BELIMBING

Sistem Tanaman Empat Segi :

  • Tanah Mineral –  6.0m x 6.0m (278 pokok/ha)
  • Tanah Mineral (Sistem Kepadatan Tinggi) – 4.0m x 6.0m (417 pokok/ha)
  • Tanah Bekas Lombong – 4.6m x 4.6m (480 pokok/ha)
Sistem Penanaman Klon Dengan Kadar 5:1

Pokok belimbing cepat mengeluarkan hasil dan berbuah sepanjang tahun. Oleh sebab itu, tanaman ini memerlukan jumlah baja yang agak tinggi bermula dari peringkat awal umur lagi. Penggunaan bahan organan sangat digalakkan untuk tanaman belimbing kerana selain daripada menambah nutrien ianya juga memelihara kesuburan tanah dan membaiki mutu hasil.

Program Pembajaan Tanaman Belimbing di Tanah Mineral
Program Pembajaan Tanaman Belimbing di Tanah Pasir

Bekalan kapur tidak perlu diberikan jika pH tanah melebihi 5.5.

Masa kritikal pembajaan untuk tanaman buah-buahan:

  1. 1 bulan sebelum berbunga
  2. Semasa mula berputik (besar bola ping pong)
  3. Selepas mengutip hasil

Pengapuran perlu dijalankan jika pH tanah rendah dan pengapuran biasanya dilakukan semasa pembajakan supaya boleh digaulkan ke dalam tanah 1-2 minggu sebelum menanam. Elakkan pengapuran dilakukan bersama-sama pembajaan kimia. Bahan pengapuran ialah seperti batu kapur halus (36% kalsium) dan batu kapur magnesium (31% GML dan 12% Mg).

Kadar Keperluan Kapur  

Nilai pH

Kadar Pengapuran

(tan/hektar)

> 5.5

5.0 – 5.5

2.5

4.5 – 5.0

5.0

< 4.5

   7.5 *

*  7.5 tan/hektar untuk dua kali pengapuran