Sijil Fitosanitasi

Sijil Fitosanitasi adalah sijil kesihatan tumbuhan yang dikeluarkan oleh negara pengeksport sebagai perakuan atau pengesahan bahawa rawatan atau keperluan-keperluan yang dinyatakan di dalam permit import dipatuhi.

Prosedur Bagi Pengeluaran Sijil Fitosanitasi (Pemeriksaan Kuarantin Tumbuhan) – VERSI BAHASA INGGERIS

Permohonan Sijil Fitosanitasi boleh dibuat secara dalam talian dan permohonan perlu dibuat dua (2) hari sebelum tarikh pemeriksaan konsainan dan boleh dihantar kepada mana-mana Pejabat Pengeluar Sijil Fitosanitasi, Bahagian Biosekuriti Tumbuhan, Jabatan Pertanian.

Pautan Untuk Permohonan :

  1. Untuk Pemohon Sijil Fitosanitasi: myphyto.gov.my/EV2022
  2. Untuk Pegawai Jabatan Pertanian: myphyto.gov.my/PV2022