MODEL FARM DURIAN

Keluasan Model Farm yang dibangunkan (ha) : 1.0 ha

Jenis Tanaman : Durian

Bilangan tanaman : 100 pokok

Varieti Tanaman :  

   1) Durian Varieti D197  :  44 pokok

  2) Durian Varieti 200   :  41 pokok

  3) Durian Varieti 168   :  8 pokok

  4) Durian Varieti 198   :  5 pokok

  5) Durian Varieti 160   :  2 pokok

PENGAIRAN SECARA AUTOMATIK DENGAN PENGGUNAAN SISTEM IOT PENGAIRAN DAN PEMBAJAAN SECARA FERTIGASI

Perincian teknologi adalah seperti berikut:

  1. Kaedah pengairan dibuat secara automatik dan di kawal menggunakan aplikasi. Sekiranya hujan berlarutan, pengguna boleh memberhentikan pengairan tersebut dengan serta merta menggunakan aplikasi walaupun tidak berada di ladang.
  2. Pemberian baja secara fertigasi dapat mempercepatkan pertumbuhan tanaman. Dengan menggunakan sistem Autosing IOT, Baja Fertigasi di bancuh secara automatik dan diberikan kepada tanaman secara fertigasi mengikut jadual.
Sistem Autosing IoT

SISTEM PENGAIRAN RENJIS MIKRO

  1. Sistem Pengairan yang digunakan ialah Sistem Pengairan Renjis Mikro (Nama Perenjis : Netafilm SuperNet)
  2. Kelebihan : dapat mengekalkan kadar tekanan yang berbeza (pressure compensated). Baja cecair (larutan) boleh tersebar melalui cara ini.
  3. Sistem pengairan renjis ini lebih efisien berbanding pengairan titis.

SISTEM QR CODE UNTUK REKOD PENGURUSAN TANAMAN

  1. Sistem QR Code menggunakan database daripada syarikat Viscon Agro.
  2. Maklumat tanaman dan Data pengurusan tanaman seperti pembajaan dan meracun dapat direkodkan setiap kali aktiviti dilakukan.
  3. Memudahkan penyimpanan rekod ladang di simpan dan Pemantauan aktiviti ladang secara efektif

PENGUMPULAN DATA CUACA

  1. Maklumat cuaca setempat untuk pengurusan tanaman.
  2. Data dan maklumat boleh digunakan untuk melihat kesan faktor persekitaran terhadap pertumbuhan pokok.
  3. Data-data yang diperolehi adalah seperti jumlah hujan, humidity, suhu, lux cahaya dapat dikumpulkan.
  4. Analisis boleh dibuat untuk melihat kesannya kepada tanaman seperti kejadian serangan perosak dan kulat dan corak taburan hujan.
Data: humidity, suhu & lux cahaya
Data: jumlah hujan (mm)

Kompleks Pertanian Serdang, Selangor

Peta Lokasi Model Farm Durian

Hubungi kami :

Model Farm Durian Kompleks Pertanian Serdang, Selangor

Bahagian Pembangunan Industri Tanaman,

Kompleks Pertanian Serdang, Beg Berkunci 201,

Pejabat Pos UPM, 43400 Serdang, Selangor.

Tel : 03-89486302

Fax: 03-89426616

Pokok durian yang berumur 2 tahun
Pusat Informasi Model Farm Durian
Lawatan Jabatan Pertanian Negeri Johor
Lawatan Jabatan Pertanian Negeri Johor