Pengenalan Pertanian Komuniti

Program Pembangunan Pertanian Komuniti (PPPK) merupakan projek yang membantu isi rumah meringankan kos sara hidup dengan cara mengeluarkan sendiri bahan makanan melalui bimbingan Jabatan Pertanian dengan penglibatan pelbagai Jabatan dan Agensi yang berkaitan di peringkat Negeri dan Persekutuan.

Penyertaan penduduk dalam aktiviti pengeluaran bahan pertanian makanan boleh menambah pendapatan dan seterusnya mengurangkan kos sara hidup di bandar, pinggir pandar dan luar bandar selain mewujudkan peluang pekerjaan dan penjualan hasil pertanian (segar atau diproses) sebagai salah satu sumber pendapatan penduduk.

PPPK berperanan sebagai salah satu strategi untuk menggalakkan interaksi sosial antara penduduk tempatan selain membantu meningkatkan motivasi diri para peserta projek dengan kemampuan untuk membentuk komuniti sendiri dan bekerja secara berpasukan untuk menghasilkan produk makanan sama ada untuk kegunaan sendiri atau untuk dijual.

PPPK dilihat sebagai amalan mampan kerana ia memberi manfaat dari aspek sosial, ekonomi dan persekitaran kawasan seperti mengurangkan ‘ecological footprints’ dan ‘carbon footprints’ bandar, mengguna dan mengitar semula sisa dapur dan menjana peluang pekerjaan serta menyokong kepada keperluan makanan penduduk. PPPK menjadi medium penting untuk bekalan makanan tempatan secara berterusan, menjamin keselamatan dan kebersihan makanan serta membantu pengurusan persekitaran bandar yang menjurus ke arah kelestarian pertanian (sustainable agriculture).


1.  Warganegara Malaysia
2.  Berminat dan bersedia memberi komitmen sepenuhnya kepada pelaksanaan projek.
3.  Bagi projek kategori individu, dilaksanakan secara individu berkelompok (minimum 10 orang) di kawasan kediaman masing-masing.
4.  Bagi kategori usahawan, peserta mestilah menjalankan aktiviti jualan/pemasaran hasil pertanian, peralatan pertanian, input pertanian
5.  Bagi projek kategori komuniti, sekolah dan institusi, projek dilaksanakan secara berkumpulan dengan bilangan minima 10 orang peserta.
6.  Tapak projek perlu mendapat kebenaran pemilik tanah atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
7.  Mematuhi peraturan tempat kediaman yang berkuatkuasa
8.  Keutamaan kepada yang telah menjalankan aktiviti penanaman (pemohon perlu mengemukakan bukti gambar kebun semasa)

Pemohon perlu membuat permohonan dengan memuat turun borang yang disediakan seperti di Lampiran 1.

Borang yang telah lengkap diisi perlu dihantar ke Pejabat Pertanian Daerah/ Negeri yang berhampiran.

 

 KOMUNITI

Lokasi : Kebun Komuniti Presint 11, Putrajaya
Bil. Peserta : 20 orang
Jenis Tanaman : Jagung, tembikai
Hasil : 700kg

Nilai Pengeluaran : RM2,800

Lokasi : Kg. Selemak, Rembau, Negeri Sembilan
Bil. Peserta : 10 orang
Jenis Tanaman : Cili sentil
Hasil : 700kg

Nilai Pengeluaran : RM2,800

 SEKOLAH

Lokasi : SK Sik, Kedah
Bil. Peserta : 25 Orang
Jenis Tanaman : Kobis, cili & terung
Hasil : 175kg

Nilai Pengeluaran : RM1,062.50

Lokasi : SMK Dato’ Hassan Noh, Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang

Bil. Peserta : 10 Orang
Jenis Tanaman : Sayuran Daun
Hasil : 65kg

Nilai Pengeluaran : RM325

INSTITUSI

Lokasi : STB Teluk Air Tawar, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang

Bil. Peserta : 10 Orang
Jenis Tanaman : Sayuran Daun
Hasil : 70kg

Nilai Pengeluaran : RM490

Lokasi : Penjara Koreksional, Jasin, Melaka

Bil. Peserta: 20 Orang
Jenis Tanaman: Sayuran
Hasil: 500kg

Nilai Pengeluaran : RM1,500

 INDIVIDU / USAHAWAN

Lokasi : Kg Tebing, Tumpat, Kelantan

Jenis Tanaman : Cili Solok / cili hijau tempatan
Hasil : 2,520kg

Nilai Pengeluaran : RM12,600

 
Latest updates news (2024-05-19 19:01):

the clear 8cm cbd gummies | bay park cbd gummies X5W | best cbd gummies for joint pain and BPS inflammation | what is a normal dosage for cbd gummies oJO | jolly YzC cbd gummies reviews | green ape cbd gummies to PQW stop smoking | jMc cbd gummies with thc where to buy | can you have an allergic reaction to cbd gummies w5C | cbd gummies ca HAw legal | can cbd gummies cause high blood u4P pressure | iBF cbd gummies dosage for sleep | tFB sugar and kush cbd gummy bears | tiger free trial cbd gummies | did shark tank invest in cbd gummies to quit tTP smoking | cbd gummies y4J reviews 2022 | S0j next generation cbd gummies reviews | are cbd gummies Iko legal in south dakota | where do i buy cbd gummies O14 | soq cbd gummies company stock symbols | 8zk best cbd gummies for pain without thc | neN cbd gummies for neuropathy | therapeutic cbd KR1 gummies 15mg | medigreen cbd gummies qFh website | how long before the cbd gummies to sJs take affect | how much are cbd gummies Eb1 at family video | top 5 cbd gummies tFR | just cbd gummies IOi nc | shark ED6 tank cbd gummies stop smoking | for sale cbd gummies sheetz | cbd 3X9 infused gummies drug test | bio cbd gummy uab bears | smlz cbd gummies low price | keono cbd gummies for sale | the chill Hx2 plus tropical mix gummies by diamond cbd | weed cbd big sale gummies | cbd Ksh gummies extra strong | hemptrance cbd gummies wFw have thc in them | headache Pyg after cbd gummy | fundrop low price cbd gummies | ulixy eQy cbd gummies for diabetes | supreme cbd gummy bears TlU | overachieving cbd cbd cream gummies | tasty hemp XOs oil cbd gummy bears | cbd gummies for O85 women | best GyU cbd gummies to relax | cbd DqV gummies recommended dosage | where to buy 4aO serenity cbd gummies | vida cbd sour hyt patch gummies | cbd cbd vape energy gummies | Fce just cbd gummies brand