CILI

Terdapat beberapa kultivar cili yang ditanam di Malaysia seperti MC 11, MC 12, Bangi, Kulai dan jenis hibrid.

Jenis cili kulai adalah di antara jenis yang popular ditanam kerana ketahanan pada penyakit, hasil yang sederhana tinggi dan rasanya pedas dan disukai ramai.

Di antara ciri-ciri kultivar tersebut adalah seperti di dalam Jadual.

Kultivar

Ciri-ciri

MC 11

Tinggi pokok 80 – 110 cm, panjang buah 8 – 10 cm, berat buah 7 – 10 gm/biji, rasanya pedas. Rentan pada antraknos dan virus serta tahan sedikit pada Choanephora. Pungutan hasil sebanyak 17 – 24 tan/ha.

MC 12

Tinggi pokok 60 – 80 cm, panjang buah 10 – 13 cm, berat buah 12 – 14 gm/biji, rasanya pedas. Rentan pada antraknos, Choanephora dan virus. Pungutan hasil 15 – 29 tan/ha.

Kulai

Tinggi pokok 70 – 80 cm, panjang buah 10 – 15 cm, berat buah 10 – 15 gm/biji. Rasanya sangat pedas. Sederhana tahan kepada antraknos dan virus. Tahan kepada layu bakteria. Pungutan hasil sebanyak 15 – 20 tan/ha.

Jarak tanaman yang disyorkan ialah 90 cm dalam baris.

Pokok cili ditanam secara sebaris dalam setiap batas.