Komoditi Berpotensi

Varieti tanaman yang disyorkan:

Cendawan Kukur adalah sejenis cendawan dari keluarga Scizophylaceae. Keluarga cendawan Scizophylaceae mempunyai banyak spesis yang tumbuh pada batang kayu yang reput.

Cendawan Kukur turut dikenali sebagai Jamur Gerigit (Jawa Muar), Cendawan Tapak Tiung (Negeri Sembilan), Kulat Sisir (Kedah, Kelantan), split grill mushroom, bracker fungus dan pelbagai lain.

Cendawan Kukur boleh diperolehi sama ada dalam keadaan segar atau telah dikeringkan yang dijual di pasaran.

TEKNIK PENGELUARAN CENDAWAN KUKUR

PEMILIHAN LOKASI

  1. Tapak kawasan untuk penanaman Cendawan Kukur boleh dibuat di tempat yang teduh dan terkawal untuk mengurangkan kadar pencemaran, sinaran terus cahaya matahari dan hujan. Cara yang terbaik ialah dengan membuat rumah cendawan.
  2. Lokasi penanaman Cendawan Kukur hendaklah jauh daripada kawasan ternakan haiwan dan kawasan bebas banjir.
  3. Lokasi penanaman Cendawan Kukur juga hendaklah dijarakkan sekurang-kurangnya 500 meter daripada kawasan penanaman spesis cendawan yang lain bagi memastikan ketulenan spesis cendawan lain yang diusahakan.
  4. Kawasan yang mempunyai sumber air bersih.

MEMBINA RUMAH CENDAWAN

  1. Rumah cendawan boleh dibina bergantung kepada luas kawasan yang hendak digunakan.
  2. Struktur rangka rumah cendawan boleh menggunakan kayu, buluh, besi, simen atau rangka C Truss.
  3. Tapak rumah Cendawan Kukur disyorkan menggunakan struktur lantai konkrit, walaubagaimanapun pasir atau batu kerikil boleh digunakan.
  4. Dinding rumah Cendawan Kukur disyorkan dibina menggunakan jaring hitam (netting) 90% ketelapan cahaya, jaring kalis serangga (24 mesh), dinding di bahagian bawah daripada batu-bata atau simen gentian (cement board wall).
  5. Bumbung rumah Cendawan Kukur disyor menggunakan metal deck foam, atap rumbia atau aluminium.
  6. Pastikan terdapat pengudaraan yang baik dalam rumah cendawan.
  7. Menyediakan tempat sanitasi (celupan kasut) di pintu masuk rumah cendawan

Rumah Pembenihan dan Pemeraman

  1. Saiz rumah pemeraman yang disyorkan adalah 6 m (20 kaki) lebar x 3 m (10 kaki) panjang x 4 m (12 kaki) tinggi untuk memuatkan kira-kira 3,000
  2. Susunan bongkah cendawan boleh menggunakan rak besi, kayu atau menggunakan bakul bongkah cendawan.
  3. Penyiraman secara manual disyorkan sekiranya suhu di dalam rumah pemeraman terlalu tinggi (suhu maksimum 300C).

Rumah Penghasilan

  1. Saiz rumah penghasilan untuk memuatkan kira-kira 3,000 bongkah pula ialah 6 m (20 kaki) lebar x 10 m (30 kaki) panjang dan 4 m (12 kaki) tinggi.
  2. Sistem pengairan menggunakan mist sprinkler disyor digunakan di dalam rumah penghasilan Cendawan Kukur.
  3. Struktur rak penggantung bongkah cendawan perlu disediakan di dalam rumah penghasilan dengan ukuran yang disyorkan.

PERALATAN YANG DIGUNAKAN

Peralatan yang diperlukan untuk penyediaan bongkah cendawan adalah seperti berikut:

  1. Span / Kapas
  2. Plastik polypropylene; tahan panas, tebal 0.03 mm – 0.05 mm, saiz 7 cm X 12 cm
  3. Set penutup beg media

 

INOKULASI BENIH CENDAWAN

Proses inokulasi ialah satu proses untuk menyuntik benih cendawan ke dalam bongkah yang telah disejukkan. Inokulasi hendaklah dilakukan dengan cermat dan fokus bagi mengelakkan berlaku pencemaran kepada bongkah semasa inokulasi. Di antara perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:

 

  1. Inokulasi disyorkan dilakukan di dalam bilik suntik yang bersih bagi mengelakkan kontaminasi.
  2. Tangan dan peralatan perlu bersih dan basmi kuman menggunakan larutan antiseptik (Alkohol 70%) sebelum kerja inokulasi dilakukan.
  3. Sebanyak 5 g (bersamaan 1 sudu teh) benih disuntik ke dalam bongkah cendawan. Anggaran satu beg benih (150 g) boleh mengisi 30 bongkah cendawan.
  4. Selepas benih disuntik, bongkah ditutup dengan penutup.Penutup mulut bongkah dilayur sebelum dipasangkan semula (pastikan benih cendawan turun ke bawah dan tidak berlonggok di leher bongkah).
  5. Tarikh suntik benih cendawan hendaklah dicatatkan pada bongkah cendawan.

 

PEMERAMAN

Di antara perkara yang penting dan perlu dilaksanakan dalam proses pemeraman adalah seperti berikut:

  1. Bongkah cendawan yang telah selesai diinokulasi perlu diperam di dalam rumah pemeraman. Bakul bersaiz 2 kaki x 2 kaki digunakan untuk memuatkan 3,000 bongkah media yang disusun secara bertingkat di dalam rumah cendawan.
  2. Tempoh pemeraman adalah selama 21 hari di dalam keadaan gelap pada suhu 28° – 30°C sehingga miselium putih tumbuh memenuhi keseluruhan bongkah
  3. Pastikan tiada penyiraman dilakukan sepanjang tempoh pemeraman. Penyiraman hanya dilakukan apabila perlu jika suhu di dalam rumah pemeraman melebihi 30o
  4. Pastikan ruang pemeraman bebas daripada serangan serangga dan haiwan perosak.
  5. Bongkah cendawan yang telah mengalami kontaminasi hendaklah diasingkan dan dimusnahkan bagi mengelak jangkitan kepada bongkah cendawan yang lain.

MEDIA TANAMAN

Sediakan media tanaman seperti komposisi berikut:

 

  1. Habuk kayu getah : 100 bahagian
  2. Dedak padi halus :   40 bahagian
  3. Kapur pertanian (Hydrated lime) :     1 bahagian

 

Cara penyediaan beg media:

  1. Habuk kayu getah dicampur dengan dedak padi halus dan kapur pertanian dengan nisbah 100:40:1.
  2. Campuran dibasahkan sehingga mencapai 60% – 65% kelembapan. Jika campuran dikepal ianya tidak berderai dan tidak mengeluarkan air.
  3. Campuran dimasukkan ke dalam beg plastik polypropylene jenis tahan panas yang mempunyai ketebalan antara 0.03 – 0.05 mm serta bersaiz 7 cm X 12 cm dan dipadatkan.
  4. Kemudian, pada hujung beg plastik tersebut pasangkan set penutup dan tutup lubang dengan span / kapas. Berat setiap bongkah media antara 500 – 600 g / bongkah.
  5. Seterusnya, bongkah media yang berisi campuran dikukus pada suhu minimum 98oC selama 4 – 6 jam (dalam tong dram) atau selama 8 – 12 jam (dalam steamer). Tujuannya adalah untuk membunuh semua mikroorganisma dan menstabilkan keseluruhan bahan media.
  6. Setelah bongkah media dikukus, bongkah media dibiarkan sejuk semalaman dalam keadaan bebas kuman sebelum inokulasi benih Cendawan Kukur dilakukan.

PENGURUSAN PEROSAK DAN PENYAKIT

  1. Bagi memastikan pengeluaran hasil mencapai tahap optimum, pengurusan perosak dan penyakit perlu diberi perhatian mulai peringkat penyediaan bongkah cendawan sehingga ke proses penuaian hasil.
  2. Susun atur rumah pemeraman dan rumah penuaian hasil juga perlu dirancang dengan baik. Susunan pelan gerak kerja perlu jelas diantara kawasan tidak basmi kuman dengan kawasan basmi kuman.
  3. Musnahkan atau buang bongkah-bongkah yang diserang kulat hijau, hitam dan jingga serta yang diserang serangga dan berulat.
  4. Serangan  serangga perosak boleh dielakkan dengan memasang jaring di sekeliling dinding rumah cendawan supaya rumah cendawan kalis serangga.
  5. Jika terdapat ulat di dalam bongkah cendawan, keluarkan bongkah tersebut dan buang ke dalam tong.
  6. Sapu lantai rumah cendawan setiap kali habis kerja-kerja di dalam rumah peram.
  7. Rak-rak kosong dan ruang-ruang di dalam rumah cendawan disembur dengan larutan basmi kuman (contoh: dettol dan clorox).
  8. Sentiasa jaga kebersihan di sekitar rumah cendawan. Hapuskan rumpai dan segala sampah sarap.
  9. Sekiranya disekitar rumah cendawan terdapat pokok-pokok buah dan sayur, pastikan buah-buah dan sayuran yang busuk tidak dibiarkan berselerak disekitar kawasan rumah cendawan. Bersihkan dan musnahkan.
  10. Penjagaan rumah yang kena serang penyakit/ perosak perlu mengikut langkah-langkah berikut:
    • Buang semua beg media dan kosongkan rumah cendawan,
    • Semburkan racun kulat/ serangga (fumigate),
    • Biarkan rumah kosong selama sebulan,
    • Isi semula bongkah cendawan yang baru.
  11. Penggunaan pelekat serangga (Yellow Sticker)di dalam rumah cendawan untuk mengurangkan/ memantau/ mengenalpasti populasi serangga.
  12. Daun pandan boleh digunakan untuk mengurangkan serangan tikus dan lipas.
  13. Penggunaan bunga cengkih dan kulit kayu manis yang direndam dalam air untuk kawalan serangga kecil termasuk hama.
  14. Rumah pemeraman di tutup rapi untuk mengelakkan serangga masuk dan bertelur pada permukaan bongkah.

Anggaran hasil untuk 1 bongkah cendawan Kukur bagi 2 pusingan kutipan hasil adalah di antara 50 – 80g.

Jabatan ada mengeluakan benih cendawan kukur bergantung kepada tempahan pengusaha.

Cendawan Kukur boleh dikeringkan dan dapat disimpan lebih lama.

Cendawan Kukur

ALIRAN KEWANGAN

Maklumat Asas

Jenis Cendawan

Cendawan Kukur/ Sisir (Schizophyllum commune)

Saiz rumah pemeraman

20 kaki x 10 kaki

Saiz rumah penuaian

20 kaki x 30 kaki

Bilangan bongkah / musim

3,000

Potensi hasil / bongkah

50 gram hingga 60 gram

Potensi hasil / musim

150 kg hingga 180 kg

Bilangan pusingan / tahun

6 kali

Harga jualan (harga ladang)

RM75/ kg

Analisis Kewangan

Aliran Kewangan penanaman Cendawan kukur adalah seperti berikut:

 

Jumlah hasil / tahun : 1,080.00 kg

Jumlah hasil / 5 tahun : 5,400.00 kg

Pendapatan kasar : RM 405,000.00

Jumlah kos pengeluaran (5 tahun) : RM 324,598.05

Pendapatan bersih : RM 80,401.95

Titik pulang modal : RM 60.11

BC Ratio : 1.25

NPV (10%) : RM 34,654.05

IRR : 21.66%

Tahun pulang modal : Tahun ke 3

 

Bagi penanaman cendawan kukur yang menggunakan benih pepejal, perbandingan jumlah kos dan keperluan projek penanaman dengan menggunakan benih pepejal dalam semusim iaitu dua bulan. Dalam pengiraan ini, kapasiti bongkah yang digunakan sebanyak 18,000 bongkah bagi setahun (3,000 bongkah dan 6 musim). Keluasan rumah cendawan 20’x40’ kaki boleh menempatkan sebanyak 3,000 bongkah cendawan dalam satu musim (30 hari) dengan jumlah anggaran hasil ialah 180 kg (60 gram/bongkah).

 

Dengan andaian kerosakan sebanyak 5% (9 kg), jumlah hasil bersih dianggarkan sebanyak 180 kg/musim dengan anggaran kos pengeluaran adalah sebanyak RM 60.11/kg dan keuntungan sebanyak RM 14.89/kg berdasarkan purata harga jualan cendawan kukur segar peringkat ladang RM 75.00/kg. Kos pembuatan bagi 1 bongkah adalah RM 8.57.

 

Cendawan Pleurotus sp dikenali sebagai cendawan tiram (oyster) kerana bentuk tudungnya yang bulat, lonjong dan melengkung menyerupai cengkerang tiram.

Ia merupakan cendawan yang popular ditanam dikalangan pengusaha cendawan, kerana permintaan terhadap cendawan tersebut adalah tinggi.

Jadual 1: Khasiat Pemakanan Cendawan Tiram Kelabu

(100 gm berat basah)

Sumber: Nutrient Composition of Malaysia Foods.

(Komposisi Zat Dalam Makanan Malaysia)

Pecahan Zat Pemakanan

Kandungan

Tenaga

Air

Protin

Lemak

Karbohidrat

Serat

Kalsium

Fosforus

Zat Besi

Natrium

Kalium

Vitamin B1

Vitamin B2

Niasin

Vitamin C

37 kcal

89.2 gm

3.6 gm

0.7 gm

4.1 gm

1.8 gm.

2 mg

88 mg

1 mg

6 mg

195 mg

0.03 mg

0.45 mg

1.9 mg

9.4 mg

Terdapat 4 jenis cendawan tiram yang boleh diusahakan iaitu:

  1. Cendawan Tiram Kelabu (Pleurotus sajor-caju)
  2. Cendawan Tiram Putih (Pleurotus florindus)
  3. Cendawan Tiram Kuning (Pleurotus citrinopileatus)
  4. Cendawan Tiram Merah Jambu (Pleurotus flabellatus)
  1. Cendawan Tiram Kelabu (Pleurotus sajor-caju)

2. Cendawan Tiram Putih (Pleurotus florindus)

3. Cendawan Tiram Kuning (Pleurotus citrinopileatus)

4. Cendawan Tiram Merah Jambu (Pleurotus flabellatus)

Kejayaan penanaman cendawan tiram bergantung kepada beberapa faktor penting seperti jenis media, suhu, kelembapan, cahaya, pengudaraan dan lain-lain. Namun faktor penting adalah amalan kebersihan dan sanitasi yang baik. Aktiviti penanaman ini bermula dengan penyediaan infrastruktur, bahan dan peralatan yang bersesuaian hingga pengurusan lepas tuai seperti berikut:

 

  1. Infrastruktur Cendawan
  2. Penyediaan Beg Media Cendawan
  3. Pengukusan Beg Media
  4. Penyuntikan Benih Cendawan
  5. Pemeraman Beg Media
  6. Memungut Hasil
  7. Pembungkusan dan Penyimpanan Cendawan
  8. Pengurusan Rumah Cendawan

 

  1. INFRASTRUKTUR CENDAWAN

Disyorkan kemudahan infrastruktur cendawan menpunyai 2 komponen bangunan yang berasingan iaitu:

i. Bangunan penyediaan media yang mempunyai 4 ruang bagi tujuan menyimpan stok, menggaul dan mengukus media, stor bahan dan peralatan dan bilik suntik benih cendawan.

ii. Rumah cendawan yang dilengkapi rak untuk meletakkan bongkah cendawan dengan dinding yang sesuai dan semua struktur mestilah berlantaikan simen.

 

  1. PENYEDIAAN BEG MEDIA CENDAWAN

Beg media cendawan perlu disediakan sebagai tempat miselium cendahan tumbuh. Bahan yang digunakan ialah habuk kayu yang tidak dirawat, dedak halus dan kapur pertanian pada kadar 100:1:1. Campurkan air supaya kelembapan di antara 60-65%. Bahan-bahan ini digaul rata dan dimampatkan ke dalam beg plastik jernih yang tahan panas. Pasangkan leher dan tutup mulut beg media cendawan dengan penutup yang telah disumbat kapas.

 

  1. PENGUKUSAN BEG MEDIA

Selepas penyediaan beg media cendawan, pengukusan perlu dijalankan untuk membunuh segala organisma pencemar dan perosak yang terdapat di dalam media supaya miselium cendawan dapat tumbuh dengan baik. Pengukusaan boleh dijalankan dengan menggunakan tong drum yang bertutup atau menggunakan pengukus besar (steamer) dan set dapur gas. Pengukusan dibuat lebih kurang 7-12 jam pada suhu 100oC.

 

  1. PENYUNTIKAN BENIH CENDAWAN

Beg media cendawan kemudian disejukkan, diikuti dengan kerja penyuntikan benih yang mesti dijalankan di dalam bilik yang bersih supaya tidak berlaku pencemaran. Benih cendawan dileraidan dimasukkan sebanyak 5 g ke dalam bongkah cendawan.

 

  1. PEMERAMAN BEG MEDIA

Beg media yang telah dimasukkan benih cendawan perlu melalui proses pemeraman lebih kurang 60 hari, di tempat yang gelap sehingga miselium tumbuh memenuhi keseluruhan beg media.

  1. MEMUNGUT HASIL

Sebaik sahaja didapati mesilia memenuhi keseluruhan beg media, penutup mulut beg media boleh dibuka. Hasil pertama cendawan boleh dikutip mulai hari ketiga hingga kelima berikutnya. Pastikan cendawan dikutip sebelum tepi kelopaknya menjadi berombak dan pecah. Sebaik saja selesai mengutip hasil, mulut beg media perlu dibersihkan dan ditutup untuk direhatkan selama tidak kurang dari 10 hari. Setelah cukup direhatkan, buka semula penutup mulut beg media untuk mendapatkan hasil berikutnya. Jumlah hasil bagi setiap beg media bagi setiap tuaian adalah sebanyak 60-80 gm dan proses memungut hasil ini boleh diulangi anatar 6-8 kali.

  1. PEMBUNGKUSAN DAN PENYIMPANAN CENDAWAN

Pangkal batang cendawan dipotong dan kelopaknya disusun sehala di dalam pembungkusan plastik. Disyorkan cendawan disimpan dalam peti sejuk pada suhu 5o– 8oC yang boleh bertahan segar selama 3-4 hari dengan cara insangnya menghala ke atas.

8. TIP PENGURUSAN RUMAH CENDAWAN

    1. Pastikan suhu dalam rumah cendawan 28o– 30oC, kelembapan 80-90% dan pengudaraan yang baik
    2. Jika perlu, rumah cendawan disiram dengan air bersih ke arah badan beg media, lantai dan dinding bagi mengekalkan kelembapan.
    3. Pastikan beg media yang telah rosak dan tercemar dimasukkan ke dalam plastik sampah dan dibuang ditempat yang jauh. Sebaiknya, beg media dikitar semula sebagai baja organik.
    4. Lantai rumah cendawan perlu dibersihkan setiap kali selepas membuat kerja.
    5. Pastikan rumah cendawan sentiasa di periksa untuk memastikan tiada serangan perosak dan pencemaran.

MENGAPA KERAP TIMBUL MASALAH PEROSAK DAN PENYAKIT DALAM RUMAH CENDAWAN ? 

  1. Keadaan di dalam rumah cendawan yang kelembapannya sentiasa tinggi adalah amat sesuai untuk pembiakan penyakit dan perosak.
  2. Penggunaan bahan kimia yang terhad dalam mengawal penyakit dan perosak dalam penamanan cendawan.
  3. Penyakit dan perosak sentiasa ujud di dalam dan di luar rumah cendawan yang menjalankan penanaman cendawan secara berterusan.
  4. Keadaan rumah cendawan tidak betul-betul kalis bagi menghindari kemasukan perosak dan tidak sempurna bagi mencegah jangkitan penyakit.

 

AMALAN ASAS DALAM PENGURUSAN PENYAKIT DAN PEROSAK:

1. Sentiasa lakukan amalan kebersihan baik (good hygiene practice) di rumah cendawan. Pastikan setiap langkah dari penyediaan beg media hingga memungut hasil sentiasa mengikut susun atur kerja yang mengurangkan pencemaran. Patuhi kawasan tidak basmi kuman, sempadan basmi kuman dan kawasan basmi kuman.

  1. Tempat menyimpan stok media: ruang tidak basmi kuman ruang yang paling hadapan bukaan pintu yang luas supaya mudah ‘unloading’ beratap dan lantai simen sebaiknya berdinding (terutama di kawasan berangin)
  2. Ruang penyediaan: ruang tidak basmi kuman tempat menggaul media, mengisi dan menyiapkan beg media beratap dan lantai simen ada sumber air.
  3. Ruang pengukusan: sempadan ruang tidak basmi kuman tempat mengukus untuk steril beg media sterilizer/ steamer / pengukus sebaiknya mempunyai 2 pintu; pintu masuk dan pintu keluar kan beg media.
  4. Ruang penyejukan: ruang basmi kuman dan kebersihan bertahap tinggi tempat menyejukkan beg media selepas pengukusan ruang yang bertutup rapat tanpa dimasuki udara luar lantai simen licin/jubin putih bersaiz besar/epoxy.
  5. Ruang pemeraman : ruang basmi kuman dan kebersihan bertahap tinggi tempat meletak beg media cendawan berbenih untuk pemeraman selama 60 hari lantai simen berkeadaan gelap beg media boleh diletak di atas lantai atau rak suhu sesuai 28°C – 30°C perlukan pengudaraan yang sedikit.

 

2. Semasa menyuntik benih cendawan, pastikan bilik suntik dan semua peralatan sentiasa di dalam keadaan bersih dan dibasmi kuman.

3. Pasang jaring di setiap laluan angin, tingkap atau pintu keluar masuk supaya tidak mudah dimasuki serangga. Sebaiknya adakan bekas pencelup kasut diisi cecair pembasmi kuman di hadapan pintu untuk mencegah jangkitan penyakit.

4. Sentiasa memeriksa beg-beg media dan segera buang beg-beg yang tercemar oleh penyakit atau perosak.

5. Bersihkan lantai rumah cendawan selepas memungut hasil dan menutup semula beg-beg media untuk direhatkan.

6. Jangan biarkan sampah-sampah berlonggokan di persekitaran luar rumah cendawan.

7. Bersihkan rumah cendawan secara menyeluruh sebelum memasukkan beg-beg media yang baru.

8. Sentiasa bersihkan dan dibasmi kuman peralatan penanaman cendawan.

9. Pakai baju dan kasut bersih serta basuh tangan sebelum masuk ke rumah cendawan

KULAT

1. Kulat Hijau (Green mould)

  • Nama saintifik: Trichoderma spp.
  • Serangan kulat ini berlaku apabila kandungan karbohaidrat tinggi dalam campuran media.
  • Maisilia berwarna putih, lebih tebal dan padat dari maisilia cendawan tiram
  • Serangan kulat hijau ini menyebabkan pertumbuhan maisilia cendawan tiram akan terhenti dan menjejaskan hasil 
  • Jika spora berwarna hijau mula kelihatan pada bahagian atas beg media selepas 10-15 hari disuntik benih – bermakna pencemaran berlaku semasa menyuntik benih kerana persekitaran yang tidak basmi kuman atau kulat hijau telah sedia ada dalam benih cendawan 
  • Jika spora berwarna hijau mula kelihatan pada putik cendawan yang mati dan reput – bermakna kulat hijau telah sedia ada dalam rumah cendawan 
  • Spora berwarna hijau mula kelihatan selepas 2-3 kali memungut hasil– bermakna pencemaran berjangkit semasa kerja-kerja membersihkan mulut beg media

2. Kulat Jingga (Fire mould) 

  • Nama saintifik: Neurospora spp.
  • Serangan kulat pencemar yang paling awal  berlaku selepas menyuntik benih cendawan dan ianya cepat merebak
  • Dalam masa 4-5 hari selepas suntik benih kelihatan maisilia berwarna putih, nipis seperti asap dan   lebih cepat tumbuh dari maisilia cendawan tiram
  • Lama kelamaan terbentuk tompokan putih krim dan tebal di dalam beg media
  • Diikuti dengan perngeluaran spora berwarna jingga dan mengeluarkan bau yang tengik
  • Kulat ini selalu berada di persekitaran rumah cendawan dan kadangkala datang bersama habuk kayu dari kilang papan.

3. Kulat Dakwat Hitam (Inky mould)

  • Nama saintifik: Coprinus spp.
  • Serangan kulat pencemar yang cepat pertumbuhannya, mengeluarkan jana buah terlebih dahulu sebelum cendawan tiram keluar
  • Jana buah berbentuk payung dan bertangkai panjang
  • Apabila jana buah matang akan mengeluarkan cecair hitam seperti dakwat
  • Tidak berapa menjejaskan hasil cendawan

 

4. Kulat Kuning

  • Nama saintifik: Aspergillus spp., Penicillium spp.
  • Spora berwarna kuning kehijauan
  • Serangan kulat pencemar berlaku apabila beg media tidak cukup dibasmi kuman (pengukusan) atau ada kebocoran pada badan beg media
  • Menyebabkan pertumbuhan maisilia cendawan tiram tidak berkembang dan tidak mendapat sebarang hasil cendawan

5. Kulat Hitam

  • Nama saintifik: Rhizopus spp.
  • Spora berwarna hitam
  • Serangan kulat pencemar berlaku apabila beg media tidak cukup dibasmi kuman (pengukusan) atau ada kebocoran pada badan beg media atau semasa menyuntuik benih
  • Menyebabkan pertumbuhan maisilia cendawan tiram tidak berkembang dan tidak mendapat sebarang hasil cendawan

KAWALAN KULAT PENCEMAR/SERANGAN PENYAKIT PADA BEG MEDIA

  1. Ikut langkah-langkah dalam Amalan Asas Pengurusan Penyakit dan Perosak
  2. Pastikan media digaul rata supaya kandungan kelembapan sekata
  3. Pastikan beg cendawan dikukus secukupnya iaitu 7-8 jam jika kukusan dibuat dalam tong drum atau pastikan suhu kukusan besar (steamer) melebihi 95 ºC selama 7 jam atau suhu dalam beg media sekurang-kurangnya mencapai 70-80ºC selama 2 jam.
  4. Keluarkan semua beg-beg media yang tercemar/ diserang penyakit, masukkan ke dalam beg plastik sampah, diikat dan dihantar ke tempat pemusnahan.
  5. Jika serangan kulat hijau atau jingga berlaku, tutup semua beg media yang masih elok di dalam rumah cendawan dan sembur dengan 10% alkohol atau klorin. Sembur dengan air bersih sebelum beg-beg media tersebut dibuka semula untuk pengeluaran hasil berikutnya.
  6. Jangan biarkan pekerja yang terlibat dengan pembuangan /pengasingan beg-beg media yang tercemar masuk ke rumah cendawan yang lain atau ke bilik suntik benih cendawan.

SPESIS KELULUT

Terdapat dua spesis kelulut di Malaysia yang dikenalpasti sesuai untuk pemeliharaan bagi pengeluaran madu secara komersil iaitu Heterotrigona itama dan Geniotriogona thoracica. Anggaran madu yang dihasilkan adalah 5 kg/koloni/tahun bergantung kepada kedapatan sumber nektar. 

 

KASTA-KASTA KELULUT

Terdapat tiga jenis kasta dalam koloni kelulut dan setiap kasta mempunyai tugas berbeza :

  1. Pekerja (worker) – tugas utamanya ialah mengumpul nektar (madu) dan debunga. Tugasan lain yang dilakukannya termasuk membina, menyelenggara dan membersihkan sarang, menerima, mematang dan menyimpan madu, menghasil larva dan ratu, mengawal keselamatan sarang daripada sebarang ancaman.
  2. Pejantan (drone) – tugas pejantan adalah mengawan ratu dan akan mati selepas mengawan.
  3. Ratu (queen) –mengeluarkan feromon (sejenis bauan) yang dapat mengawal keseluruhan aktiviti di dalam koloni. Ratu mengeluarkan telur bagi pembiakan koloni. Sekiranya terdapat lebih daripada seekor ratu pada satu-satu masa, maka ratu yang masih dara akan terbang keluar daripada koloni untuk memulakan koloni baru.
 
 

PENGURUSAN KOLONI DI LAPANGAN

Koloni kelulut yang dipelihara perlu diperiksa sekurang-kurangnya dua hari sekali. Pemeriksaan koloni di lapangan perlu menumpukan kepada:

  1. Keadaan populasi : Koloni kelulut yang dipelihara hendaklah sentiasa aktif (kadar FIFO adalah > 35 ekor seminit) dan mempunyai populasi pekerja yang banyak (melebihi 90% populasi koloni). Sebanyak 80-90% ruang kotak topping digunakan untuk membuat kantung madu ataupun roti lebah.
  2. Kehadiran telur dan anak : Ratu yang produktif mengeluarkan banyak telur (1,500 – 2,500 biji telur sehari) dan seterusnya menghasilkan banyak anak.
  3. Stok madu dan roti lebah : Koloni yang aktif dan sihat mempunyai banyak stok madu dan roti lebah.
  4. Serangan perosak dan penyakit : Perosak utama kelulut ialah black soldier fly (Hemertia illucens) dan kumbang debunga (Haptoncus luteus). Perosak lain yang biasa menyerang adalah semut, lipas, katak, cicak dan lain-lain.
  5. Pengurusan sumber nektar, debunga, resin dan air bersih sangat penting. Pastikan koloni mempunyai cukup sumber untuk membina sarang dan menghasilkan madu.
  6. Kawasan pemeliharaan kelulut perlu sentiasa bersih dan teratur bagi mengelakkan serangan perosak dan penyakit.

*FIFO – fly in fly out

CONTOH SUMBER NEKTAR & DEBUNGA

NAMA SAINTIFIK

NAMA TEMPATAN

TUJUAN

KUALITI

NEKTAR

DEBUNGA

Acacia cicinnata

Akasia

Hiasan

M1

D1

Ananas comosus

Nanas

Buahan

M1

D2

Averrhoa carambola

Belimbing besi

Buahan

M1

D2

Citrus spp.

limau

Buahan

M1

D1

Cocos nucifera

Kelapa

Tanaman

M1

D1

Coffea liberica  

Kopi

Tanaman

M1

D2

Durio zibethinus

Durian

Buahan

M1

D1

Elaeis guneensis

Kelapa sawit

Tanaman utama

M3

D2

Eugenia jambos

Jambu mawar

Buahan

M1

D1

Eugenia malaccensis

Jambu bol/Jambu air

Buahan

M1

D1

Havea brasiliensis

Getah

Tanaman utama

M1

D3

Musa spp.

Piasang

Buahan

M1

D1

Nephelium lappaceum

Rambutan

Buahan

M1

D1

Nephelium muabile

Pulasan

Buahan

M1

D1

Psidium gujava

Jambu batu

Buahan

M2

D2

Zea mays

Jagung

Tanaman

D1

Carica papaya

Betik

Buahan

M2

D3

Mangifera spp.

Mangga

Buahan

M2

D2

*Kualiti :

M1/D1 – Sumber nektar / debunga yang banyak

M2/D2 – Sumber nektar / debunga yang sederhana

M3/D3 – Sumber nektar / debunga yang sedikit

1. Apakah spesis utama lebah yang dipelihara di Malaysia?

Spesis utama lebah yang dipelihara di Malaysia adalah Apis dorsata, Apis cerana, Apis melifera.

2. Apakah penyakit yang telah melumpuhkan industri perlebahan Malaysia?

Penyakit Hama Varroa

3. Apakah produk hasil lebah yang tiada dalam produk hasilan kelulut?

Royal Jelly Dan Venom

Di antara spesis utama kelulut yang dipelihara oleh pengusaha di Malaysia adalah:

  1. Geniotrigona thoracica
  2. Homotrigona apicalis
  3. Lepidotrigona terminata
  4. Heterotrigona itama
  5. Tetrigona binghami
5. Apakah faktor utama yang perlu diambil kira bagi pemilihan lokasi pemeliharaan lebah/kelulut?

Faktor yang penting bagi pemilihan lokasi pemeliharaan lebah / kelulut adalah:

  1. Terdapat sumber air bersih
  2. Kawasan redup atau mempunyai teduhan
  3. Sumber makanan mencukupi
  4. Saliran yang baik
Manual Pemeliharaan Kelulut

SPESIS

LEBAH MADU

 

Terdapat tiga spesis lebah madu di Malaysia yang berupaya menghasilkan madu iaitu Apis mellifera (lebah Eropah), Apis cerana (lebah keran) dan Apis dorsata (lebah hutan). 

Namun hanya Apis mellifera dan Apis cerana sahaja yang boleh dipelihara untuk penghasilan madu manakala Apis dorsata tidak boleh dipelihara kerana sifatnya yang liar dan agresif.

PENGURUSAN KOLONI DI LAPANGAN

Koloni lebah madu yang dipelihara perlu diperiksa sekurang-kurangnya dua kali sehari. Pemeriksaan koloni di lapangan perlu menumpukan kepada:

  1. Keadan Populasi: Koloni lebah madu yang dipelihara hendaklah sentiasa aktif(kadar FIFO adalah >60 ekor seminit) dan mempunyai populasi lebah pekerja yang banyak (20,000 – 40,000 ekor lebah pekerja).
  2. Kehadiran telur dan anak : Ratu yang produktif mengeluarkan banyak telur (2,500 biji telur sehari) dan seterusnya menghasilkan banyak anak.
  3. Kewujudan sel ratu: Sel ratu perlu dibuang bagi mengelakkan perpecahan koloni berlaku.
  4. Stok madu dan debunga: Koloni yang baik mempunyai banyak stok madu dan debunga.
  5. Serangan perosak dan penyakit: Perosak utama lebah madu ialah tebuan, kutu (mite), burung (Merob spp.) dan ulat lilin (wax moth). Manakala ‘sacbrood’ dan ‘chalkbrood’ adalah penyakit yang biasa menyerang koloni. Penyakit ‘sacbrood’ boleh dikawal dengan kawalan semulajadi iaitu meningkatkan populasi lebah pekerja,mengeluarkan larva yang terkena serangan, menjaga kebersihan dalam haif serta mengeluarkan dan memusnahkan frame yang diserang penyakit.
  6. Keadaan kom: Ratu lebih gemar bertelur pada kom yang bewarna putih. Kom yang telah menjadi hitam perlu diganti dengan kom landasan atau kom yang dibina secara semulajadi oleh lebah pekerja.

 

*FIFO – fly in fly out

 

FAKTOR KEJAYAAN

Faktor kejayaan dalam pemeliharaan lebah madu adalah:

  1. Minat dan kesungguhan: Faktor ini akan menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu projek. Pengusaha lebah madu perlu mempunyai kesungguhan dan tidak mudah berputus asa.
  2. Kemahiran menguruskan koloni lebah secara sistematik: Kemahiran mengnal kasta-kasta lebah madu dan keupayaan memahami keperluan koloni membolehkan pengusaha menguruskan projek dengan jayanya.
  3. Sumber makanan: Kawasan pemeliharaan lebah madu mestilah mempunyai tumbuhan berbunga yang dapat membekalkan nektar dan debunga sebagai sumber makanan kepada lebah madu. Nektar yang dikumpulkan akan diproses menjadi madu. Warna madu berbeza mengikut jenis sumber makanan.
  4. Baka baik daripada spesis Apis mellifera dan Apis cerana perlu untuk memastikan penghasilan madu yang banyak.
  5. Peralatan asas: Koloni lebah madu, haif, pengasap, hive tools, pelindung muka (melindungi muka daripada sengatan), pisau dan pengempar (alat untuk mengeluarkan madu).
1. Apakah spesis utama lebah yang dipelihara di Malaysia?

Spesis utama lebah yang dipelihara di Malaysia adalah Apis dorsata, Apis cerana, Apis melifera.

2. Apakah penyakit yang telah melumpuhkan industri perlebahan Malaysia?

Penyakit Hama Varroa

ANGGARAN PENDAPATAN

Spesis Lebah Madu

Pengeluaran Madu/koloni/Bulan (kg)

Harga (RM/kg)

Pendapatan /koloni / Bulan (RM)

Apis cerana

3

100

300 (3,600 setahun)

Apis mellifera

5

100

500 (6,000 setahun)

Latest updates news (2024-04-25 06:08):

high blood sugar at 37 weeks pregnant DkN | rheumatoid arthritis x3x affect blood sugar | type 1 diabetic woth 9mn blood sugar of900 | blood sugar 155 in morning 5Pn | blood xOz sugar measure watch | home remedies to bring down blood sugar gEl levels | healthy blood sugar levels hN2 before bed time | 4RI conversion chart for diabetes blood sugar levels | hvh is 100 low blood sugar | Eqa does throwing up lower your blood sugar | Dts blood sugar level 132 | pre diabetes monitoring blood UXS sugar | Yqs the 8 week blood sugar diet big w | Em1 is prune juice good for high blood sugar | normal HWo blood sugar after eating uk | eat every 2 hours blood 4Nb sugar | relationship E4A between cholesterol and blood sugar levels | LGw covid elevated blood sugar | why is my blood sugar 130 in the morning TOo | what does a ngN blood sugar of 112 mean | normal levels of blood sugar Oh4 in pregnancy | blood sugar Pl5 stabilizer review | jli blood sugar level 78 | forearms w5s bruising from testing blood sugar | does zero Fyw sugar coke raise blood sugar | can stress lower blood sugar lx3 | does allulose a4Q affect blood sugar | getting blood HF9 sugar tested | low blood sugar for type 1 V8Y diabetes | blood sugar level 108 mg qlH dl | can blood sugar levels PPD spike | anorexia Op1 high blood sugar | what is a good blood rbm sugar after dinner | bw4 wearable blood sugar monitor reviews | another name yiy for high blood sugar | low blood sugar in pregnancy treatment VLg | how much does atenolol pog raise blood sugar | blood sugar tYi patient diet chart in telugu | cayenne pepper SIa helps to maintain healthy blood sugar levels | can BGn high blood sugar affect kidneys | urgent low blood sugar anl | does cinnamon extract lower D6o blood sugar | high eUc blood sugar on keto will it lower | high blood oiF sugar level in pregnancy | Qb8 foods to increase low blood sugar | nuts for sale blood sugar | how to control your blood sugar PFs | diet soda diabetes blood sugar gsd | exercise before fasting blood qNo sugar test | minimum blood sugar level after 1oQ meal