LCC (Leaf Color Chart)

LCC (Leaf Color Chart) atau Carta Warna Daun dibangunkan oleh IRRI (Philrice) dari Japanese prototype bagi mengukur keperluan Nitrogen (N) bagi tanaman padi mengikut keperluan di sawah.

Intensiti warna daun adalah berkait rapat dengan kandungan klorofil dan status Nitrogen (N) daun. Inovasi Aplikasi LCC Padi diilhamkan apabila ramai petani yang berminat untuk mendapatkan dan membeli LCC untuk mengukur tahap nitrogen di dalam daun di sawah masing-masing. Aplikasi LCC Padi diperkenalkan dan dicipta bagi memudahkan petani dan pegawai di lapangan mendapatkan data status nitrogen daun padi serta mengetahui tahap keperluan baja dan membantu petani mengurangkan penggunaan baja nitrogen berpandukan status semasa nitrogen pada daun.