  3. Pembentung
  4. Pagar Perimeter
  5. Sistem Pengairan
  6. Kolam Pengairan

Infrastruktur:

  1. Struktur Pelindung Hujan
  2. Struktur Teduhan
  3. Rumah Semaian
  4. Stor
  5. Rumah Pam
  6. Pusat Pengumpulan Hasil Ladang
  7. Rumah Operasi
  8. Pusat Pengumpulan Bekas Racun
  9. Tangki Simpanan Air
Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi bahagian berkenaan :

Tuan/ Puan boleh menghubungi Bahagian Kejuruteraan Pertanian (BKP), Jabatan Pertanian yang berhampiran dengan kawasan tuan/puan seperti berikut untuk maklumat dan keterangan yang selanjutnya :

  1. BKP Serdang, Selangor (Tel : 03-8948 6302)
  2. PKP Telok Chengai, Kedah (Tel : 04-771 5715)
  3. PKP Titi Gantong, Perak (Tel : 05-376 1384)
  4. PKP Tanjong Karang, Selangor (Tel : 03-3269 5501)
  5. PKP Pedas, Negeri Sembilan (Tel : 06-685 2622)
  6. PKP Sg Udang, Melaka (Tel : 06-353 1355)
  7. PKP Ayer Hitam, Johor (Tel : 07-758 1084)
  8. PKP Kuantan, Pahang (Tel : 09-534 3092)
  9. PKP Bukit Payong, Terengganu (Tel : 09-619 1084)
  10. PKP Lundang, Kelantan (Tel : 09-744 4791)
Bilakah Unit Integriti Jabatan Pertanian ditubuhkan?

Unit Integriti telah ditubuhkan pada 2 Mei 2014 berpandukan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 (PP Bil. 6/2013) Penubuhan Unit Integriti Di Semua Agensi Awam.

Apakah fungsi Unit Integriti ini?

Unit Integriti bertanggungjawab untuk melaksanakan enam (6) fungsi teras seperti berikut:

  1. Tadbir Urus
  2. Pengukuhan Integriti
  3. Pengesanan dan Pengesahan
  4. Pengurusan Aduan
  5. Pematuhan
  6. Tatatertib
Apakah tujuan Pelan Antirasuah Jabatan Pertanian (PLANT DOA) 2020-2025 diwujudkan?

PLANT DOA diwujudkan sebagai ‘living document’ utama Jabatan yang menggariskan tindakan menyeluruh dan bersepadu dalam menangani masalah rasuah, integriti dan tadbir urus dalam negara bagi tempoh lima tahun akan datang (2020-2025).

Apakah prosedur pengurusan aduan yang dirujuk dan digunakan oleh Unit Integriti?

Unit integriti merujuk dan mengguna pakai Prosedur Pengurusan Aduan Sistem Pengurusan Antirasuah (SPAR) MS ISO 37001:2016 DOA.PSPAR(S)03 Keluaran 03 yang telah berkuatkuasa pada 1 November 2022.

Bagaimana aduan atau maklumat boleh disalurkan kepada Unit Integriti?

Aduan atau maklumat boleh dikemukakan kepada Unit Integriti dengan cara:

  1. Menghadirkan diri ke Unit Integriti Jabatan Pertanian di alamat:

                        Aras 14, Wisma Tani

                        No. 30, Lot 4G2, Persiaran Perdana, Presint 4

                        Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

                        62624 Putrajaya.

      2. Mengemukakan surat ke alamat tersebut.

      3. Menggunakan saluran e-Integriti di Portal Rasmi Jabatan Pertanian.

      4. Mengemukakan emel ke aduanintegriti@doa.gov.my

      5. Menghubungi talian 03-8870 3166.

Apakah jenis aduan atau maklumat yang boleh disalurkan kepada Unit Integriti?

Aduan atau maklumat berkaitan salah laku pegawai/kakitangan Jabatan Pertanian.

Siapakah yang boleh membuat aduan berkaitan pelanggaran tatatertib dan salahlaku yang berlaku di Jabatan Pertanian kepada Unit Integriti?

Mana-mana pihak sama ada orang awam atau pegawai/kakitangan Jabatan Pertanian boleh membuat aduan.

Bolehkah seseorang membuat aduan atau memberi maklumat bagi pihak orang lain?

Boleh. Seseorang boleh membuat aduan walaupun beliau bukan mangsa tindakan salah laku yang ingin diadukan. Walau bagaimanapun, orang tersebut hendaklah mengemukakan butir-butir mangsa tersebut untuk tindakan lanjut Unit Integriti.

Adakah pengadu atau pemberi maklumat dilindungi?

Pengadu atau Pemberi Maklumat akan dilindungi di bawah Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat Jabatan Pertanian. Sila rujuk http://www.doa.gov.my/index/resources/aktiviti_sumber/sumber_awam/maklumat_integriti/SPAR/polisi_perlindungan_pemberi_maklumat_DOA.pdf untuk maklumat lanjut.

Adakah Unit Integriti akan melayan aduan berbentuk surat layang?

Ya. Unit Integriti menerima semua jenis aduan termasuk surat layang. Sekiranya Unit Integriti mendapati aduan tersebut berasas, ianya akan diambil tindakan selanjutnya.

Apakah prosedur siasatan yang dirujuk dan digunakan oleh Unit Integriti?

Unit integriti merujuk dan mengguna pakai Tatacara Operasi Piawai Pengesanan dan Pengesahan 1.5.13/0006/UI/0001 yang telah diluluskan pada 23 Mac 2022.

Berapa lama tempoh yang diambil oleh Unit Integriti untuk melengkapkan sesuatu siasatan?

Tempoh masa penyiapan siasatan adalah bergantung kepada tahap kerumitan sesuatu kes. Jika Ketua Unit Integriti (KUI) mendapati kertas siasatan masih belum lagi sempurna, KUI boleh melanjutkan lagi tempoh masa penyiapan bergantung kepada situasi kes.

Sekiranya mana-mana pegawai/kakitangan Jabatan Pertanian diminta untuk hadir sesi temu bual atau pemeriksaan siasatan, adakah pegawai tersebut perlu hadir dan memberikan kerjasama?

Ya, pegawai/kakitangan berkenaan hendaklah mematuhi arahan tersebut dan sekiranya tidak hadir tanpa sebab yang munasabah, ia boleh dianggap sebagai ingkar perintah dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Apakah panduan yang boleh dirujuk oleh Ketua Jabatan/Penyelia dalam menguruskan salah laku kakitangan?
  1. Ketua Jabatan/Penyelia boleh merujuk kepada Buku Panduan Mengurus dan Melaporkan Tindakan Tatatertib Jabatan Pertanian. Sila rujuk http://www.doa.gov.my/index/resources/aktiviti_sumber/sumber_awam/penerbitan/buku/panduan_tindakan_tatatertib_DOA.pdf untuk maklumat lanjut.

Adakah Jabatan Pertanian mempunyai dasar atau prosedur mengenai kes gangguan seksual?

Jabatan Pertanian merujuk dan mengguna pakai Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2018 – Garis Panduan Pengendalian Kes Gangguan sesksual Di Tempat Kerja.

Siapakah yang menganggotai Lembaga Tatatertib di Jabatan Pertanian?

Mengikut Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993 [P.U.(A) 396/1993] keanggotaan Lembaga Tatatertib terdiri dari anggota yang dinyatakan dalam ruang 4 jadual.

Apakah jenis dan pelaksanaan hukuman tatatertib?

Berdasarkan Peraturan 38 P.U.(A) 395/1993, jika seseorang pegawai didapati bersalah atas suatu kesalahan tatatertib, pegawai boleh dikenakan mana-mana satu atau apa-apa gabungan dua atau lebih hukuman bergantung kepada keseriusan kesalahan iaitu :

  1. Amaran
  2. Denda
  3. Lucut Hak Emolumen
  4. Tangguh Pergerakan Gaji
  5. Turun Gaji
  6. Turun Pangkat
  7. Buang Kerja
Bolehkah Mesyuarat Lembaga Tatatertib bersidang untuk menjatuhkan hukuman ke atas pegawai sekiranya tempoh representasi pembelaan diri pegawai belum tamat 21 hari?

Tidak boleh. Pegawai perlu mengemukakan representasi dalam tempoh 21 hari, Jika, selepas tamat tempoh 21 hari pegawai tidak mengemukakan representasi maka Mesyuarat Lembaga Tatatertib boleh bersidang untuk menentukan hukuman ke atas pegawai tersebut.

Bolehkah pegawai atau kakitangan membuat rayuan bagi tindakan tatatertib yang telah dikenakan?

Boleh. Mana-mana pegawai yang terkilan dengan keputusan Lembaga Tatatertib termasuk pegawai yang dibuang kerja melalui Warta boleh merayu terhadap keputusan tersebut kepada Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam (LRTT).

Apakah kesan jika pegawai atau kakitangan dikenakan tindakan Tatatertib?
  1. Tindakan tatatertib akan direkodkan di dalam Buku Perkhidmatan.
  2. Pegawai atau kakitangan berkenaan tidak layak untuk memohon kenaikan pangkat mengikut tempoh yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2009.
  3. Tindakan tatatertib yang dikenakan akan diambilkira di dalam urusan pengesahan jawatan, kenaikan pangkat dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.
Apakah yang dimaksudkan dengan hadiah?

Pengertian hadiah di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1998 merujuk kepada wang, harta alih atau tak alih, tambang percuma, saham, diskaun, komisen, hamper, cenderamata, kenderaan, kemudahan perjalanan, hiburan, perkhidmatan, keahlian kelab dan sebagainya.

Bolehkah pegawai dan kakitangan Jabatan Pertanian menerima hadiah?

Jabatan Pertanian MELARANG pegawai dan kakitangan terlibat dalam penerimaan sebarang bentuk hadiah (hamper, diskaun, komisen dan lain-lain) daripada orang atau pihak (supplier, contractor, vendor, service provider dan lain-lain) yang mempunyai hubungan kerja, urusan rasmi atau kepentingan dengan jabatan.

Bolehkah seorang penjawat awam menerima hadiah yang tiada kaitan tugas rasminya?

Boleh diterima tetapi hendaklah sepadan iaitu nilainya kurang ¼ daripada emolumen atau kurang RM500.00 bagi maksud hadiah yang diberi. Sekiranya tidak sepadan iaitu melebihi emolumen atau melebihi RM500.00, maka ianya perlu dilaporkan kepada Ketua Jabatan untuk kelulusan melalui Borang Akuan Penerimaan Hadiah (Lampiran A) PP Bil. 3/1998. Walau bagaimanapun jika nilainya melebihi RM500.00 ianya boleh diterima dalam keadaan tertentu seperti hadiah diterima dari rakan sempena persaraan, pertukaran, pertunangan pegawai dan perkahwinan pegawai. Sekiranya pegawai awam masih ragu-ragu maka ianya boleh melaporkan penerimaan hadiah itu kepada Ketua Jabatan.

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya hadiah seperti hamper atau jambangan bunga diletakkan di atas meja pegawai atau di rumah di mana pemberinya tidak diketahui?

Bagi keadaan sedemikian, pegawai dinasihat untuk melaporkan kepada Ketua Jabatannya untuk membuat keputusan. Tindakan sedemikian bertujuan untuk menyelamatkan pegawai daripada ditohmah oleh pihak tertentu.

Bolehkah penjawat awam menerima hadiah seperti duit raya dan ‘ang pau’ semasa majlis rasmi?

Merujuk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 Peraturan 8 (1), pegawai awam tidak boleh menerima atau memberi atau melalui pihak lain yang ada kaitan tugas rasminya. Walau bagaimanapun dalam keadaan yang sukar ditolak, dan merasa ragu-ragu maka dengan seberapa segera melaporkan secara bertulis kepada Ketua Jabatannya untuk kebenaran.

Apakah tindakan yang perlu diambil oleh pegawai atau kakitangan Jabatan Pertanian sekiranya menerima hadiah?

Setiap penerimaan hadiah, pegawai dan kakitangan perlu mengambil tindakan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1998 iaitu:

 

1. Jika mengetahui atau boleh menghubungi pihak memberi hadiah :

  1. Mengembalikan hadiah kepada pihak memberi hadiah melalui Ketua Jabatan/Pengarah.
  2. Melengkapkan Borang Akuan Penerimaan Hadiah (Lampiran A) dan mengemukakan kepada Unit Integriti untuk pemantauan.

 

2. Jika pihak yang memberi hadiah tidak mahu menerima semula hadiah.

 

3. Jika tidak mengetahui atau tidak boleh menghubungi pihak yang memberi hadiah :

  1. Menyerahkan hadiah kepada Unit Integriti.
  2. Melengkapkan Borang Akuan Penerimaan Hadiah (Lampiran A) dan mengemukakan kepada Unit Integriti untuk keputusan Ketua Pengarah Pertanian.
Bagaimana sekiranya nilai hadiah yang diterima kurang RM100.00?

Jika nilainya kurang RM100.00 perlu melaporkan penerimaan hadiah dengan melengkapkan dan mengemukakan Borang Laporan Penerimaan Hadiah (Lampiran B) PP Bil. 3/1998 kepada Ketua Jabatan/Pengarah dan mengemukakan salinan Laporan Penerimaan Hadiah (Lampiran B) tersebut kepada Unit Integriti untuk pemantauan.

Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi bahagian berkenaan :

UNIT INTEGRITI

ARAS 14, WISMA TANI, NO. 30,

PERSIARAN PERDANA, PRESINT 4,

62624 PUTRAJAYA.

Phone : 03-8870 2484

Apakah Peranan Unit Komunikasi Korporat (UKK)?

Perhubungan Awam – mengurus dan menyebarkan maklumat, inisiatif dan mesej strategik Jabatan kepada orang ramai.

 

Aduan & Maklum Balas Pelanggan – mengurus dan menyelaraskan aduan pelanggan, pertanyaan, cadangan & penghargaan daripada orang awam mengenai perkhidmatan Jabatan.

 

Hebahan, Publisiti & Promosi – melaksanakan melalui penerbitan bahan promosi, portal, media elektronik, media cetak dan media sosial.

 

Penerbitan & komunikasi Multimedia – menyediakan sokongan teknikal bagi program rasmi jabatan, rekabentuk dan bahan penerbitan.

 

Perhubungan Media – jalinan kerjasama antara pihak jabatan dengan pelbagai pihak media dan menguruskan liputan media.

Apakah perkara yang boleh diadukan kepada Jabatan Pertanian?
  • Aduan Awam

Pernyataan orang ramai mengenai ketidakpuasan mereka terhadap tindakan,amalan dan penyampaian perkhidmatan oleh agensi kerajaan atau penjawat awam yang dirasai tidak adil, tidak mematuhi undang-undang dan peraturan yang sedia ada termasuk salah laku, penyelewengan, salah guna kuasa dan salah tadbiran.

 

  • Bukan Aduan Awam

Maklumbalas yang bukan berbentuk aduan iaitu pertanyaan, cadangan dan penghargaan. Selain itu, bukan aduan awam juga merujuk kepada apa-apa aduan yang tidak berkaitan dengan system penyampaian perkhidmatan awam.

Bagaimanakah cara menyalurkan aduan?

Semua aduan disarankan dihantar secara rasmi melalui saluran berikut:

  1. Di Portal Rasmi Jabatan Pertanian (http:/www.doa.gov.my) (e-Maklumbalas)
  2. Sistem Pengurusan Aduan Awam di Portal KPKM (SISPAA)
  • Biro Pengaduan Awam (BPA)
  1. E-mel: pro@doa.gov.my
  2. Hadir bersemuka

Lain-lain (surat/telefon/e-mel dan media masa)

Bolehkah saya membuat aduan bagi pihak orang lain?

Boleh, dengan kebenaran daripada pengadu dan menyertakan semua maklumat yang berkaitan.

Adakah sebarang bayaran dikenakan?

Tiada bayaran dikenakan

Adakah DOA akan menyiasat semua aduan yang diterima?

YA – Sekiranya aduan adalah berkaitan, jelas dan berasas.

 

TIDAK – Sekiranya aduan yang diterima adalah di luar bidang kuasa DOA atau menyentuh dasar-dasar kerajaan. Jabatan akan memanjangkan aduan yang berada di luar bidang kuasa ke Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau Biro Pengaduan Awam (BPA) untuk tindakan dan perhatian lanjut.

Disamping itu juga, Jabatan boleh menolak aduan yang dikemukan sekiranya pengadu enggan memberikan maklumat yang betul dan lengkap, aduan yang berniat jahat(mala fide), berbentuk ugutan/ancaman, sebarang aduan yang menggunakan bahasa yang kesat, lucah, konfrantasi, penghinaan atau tuduhan tanpa asas dan aduan berulang daripada individu yang sama yang telah pun diberi maklum balas sewajarnya.

Adakah Jabatan boleh membuat penolakan aduan yang diterima?

Ya – Jabatan Pertanian tidak menguruskan aduan berkaitan perkara-perkara di bawah bidang kuasa dan fungsi mana-mana suruhanjaya , mahkamah, tribunal dan agensi penyiasatan. Jabatan Pertanian juga tidak mengendalikan aduan berhubung keselamatan, hubungan antarabangsa, perisikan, kes aduan bersifat antara individu dan keputusan yang dibuat oleh Parlimen/Jemaah Menteri.

Berapa masa diambil bagi menguruskan aduan?
  • Aduan Biasa – 15 hari bekerja
  • Aduan Kompleks – 16 hari dan ke atas boleh mencecah 365 hari termasuk pelepasan Am dalam kalendar tahunan berkenaan.
Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi bahagian berkenaan :

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

ARAS 14 & 17, WISMA TANI, NO. 30,

PERSIARAN PERDANA, PRESINT 4,

62624 PUTRAJAYA.

Phone : 03-8870 3042

Fax : 03-8870 3044

Bagaimanakah caranya untuk saya memohon permit import?

Anda boleh memohon permit import secara dalam talian melalui sistem epermit dagangnet (http://newepermit.dagangnet.com.my/epermit/login/login_notice.html?rndm=3278032074). Kelulusan permit import adalah daripada Jabatan Pemeriksaan dan Perkhidmatan Kuarantin (MAQIS).

Apakah syarat untuk mengimport bahan tanaman?

Bahan tanaman seperti biji benih (seeds), anak pokok (seedlings), keratan (cutting), tisu kultur dan lain-lain bentuk untuk tujuan penanaman memerlukan permit import daripada Jabatan MAQIS dan Sijil Fitosanitasi daripada Negara Pengeksport. Pengimportan ini juga tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan di dalam permit import.

Pengimportan tanah bersama bahan tanaman adalah dilarang. Hanya medium tanpa tanah yang steril dibenarkan.

Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk memproses permit import?

Bergantung kepada kelulusan Jabatan MAQIS.

Apakah no talian dan emel sekiranya penjelasan lanjut diperlukan?

Anda boleh menghubungi Unit Kawalan Import dan Analisis Risiko Perosak di talian 03-20301400 atau di alamat emel unitimportpra@doa.gov.my. Anda boleh merujuk maklumat berkaitan di ruangan Laman Utama>Perkhidmatan>Permit>MyImport.

Adakah terdapat larangan pengimportan daripada mana-mana negara?

Ya. Berdasarkan Peraturan-Peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981, pengimportan daripada negara-negara endemik terhadap penyakit tanaman getah iaitu South American Leaf Blight (SALB) dan negara African Cocoa Regions yang endemik terhadap penyakit tanaman koko, sawit dan kelapa adalah dilarang kecuali bagi tujuan penyelidikan.

Bagaimanakah cara untuk mengimport baja organik ke Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak

Anda perlu menghantar borang permohonan MOBO.01 untuk pertimbangan Jawatankuasa Teknikal Pengimportan Mikroorganisma dan Bahan Organan. Garispanduan permohonan adalah seperti di pautan berikut

http://www.doa.gov.my/index/resources/perkhidmatan/permit/myimport/sop_import_mobo_v2.pdf

Apakah fungsi Jabatan Pertanian dan Jabatan MAQIS berhubung pengimportan tumbuhan?

Jabatan Pertanian sebagai National Plant Protection Organization (NPPO) Malaysia yang menetapkan dasar dan keperluan sesuatu pengimportan. Jabatan MAQIS sebagai Jabatan Pelaksana yang mengeluarkan permit import, menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan di pintu masuk.

Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi bahagian berkenaan :

BAHAGIAN BIOSEKURITI TUMBUHAN

TINGKAT 1-3, WISMA TANI,

JALAN SULTAN SALAHUDDIN,

50632 KUALA LUMPUR.

Phone : 03-2030 1400

Fax : 03-2691 3550

Bagaimanakah caranya untuk saya memohon Penolong Pegawai Pertanian di Jabatan Pertanian?

Cara untuk membuat permohonan melalui kaedah berikut:

  1. Layari laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di https://www.spa.gov.my/spa/
  2. Memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh SPA.
Adakah saya boleh membuat pengesahan kakitangan di Jabatan Pertanian? ( untuk urusan Luaran Jabatan Pertanian)

Pengesahan bagi kakitangan Jabatan Pertanian bagi tujuan dan urusan pinjaman bank atau lain-lain perkara perlu melalui Unit Perkhidmatan, Seksyen Perkhidmatan, Bahagian Khidmat Pengurusan dengan mengemukakan penyata gaji dan maklumat berkaitan seperti potongan bulanan permohonan pinjaman baharu kepada perkhidmatanhq@doa.gov.my.

Apakah syarat untuk menjadi vendor/pembekal di di Jabatan Pertanian?

Sebarang pendaftaran sebagai vendor/pembekal hanya melalui Kementerian Kewangan dan tiada yang spesidik mendaftar dengan Jabatan. Ini selaras dengan Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61) dan Arahan Perbendaharaan (AP) 166.1, 166.2(i), 166.2(ix), 166.2(x), 184.2, 184.3 serta Pekeliling Perbendaharaan 1PP/PK5 dan 1PP/PK8, semua syarikat yang ingin berurusniaga dengan Kerajaan hendaklah berdaftar dengan MOF. 

 

Bersama ini disertakan sekali Panduan Pendaftaran Akaun Asas dan Syarikat bagi Perolehan Bekalan dan Perkhidmatan untuk rujukan bagi mendaftar sebagai vendor. Sebarang permasalahan mengenai pendaftaran, boleh terus berhubung dengan Kementerian Kewangan seperti dalam panduan tersebut. 

https://www.eperolehan.gov.my/documents/10182/0/Panduan-Pendaftaran-Akaun-Asas-Syarikat-+Pindaan+23+Julai+2020.pdf/729f9bdb-1f95-4400-89b4-8d71fb4486da

Dengan siapakah saya perlu hubungi untuk mendapatkan maklumat berkaitan pemangkuan/ kenaikan pangkat/ penilaian LNPT dan MyPerformance/ Anugerah/ Peperiksaan/ Persaraan/ GCR80? (untuk urusan dalaman Jabatan Pertanian)

Sebarang pertanyaan dan pemasalahan boleh boleh dimajukan kepada prestasihq@doa.gov.my.

Dengan siapakah saya perlu hubungi untuk mendapatkan maklumat berkaitan pertukaran/ penanggungan kerja/ MySTEP? (untuk urusan dalaman Jabatan Pertanian)

Sebarang pertanyaan dan pemasalahan boleh boleh dimajukan kepada perjawatanhq@doa.gov.my.

Dengan siapakah saya perlu hubungi sekiranya HRMIS saya menghadapi sebarang masalah? ( untuk urusan dalaman Jabatan Pertanian)

Sebarang  pertanyaan dan pemasalahan boleh dimajukan kepada hrmishq@doa.gov.my.

Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi bahagian berkenaan :

Sebarang pertanyaan adalah melalui saluran berikut:

Alamat

:

Jabatan Pertanian
Aras 7-17, Wisma Tani, No. 30,
Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62624 Putrajaya, Malaysia. 

Faks

:

03-8870 3044

Perhubungan Awam

:

pro[at]doa[dot]gov[dot]my
03-8870  3102 / 3042 / 3038 / 3050 

Webmaster

:

Encik Ahmad Fikri bin Mohd Samsudin
proweb[at]doa[dot]gov[dot]my
03-8870 3102 

Latest updates news (2024-05-08 17:26):

4Pj recipe for cbd gummy bears | 2tu cbd gummies indianapolis in | are cbd gummies safe for SEa dogs | cbd gummies online sale 250mg | groupon cbd FQt gummies banna a | genuine 250mg cbd gummies | best cbd cream cbd gummies | best website to mIB buy cbd gummies | official chicago cbd gummies | can you 2do get high from koi cbd gummies | gold harvest BBy cbd gummy | how do cbd gummies help 0dm quit smoking | p1S paradise island cbd gummies zebra | where can Twl u get cbd gummies | blueberry pomegranate 25 25 thc cbd 2gH gummy | wlill suckng Unz gummy bear cbd hit faster | cbd gummies 5Q7 how long | do i ACV need a prescription for cbd gummies | cbd gummies at local drug store SId | 75mg cbd gummies official | cbd square free shipping gummy | blue Uc7 razz cbd gummies 250mg | cbd gummies for qcS pain texas | diamond cbd VHB gummies watermelon | where can i buy green xvS apple cbd gummies | overachieving cbd cbd cream gummies | martha 6Lf stewart cbd gummies valentine | vox nutrition cbd 0XW gummies | global green VWm cbd gummies | crescent cbd for sale gummies | the pioneer woman yNk cbd gummies | chill cbd YKF gummy bears | cbd gummies safe for work YAy | will dRU cbd gummies help you sleep | if im iiE sober can i take cbd gummies | cbd cream healthspan cbd gummies | 1ss tranquil leaf cbd gummies reviews | 6mg thc 3mg lx7 cbd gummy | ingredients iFe in purekana cbd gummies | for sale canopy cbd gummies | holistic health cbd dtY gummies full spectrum | huuman cbd MF1 gummies 750mg | I25 can cbd gummies help with migraine | cbd oil and u3u gummies same | cbd gummi aUY vitamins costco | cbd gummies for seizures 9Xj | order cbd gummies Hqz from colorado | lvG cbd gummy dosage chart | BCP cbd gummies to help stop smoking cigarettes | low price cbd gummies nausea