GEOTANIH

Sistem GeoTanih diwujudkan bagi menguruskan data geospatial tanah berpusat secara sistematik dalam talian. Sistem ini sentiasa dikemaskini bagi memenuhi piawaian penilaian dan pengelasan data tanah negara meliputi data  huraian tanah, lokasi profil tanah, data fizikal tanah, data kimia tanah, kompendium tanah dan daftar tanah serta peta kesesuaian tanah untuk tanaman.


Objektif sistem

Meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada golongan sasar dengan memberikan data tanah yang tepat dan mudah dicapai.

 

Manfaat

1) Sistem Data Geospatial Tanah Berpusat dapat diwujudkan bagi memudahkan golongan sasar mendapatkan maklumat

2) Berpotensi mengawal capaian data dan pengeluaran data seterusnya membantu di dalam keselamatan negara dan kedaulatan makanan

3) Memudahkan pengguna mempercepatkan tempoh capaian maklumat secara atas talian (online)

4) Mempunyai pelbagai platform untuk capaian maklumat sistem geotanih (mobile app / browser)

5) Satu sistem integrasi maklumat tanah secara bersepadu dapat diwujudkan untuk kegunaan bersama diantara pemberi maklumat serta pengguna (golongan sasar).

 

Pautan : geotanih.doa.gov.my