Racun makhluk perosak ialah racun makhluk yang meliputi semua racun serangga, racun kulat, racun rumpai, racun tikus, racun siput dan racun makhluk lain yang digunakan dalam bidang pertanian, sektor kesihatan umum, sektor perhutanan dan yang digunakan dalam rumah.
Akta Racun Makhluk Perosak 1974 ialah satu undang-undang yang digubal bagi mengawal berbagai aspek yang berkaitan dengan racun makhluk perosak yang mana meliputi :
- Pengimportan, pengilangan racun makhluk perosak melalui pendaftaran dan pengeluaran permit.
- Pengawalan, penjualan dan penyimpanan melalui kaedah-kaedah pelesenan.
- Pengawalan residu racun makhluk perosak dalam bahan makanan, melalui cerakinan dan persampelan hasil pertanian.
- Menjalankan penyiasatan berkaitan dengan kes-kes keracunan yang disebabkan oleh racun makhluk perosak.
- Penguatkuasaan undang-undang berkaitan.
- Pengawalan iklan racun makhluk perosak di media masa.
- Pengawalan label racun makhluk perosak melalui Peraturan Perlabelan.
- Pengawalan pengendali kawalan makhluk perosak.
Skim pendaftaran racun makhluk perosak adalah bertujuan menentukan racun makhluk perosak yang dipasarkan adalah berkesan seperti mana didakwa oleh pihak syarikat yang mendaftar dan selamat dikendalikan dengan syarat segala garis panduan dan peraturan penggunaannya dipatuhi.
Pendaftaran juga bertujuan untuk memastikan racun makhluk perosak yang didapati di pasaran itu mengandungi perawis aktif tertentu dalam kuantiti yang betul seperti yang dinyatakan di label dan dalam perumusan-perumusan yang sesuai dan diisi dalam bekas-bekas yang sesuai dan berlabel.
Pangkalan data ini menyenarai lebih kurang 2000 perawis dan mengandungi maklumat kod tarif untuk setiap perawis aktif yang mana kod ini akan digunakan untuk bahan-bahan teknikal racun makhluk perosak. Kod Tarif produk-produk yang telah dirumuskan untuk dipasarkan terus kepada pengguna juga turut disediakan. Kod tarif yang digunakan dalam pangkalan data ini adalah berasaskan Perintah Duti Kastam 2017.
Sistem Maklumat Racun Perosak (SISMARP) telah diwujudkan bertujuan untuk memberi maklumat mengenai pengesyoran racun perosak bagi sektor pertanian. Petani, pengusaha ladang serta agen pengembangan pertanian boleh membuat rujukan melalui SISMARP untuk mendapatkan maklumat racun perosak berdaftar yang disyorkan untuk tanaman atau kawalan perosak yang tertentu.
Garis Panduan Pendaftaran Racun Makhluk Perosak – VERSI INGGERIS Annex I – VERSI INGGERIS Annex II – VERSI INGGERIS Borang Ringkasan Keperluan Data Untuk Pendaftaran Racun Makhluk Perosak – VERSI INGGERIS Panduan Proses Pendaftaran Baru Produk Racun Makhluk Perosak Carta Alir Proses Pendaftaran Baru Racun Makhluk Perosak - Permohonan Online (Borang A) Bagi Pendaftaran Racun Makhluk Perosak (MyPesticide)
- Garis Panduan Keperluan Data Kimia Bagi Pendaftaran Racun Makhluk Perosak (GP1/2019) – VERSI INGGERIS
- Garis Panduan Keperluan Data Toksikologi Bagi Pendaftaran Racun Makhluk Perosak (GP2/2020) – VERSI INGGERIS
- Garis Panduan Keperluan Data Kemujaraban Bagi Pendaftaran Racun Makhluk Perosak (GP3/1993) – VERSI INGGERIS
- Garis Panduan Keperluan Data Sisa Baki Bagi Pendaftaran Racun Makhluk Perosak (GP4/2012) – VERSI INGGERIS
- Garis Panduan Pelabelan Produk Racun Makhluk Perosak (Pindaan 2020)
- Garis Panduan Nama Dagangan Produk Racun Makhluk Perosak (Pindaan 2021)
- Garis Panduan Penghantaran Piawai Analisis Untuk Tujuan Pendaftaran Racun Perosak