Program Rezeki Tani

Program Rezeki Tani merupakan sebuah program pembasmian kemiskinan dan peningkatan pendapatan yang diselaraskan pelaksanaannya oleh Bahagian Industri Makanan dan Asas Tani, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

  • membantu meningkatkan pendapatan peserta melalui projekprojek ekonomi yang melibatkan aktiviti pengeluaran / pemprosesan / pengedaran / pemasaran berkaitan pertanian, penternakan dan perikanan;
  • (mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran serta daya saing peserta melalui latihan-latihan di bawah Program Rezeki Tani; dan
  • mengenal pasti peserta-peserta yang berpotensi untuk dinaikkan ke tahap yang lebih tinggi.

Bantuan melalui pemberian in-kind dan latihan mengikut keperluan projek peserta dengan nilai maksimum RM10,000.

Kriteria peserta projek adalah sepertimana berikut :

  • berdaftar dalam Sistem eKasih dengan pendapatan isi rumah sehingga 20% selepas had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
  • berminat, berpengalaman, berkemahiran atau sedang menjalankan aktiviti pengeluaran / pemprosesan / pengedaran / pemasaran berkaitan pertanian, penternakan dan perikanan;
  • peserta tidak pernah menerima sebarang bantuan ekonomi (tertakluk kepada pertimbangan Jabatan dan Agensi pelaksana); dan
  • Peserta berumur di antara 18 hingga 60 tahun.

Projek-projek ekonomi yang dilaksana hendaklah memberi tumpuan kepada jenis-jenis projek yang mengeluarkan hasil dalam tempoh yang pendek (Quick Win Project) iaitu di antara 3 hingga 6 bulan pelaksanaannya, berpotensi memberi pulangan yang baik, produk yang mudah dipasarkan, berdaya maju (viable), berdaya tahan (sustainable) serta mengikut kesesuaian persekitaran dan tempat.

Skop Program Rezeki Tani merangkumi semua aktiviti-aktiviti seperti berikut:

  • pertanian bagi tanaman singkat masa;
  • penternakan bagi penambahan input projek sedia ada;
  • perikanan bagi penambahan input projek sedia ada;
  • pemasaran hasil pertanian, penternakan dan perikanan; dan
  • pemprosesan dan pemasaran produk makanan dan bukan makanan berasaskan pertanian termasuk jualan makanan dan minuman.

Permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan borang melalui Pejabat Pertanian Daerah terdekat dan negeri dimana usahawan beroperasi. Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Seksyen Industri Asas Tani
Bahagian Pengembangan Pertanian
Jabatan Pertanian Malaysia