Perkhidmatan Pengembangan
Khidmat pengembangan adalah teras Jabatan Pertanian yang menjadikan Sistem Pengembangan Tekno Pertanian (SPTP) sebagai panduan dalam menjalankan khidmat pengembangan. SPTP merupakan sistem pengembangan berjadual yang memberi fokus kepada perkongsian inovasi dan pemindahan teknologi pertanian kepada golongan sasar melalui latihan petani yang disampaikan oleh agen pengembangan di kawasan pengembangan atau Model Farm