Pembinaan struktur pemuliharaan tanah / amalan mekanikal adalah penting sebagai kombinasi amalan agronomi dalam memelihara dan mengawal hakisan. Struktur yang dibina perlu diselenggara secara berkala bagi mengelakkan kegagalan struktur akibat tersumbat atau sebagainya. Prinsip pembinaan struktur adalah untuk mengurangkan halaju air, memendekkan cerun dan sebagai penapis/ perangkap untuk mengurangkan sedimen.
AMALAN MEKANIKAL BAGI KAWASAN YANG BAHARU DI BUKA

Tapak Pentas

Perangkap Kelodak

Benteng Gabion

Benteng Konkrit

Parit lereng

Parit Ladang

Pembetung

Mewujudkan laluan air atau kekalkan laluan semulajadi

Empangan Penampan
AMALAN AGRONOMI BAGI KAWASAN YANG BAHARU DIBUKA & TELAH BERTANAM

Tempoh Rehat
(tidak menanam dalam tempoh tertentu)

Menanam Mengikut Kontur Dengan Teres

Menanam Mengikut Kontur Tanpa Teres

Tanaman Penutup Bumi

Sungkupan
(Semulajadi / Sintetik)

Kekalkan sekurang-kurangnya 40% rumput semulajadi / tanaman hutan asal

Tanaman Selingan

Tanaman Penstabil Cerun