Permohonan Peta / Dokumen Geospatial Terperingkat

Jabatan Pertanian telah mewujudkan satu ‘repository’ maklumat tanah, gunatanah, hakisan tanah, pemuliharaan tanah dan data-data berkaitan sumber tanah bagi Semenanjung Malaysia yang mana maklumat-maklumat ini sangat berguna sama ada kepada jabatan-jabatan kerajaan lain mahupun kepada pihak swasta yang akan melaksanakan projek pembangunan. Maklumat yang telah dikemaskini disediakan dalam bentuk peta dan juga dokumen geospatial yang boleh dibeli melalui Bahagian Pengurusan Sumber Tanah, Jabatan Pertanian.

Harga Peta / Dokumen Geospatial

BIL.JENIS PETAHARGA (RM)
1.Peta cetakanRM 50.00 / lembar pelbagai saiz (AO/A1/A2/A3)
2.Peta digital (format jpeg)RM 50.00 / lembar
3.Peta digital (format shape file)a)  Peta Guna Tanah – RM 900.00 / megabyte
b)  Peta Tanah Tinjauan – RM 600.00 / megabyte
c)  Peta Terbitan – RM 500.00 / megabyte

 

CONTOH PETA YANG DISEDIAKAN

PETA GUNA TANAH SEMASA SEMENANJUNG MALAYSIA
PETA TINJAUAN TANAH-TANIH SEMENANJUNG MALAYSIA
PETA RISIKO HAKISAN TANAH SEMENANJUNG MALAYSIA
PETA KESESUAIAN TANAH SEMENANJUNG MALAYSIA
PETA INDEKS HUJAN PERTANIAN SEMENANJUNG MALAYSIA
PETA FISIOGRAFI TANAH SEMENANJUNG MALAYSIA

Maklumat Lanjut Permohonan Pembelian Dokumen Geospatial Terperingkat boleh didapati di pautan berikut :-

www.doa.gov.my/permohonan_peta