SPESIS
LEBAH MADU
Terdapat tiga spesis lebah madu di Malaysia yang berupaya menghasilkan madu iaitu Apis mellifera (lebah Eropah), Apis cerana (lebah keran) dan Apis dorsata (lebah hutan).
Namun hanya Apis mellifera dan Apis cerana sahaja yang boleh dipelihara untuk penghasilan madu manakala Apis dorsata tidak boleh dipelihara kerana sifatnya yang liar dan agresif.
PENGURUSAN KOLONI DI LAPANGAN
Koloni lebah madu yang dipelihara perlu diperiksa sekurang-kurangnya dua kali sehari. Pemeriksaan koloni di lapangan perlu menumpukan kepada:
- Keadan Populasi: Koloni lebah madu yang dipelihara hendaklah sentiasa aktif(kadar FIFO adalah >60 ekor seminit) dan mempunyai populasi lebah pekerja yang banyak (20,000 – 40,000 ekor lebah pekerja).
- Kehadiran telur dan anak : Ratu yang produktif mengeluarkan banyak telur (2,500 biji telur sehari) dan seterusnya menghasilkan banyak anak.
- Kewujudan sel ratu: Sel ratu perlu dibuang bagi mengelakkan perpecahan koloni berlaku.
- Stok madu dan debunga: Koloni yang baik mempunyai banyak stok madu dan debunga.
- Serangan perosak dan penyakit: Perosak utama lebah madu ialah tebuan, kutu (mite), burung (Merob spp.) dan ulat lilin (wax moth). Manakala ‘sacbrood’ dan ‘chalkbrood’ adalah penyakit yang biasa menyerang koloni. Penyakit ‘sacbrood’ boleh dikawal dengan kawalan semulajadi iaitu meningkatkan populasi lebah pekerja,mengeluarkan larva yang terkena serangan, menjaga kebersihan dalam haif serta mengeluarkan dan memusnahkan frame yang diserang penyakit.
- Keadaan kom: Ratu lebih gemar bertelur pada kom yang bewarna putih. Kom yang telah menjadi hitam perlu diganti dengan kom landasan atau kom yang dibina secara semulajadi oleh lebah pekerja.
*FIFO – fly in fly out
FAKTOR KEJAYAAN
Faktor kejayaan dalam pemeliharaan lebah madu adalah:
- Minat dan kesungguhan: Faktor ini akan menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu projek. Pengusaha lebah madu perlu mempunyai kesungguhan dan tidak mudah berputus asa.
- Kemahiran menguruskan koloni lebah secara sistematik: Kemahiran mengnal kasta-kasta lebah madu dan keupayaan memahami keperluan koloni membolehkan pengusaha menguruskan projek dengan jayanya.
- Sumber makanan: Kawasan pemeliharaan lebah madu mestilah mempunyai tumbuhan berbunga yang dapat membekalkan nektar dan debunga sebagai sumber makanan kepada lebah madu. Nektar yang dikumpulkan akan diproses menjadi madu. Warna madu berbeza mengikut jenis sumber makanan.
- Baka baik daripada spesis Apis mellifera dan Apis cerana perlu untuk memastikan penghasilan madu yang banyak.
- Peralatan asas: Koloni lebah madu, haif, pengasap, hive tools, pelindung muka (melindungi muka daripada sengatan), pisau dan pengempar (alat untuk mengeluarkan madu).
Spesis utama lebah yang dipelihara di Malaysia adalah Apis dorsata, Apis cerana, Apis melifera.
Penyakit Hama Varroa
ANGGARAN PENDAPATAN
Spesis Lebah Madu | Pengeluaran Madu/koloni/Bulan (kg) | Harga (RM/kg) | Pendapatan /koloni / Bulan (RM) |
Apis cerana | 3 | 100 | 300 (3,600 setahun) |
Apis mellifera | 5 | 100 | 500 (6,000 setahun) |