PEMBANGUNAN TANAMAN DURIAN DI TANAH BERCERUN

Durian merupakan salah satu sumber kekayaan baharu negara. Kebanyakan ladang durian di Malaysia terletak di kawasan bercerun curam iaitu melebihi 25dan memerlukan pengurusan amalan pemuliharaan tanah yang lebih intensif.

 

Justeru, Jabatan Pertanian telah menggariskan sepuluh (10) syarat yang perlu dipatuhi bagi pembangunan tanaman durian di tanah bercerun oleh pengusaha bagi memastikan kelestarian alam sekitar:

01

Mendapatkan Kebenaran Merancang daripada Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) bagi kawasan pertanian secara komersial dan bukan bertujuan sara diri.

02

Sebarang cadangan pembangunan pertanian ini tertakluk kepada garis panduan yang dinyatakan di dalam Rancangan Tempatan (RT) bagi kawasan berkenaan

03

Jenis tanah mestilah tidak mudah terhakis dan mempunyai kandungan lempung (liat) melebihi 35%.

04

Tanah mestilah mempunyai kedalaman efektif untuk pengakaran sekurang-kurangnya satu (1) meter.

05

Pembukaan kawasan baharu secara manual/separa manual.

06

Pembukaan kawasan baharu melebihi 10 hektar mestilah dibuat secara berperingkat.

07

Menjalankan amalan pengurusan pemuliharaan tanah seperti yang telah disyorkan dalam Garis Panduan Pembangunan Pertanian di Tanah Bercerun Edisi 2020.

08

Melaksanakan sistem perparitan, kawalan hakisan dan kelodak yang sesuai

09

Tanaman penutup bumi perlu ditanam secepat mungkin sebaik sahaja kawasan dibuka.

10

Melaksanakan pengurusan risiko bencana jika berkaitan dan disertakan di dalam permohonan Kebenaran Merancang