SPESIS KELULUT
Terdapat dua spesis kelulut di Malaysia yang dikenalpasti sesuai untuk pemeliharaan bagi pengeluaran madu secara komersil iaitu Heterotrigona itama dan Geniotriogona thoracica. Anggaran madu yang dihasilkan adalah 5 kg/koloni/tahun bergantung kepada kedapatan sumber nektar.
KASTA-KASTA KELULUT
Terdapat tiga jenis kasta dalam koloni kelulut dan setiap kasta mempunyai tugas berbeza :
- Pekerja (worker) – tugas utamanya ialah mengumpul nektar (madu) dan debunga. Tugasan lain yang dilakukannya termasuk membina, menyelenggara dan membersihkan sarang, menerima, mematang dan menyimpan madu, menghasil larva dan ratu, mengawal keselamatan sarang daripada sebarang ancaman.
- Pejantan (drone) – tugas pejantan adalah mengawan ratu dan akan mati selepas mengawan.
- Ratu (queen) –mengeluarkan feromon (sejenis bauan) yang dapat mengawal keseluruhan aktiviti di dalam koloni. Ratu mengeluarkan telur bagi pembiakan koloni. Sekiranya terdapat lebih daripada seekor ratu pada satu-satu masa, maka ratu yang masih dara akan terbang keluar daripada koloni untuk memulakan koloni baru.
PENGURUSAN KOLONI DI LAPANGAN
Koloni kelulut yang dipelihara perlu diperiksa sekurang-kurangnya dua hari sekali. Pemeriksaan koloni di lapangan perlu menumpukan kepada:
- Keadaan populasi : Koloni kelulut yang dipelihara hendaklah sentiasa aktif (kadar FIFO adalah > 35 ekor seminit) dan mempunyai populasi pekerja yang banyak (melebihi 90% populasi koloni). Sebanyak 80-90% ruang kotak topping digunakan untuk membuat kantung madu ataupun roti lebah.
- Kehadiran telur dan anak : Ratu yang produktif mengeluarkan banyak telur (1,500 – 2,500 biji telur sehari) dan seterusnya menghasilkan banyak anak.
- Stok madu dan roti lebah : Koloni yang aktif dan sihat mempunyai banyak stok madu dan roti lebah.
- Serangan perosak dan penyakit : Perosak utama kelulut ialah black soldier fly (Hemertia illucens) dan kumbang debunga (Haptoncus luteus). Perosak lain yang biasa menyerang adalah semut, lipas, katak, cicak dan lain-lain.
- Pengurusan sumber nektar, debunga, resin dan air bersih sangat penting. Pastikan koloni mempunyai cukup sumber untuk membina sarang dan menghasilkan madu.
- Kawasan pemeliharaan kelulut perlu sentiasa bersih dan teratur bagi mengelakkan serangan perosak dan penyakit.
*FIFO – fly in fly out
CONTOH SUMBER NEKTAR & DEBUNGA
NAMA SAINTIFIK | NAMA TEMPATAN | TUJUAN | KUALITI | |
NEKTAR | DEBUNGA | |||
Acacia cicinnata | Akasia | Hiasan | M1 | D1 |
Ananas comosus | Nanas | Buahan | M1 | D2 |
Averrhoa carambola | Belimbing besi | Buahan | M1 | D2 |
Citrus spp. | limau | Buahan | M1 | D1 |
Cocos nucifera | Kelapa | Tanaman | M1 | D1 |
Coffea liberica | Kopi | Tanaman | M1 | D2 |
Durio zibethinus | Durian | Buahan | M1 | D1 |
Elaeis guneensis | Kelapa sawit | Tanaman utama | M3 | D2 |
Eugenia jambos | Jambu mawar | Buahan | M1 | D1 |
Eugenia malaccensis | Jambu bol/Jambu air | Buahan | M1 | D1 |
Havea brasiliensis | Getah | Tanaman utama | M1 | D3 |
Musa spp. | Piasang | Buahan | M1 | D1 |
Nephelium lappaceum | Rambutan | Buahan | M1 | D1 |
Nephelium muabile | Pulasan | Buahan | M1 | D1 |
Psidium gujava | Jambu batu | Buahan | M2 | D2 |
Zea mays | Jagung | Tanaman | – | D1 |
Carica papaya | Betik | Buahan | M2 | D3 |
Mangifera spp. | Mangga | Buahan | M2 | D2 |
*Kualiti :
M1/D1 – Sumber nektar / debunga yang banyak
M2/D2 – Sumber nektar / debunga yang sederhana
M3/D3 – Sumber nektar / debunga yang sedikit
Spesis utama lebah yang dipelihara di Malaysia adalah Apis dorsata, Apis cerana, Apis melifera.
Penyakit Hama Varroa
Royal Jelly Dan Venom
Di antara spesis utama kelulut yang dipelihara oleh pengusaha di Malaysia adalah:
- Geniotrigona thoracica
- Homotrigona apicalis
- Lepidotrigona terminata
- Heterotrigona itama
- Tetrigona binghami
Faktor yang penting bagi pemilihan lokasi pemeliharaan lebah / kelulut adalah:
- Terdapat sumber air bersih
- Kawasan redup atau mempunyai teduhan
- Sumber makanan mencukupi
- Saliran yang baik