CENDAWAN TIRAM

Cendawan Pleurotus sp dikenali sebagai cendawan tiram (oyster) kerana bentuk tudungnya yang bulat, lonjong dan melengkung menyerupai cengkerang tiram.

Ia merupakan cendawan yang popular ditanam dikalangan pengusaha cendawan, kerana permintaan terhadap cendawan tersebut adalah tinggi.

Jadual 1: Khasiat Pemakanan Cendawan Tiram Kelabu

(100 gm berat basah)

Sumber: Nutrient Composition of Malaysia Foods.

(Komposisi Zat Dalam Makanan Malaysia)

Pecahan Zat Pemakanan

Kandungan

Tenaga

Air

Protin

Lemak

Karbohidrat

Serat

Kalsium

Fosforus

Zat Besi

Natrium

Kalium

Vitamin B1

Vitamin B2

Niasin

Vitamin C

37 kcal

89.2 gm

3.6 gm

0.7 gm

4.1 gm

1.8 gm.

2 mg

88 mg

1 mg

6 mg

195 mg

0.03 mg

0.45 mg

1.9 mg

9.4 mg

Terdapat 4 jenis cendawan tiram yang boleh diusahakan iaitu:

  1. Cendawan Tiram Kelabu (Pleurotus sajor-caju)
  2. Cendawan Tiram Putih (Pleurotus florindus)
  3. Cendawan Tiram Kuning (Pleurotus citrinopileatus)
  4. Cendawan Tiram Merah Jambu (Pleurotus flabellatus)
  1. Cendawan Tiram Kelabu (Pleurotus sajor-caju)

2. Cendawan Tiram Putih (Pleurotus florindus)

3. Cendawan Tiram Kuning (Pleurotus citrinopileatus)

4. Cendawan Tiram Merah Jambu (Pleurotus flabellatus)

Kejayaan penanaman cendawan tiram bergantung kepada beberapa faktor penting seperti jenis media, suhu, kelembapan, cahaya, pengudaraan dan lain-lain. Namun faktor penting adalah amalan kebersihan dan sanitasi yang baik. Aktiviti penanaman ini bermula dengan penyediaan infrastruktur, bahan dan peralatan yang bersesuaian hingga pengurusan lepas tuai seperti berikut:

 

  1. Infrastruktur Cendawan
  2. Penyediaan Beg Media Cendawan
  3. Pengukusan Beg Media
  4. Penyuntikan Benih Cendawan
  5. Pemeraman Beg Media
  6. Memungut Hasil
  7. Pembungkusan dan Penyimpanan Cendawan
  8. Pengurusan Rumah Cendawan

 

  1. INFRASTRUKTUR CENDAWAN

Disyorkan kemudahan infrastruktur cendawan menpunyai 2 komponen bangunan yang berasingan iaitu:

i. Bangunan penyediaan media yang mempunyai 4 ruang bagi tujuan menyimpan stok, menggaul dan mengukus media, stor bahan dan peralatan dan bilik suntik benih cendawan.

ii. Rumah cendawan yang dilengkapi rak untuk meletakkan bongkah cendawan dengan dinding yang sesuai dan semua struktur mestilah berlantaikan simen.

 

  1. PENYEDIAAN BEG MEDIA CENDAWAN

Beg media cendawan perlu disediakan sebagai tempat miselium cendahan tumbuh. Bahan yang digunakan ialah habuk kayu yang tidak dirawat, dedak halus dan kapur pertanian pada kadar 100:1:1. Campurkan air supaya kelembapan di antara 60-65%. Bahan-bahan ini digaul rata dan dimampatkan ke dalam beg plastik jernih yang tahan panas. Pasangkan leher dan tutup mulut beg media cendawan dengan penutup yang telah disumbat kapas.

 

  1. PENGUKUSAN BEG MEDIA

Selepas penyediaan beg media cendawan, pengukusan perlu dijalankan untuk membunuh segala organisma pencemar dan perosak yang terdapat di dalam media supaya miselium cendawan dapat tumbuh dengan baik. Pengukusaan boleh dijalankan dengan menggunakan tong drum yang bertutup atau menggunakan pengukus besar (steamer) dan set dapur gas. Pengukusan dibuat lebih kurang 7-12 jam pada suhu 100oC.

 

  1. PENYUNTIKAN BENIH CENDAWAN

Beg media cendawan kemudian disejukkan, diikuti dengan kerja penyuntikan benih yang mesti dijalankan di dalam bilik yang bersih supaya tidak berlaku pencemaran. Benih cendawan dileraidan dimasukkan sebanyak 5 g ke dalam bongkah cendawan.

 

  1. PEMERAMAN BEG MEDIA

Beg media yang telah dimasukkan benih cendawan perlu melalui proses pemeraman lebih kurang 60 hari, di tempat yang gelap sehingga miselium tumbuh memenuhi keseluruhan beg media.

  1. MEMUNGUT HASIL

Sebaik sahaja didapati mesilia memenuhi keseluruhan beg media, penutup mulut beg media boleh dibuka. Hasil pertama cendawan boleh dikutip mulai hari ketiga hingga kelima berikutnya. Pastikan cendawan dikutip sebelum tepi kelopaknya menjadi berombak dan pecah. Sebaik saja selesai mengutip hasil, mulut beg media perlu dibersihkan dan ditutup untuk direhatkan selama tidak kurang dari 10 hari. Setelah cukup direhatkan, buka semula penutup mulut beg media untuk mendapatkan hasil berikutnya. Jumlah hasil bagi setiap beg media bagi setiap tuaian adalah sebanyak 60-80 gm dan proses memungut hasil ini boleh diulangi anatar 6-8 kali.

  1. PEMBUNGKUSAN DAN PENYIMPANAN CENDAWAN

Pangkal batang cendawan dipotong dan kelopaknya disusun sehala di dalam pembungkusan plastik. Disyorkan cendawan disimpan dalam peti sejuk pada suhu 5o– 8oC yang boleh bertahan segar selama 3-4 hari dengan cara insangnya menghala ke atas.

8. TIP PENGURUSAN RUMAH CENDAWAN

    1. Pastikan suhu dalam rumah cendawan 28o– 30oC, kelembapan 80-90% dan pengudaraan yang baik
    2. Jika perlu, rumah cendawan disiram dengan air bersih ke arah badan beg media, lantai dan dinding bagi mengekalkan kelembapan.
    3. Pastikan beg media yang telah rosak dan tercemar dimasukkan ke dalam plastik sampah dan dibuang ditempat yang jauh. Sebaiknya, beg media dikitar semula sebagai baja organik.
    4. Lantai rumah cendawan perlu dibersihkan setiap kali selepas membuat kerja.
    5. Pastikan rumah cendawan sentiasa di periksa untuk memastikan tiada serangan perosak dan pencemaran.

MENGAPA KERAP TIMBUL MASALAH PEROSAK DAN PENYAKIT DALAM RUMAH CENDAWAN ? 

  1. Keadaan di dalam rumah cendawan yang kelembapannya sentiasa tinggi adalah amat sesuai untuk pembiakan penyakit dan perosak.
  2. Penggunaan bahan kimia yang terhad dalam mengawal penyakit dan perosak dalam penamanan cendawan.
  3. Penyakit dan perosak sentiasa ujud di dalam dan di luar rumah cendawan yang menjalankan penanaman cendawan secara berterusan.
  4. Keadaan rumah cendawan tidak betul-betul kalis bagi menghindari kemasukan perosak dan tidak sempurna bagi mencegah jangkitan penyakit.

 

AMALAN ASAS DALAM PENGURUSAN PENYAKIT DAN PEROSAK:

1. Sentiasa lakukan amalan kebersihan baik (good hygiene practice) di rumah cendawan. Pastikan setiap langkah dari penyediaan beg media hingga memungut hasil sentiasa mengikut susun atur kerja yang mengurangkan pencemaran. Patuhi kawasan tidak basmi kuman, sempadan basmi kuman dan kawasan basmi kuman.

  1. Tempat menyimpan stok media: ruang tidak basmi kuman ruang yang paling hadapan bukaan pintu yang luas supaya mudah ‘unloading’ beratap dan lantai simen sebaiknya berdinding (terutama di kawasan berangin)
  2. Ruang penyediaan: ruang tidak basmi kuman tempat menggaul media, mengisi dan menyiapkan beg media beratap dan lantai simen ada sumber air.
  3. Ruang pengukusan: sempadan ruang tidak basmi kuman tempat mengukus untuk steril beg media sterilizer/ steamer / pengukus sebaiknya mempunyai 2 pintu; pintu masuk dan pintu keluar kan beg media.
  4. Ruang penyejukan: ruang basmi kuman dan kebersihan bertahap tinggi tempat menyejukkan beg media selepas pengukusan ruang yang bertutup rapat tanpa dimasuki udara luar lantai simen licin/jubin putih bersaiz besar/epoxy.
  5. Ruang pemeraman : ruang basmi kuman dan kebersihan bertahap tinggi tempat meletak beg media cendawan berbenih untuk pemeraman selama 60 hari lantai simen berkeadaan gelap beg media boleh diletak di atas lantai atau rak suhu sesuai 28°C – 30°C perlukan pengudaraan yang sedikit.

 

2. Semasa menyuntik benih cendawan, pastikan bilik suntik dan semua peralatan sentiasa di dalam keadaan bersih dan dibasmi kuman.

3. Pasang jaring di setiap laluan angin, tingkap atau pintu keluar masuk supaya tidak mudah dimasuki serangga. Sebaiknya adakan bekas pencelup kasut diisi cecair pembasmi kuman di hadapan pintu untuk mencegah jangkitan penyakit.

4. Sentiasa memeriksa beg-beg media dan segera buang beg-beg yang tercemar oleh penyakit atau perosak.

5. Bersihkan lantai rumah cendawan selepas memungut hasil dan menutup semula beg-beg media untuk direhatkan.

6. Jangan biarkan sampah-sampah berlonggokan di persekitaran luar rumah cendawan.

7. Bersihkan rumah cendawan secara menyeluruh sebelum memasukkan beg-beg media yang baru.

8. Sentiasa bersihkan dan dibasmi kuman peralatan penanaman cendawan.

9. Pakai baju dan kasut bersih serta basuh tangan sebelum masuk ke rumah cendawan

KULAT

1. Kulat Hijau (Green mould)

  • Nama saintifik: Trichoderma spp.
  • Serangan kulat ini berlaku apabila kandungan karbohaidrat tinggi dalam campuran media.
  • Maisilia berwarna putih, lebih tebal dan padat dari maisilia cendawan tiram
  • Serangan kulat hijau ini menyebabkan pertumbuhan maisilia cendawan tiram akan terhenti dan menjejaskan hasil 
  • Jika spora berwarna hijau mula kelihatan pada bahagian atas beg media selepas 10-15 hari disuntik benih – bermakna pencemaran berlaku semasa menyuntik benih kerana persekitaran yang tidak basmi kuman atau kulat hijau telah sedia ada dalam benih cendawan 
  • Jika spora berwarna hijau mula kelihatan pada putik cendawan yang mati dan reput – bermakna kulat hijau telah sedia ada dalam rumah cendawan 
  • Spora berwarna hijau mula kelihatan selepas 2-3 kali memungut hasil– bermakna pencemaran berjangkit semasa kerja-kerja membersihkan mulut beg media

2. Kulat Jingga (Fire mould) 

  • Nama saintifik: Neurospora spp.
  • Serangan kulat pencemar yang paling awal  berlaku selepas menyuntik benih cendawan dan ianya cepat merebak
  • Dalam masa 4-5 hari selepas suntik benih kelihatan maisilia berwarna putih, nipis seperti asap dan   lebih cepat tumbuh dari maisilia cendawan tiram
  • Lama kelamaan terbentuk tompokan putih krim dan tebal di dalam beg media
  • Diikuti dengan perngeluaran spora berwarna jingga dan mengeluarkan bau yang tengik
  • Kulat ini selalu berada di persekitaran rumah cendawan dan kadangkala datang bersama habuk kayu dari kilang papan.

3. Kulat Dakwat Hitam (Inky mould)

  • Nama saintifik: Coprinus spp.
  • Serangan kulat pencemar yang cepat pertumbuhannya, mengeluarkan jana buah terlebih dahulu sebelum cendawan tiram keluar
  • Jana buah berbentuk payung dan bertangkai panjang
  • Apabila jana buah matang akan mengeluarkan cecair hitam seperti dakwat
  • Tidak berapa menjejaskan hasil cendawan

 

4. Kulat Kuning

  • Nama saintifik: Aspergillus spp., Penicillium spp.
  • Spora berwarna kuning kehijauan
  • Serangan kulat pencemar berlaku apabila beg media tidak cukup dibasmi kuman (pengukusan) atau ada kebocoran pada badan beg media
  • Menyebabkan pertumbuhan maisilia cendawan tiram tidak berkembang dan tidak mendapat sebarang hasil cendawan

5. Kulat Hitam

  • Nama saintifik: Rhizopus spp.
  • Spora berwarna hitam
  • Serangan kulat pencemar berlaku apabila beg media tidak cukup dibasmi kuman (pengukusan) atau ada kebocoran pada badan beg media atau semasa menyuntuik benih
  • Menyebabkan pertumbuhan maisilia cendawan tiram tidak berkembang dan tidak mendapat sebarang hasil cendawan

KAWALAN KULAT PENCEMAR/SERANGAN PENYAKIT PADA BEG MEDIA

  1. Ikut langkah-langkah dalam Amalan Asas Pengurusan Penyakit dan Perosak
  2. Pastikan media digaul rata supaya kandungan kelembapan sekata
  3. Pastikan beg cendawan dikukus secukupnya iaitu 7-8 jam jika kukusan dibuat dalam tong drum atau pastikan suhu kukusan besar (steamer) melebihi 95 ºC selama 7 jam atau suhu dalam beg media sekurang-kurangnya mencapai 70-80ºC selama 2 jam.
  4. Keluarkan semua beg-beg media yang tercemar/ diserang penyakit, masukkan ke dalam beg plastik sampah, diikat dan dihantar ke tempat pemusnahan.
  5. Jika serangan kulat hijau atau jingga berlaku, tutup semua beg media yang masih elok di dalam rumah cendawan dan sembur dengan 10% alkohol atau klorin. Sembur dengan air bersih sebelum beg-beg media tersebut dibuka semula untuk pengeluaran hasil berikutnya.
  6. Jangan biarkan pekerja yang terlibat dengan pembuangan /pengasingan beg-beg media yang tercemar masuk ke rumah cendawan yang lain atau ke bilik suntik benih cendawan.