Pembukaan hutan kepada pengeluaran pertanian melebihi keluasan 20 hektar atau pembangunan/pembersihan kawasan bercerun melebihi 25⁰ perlu mematuhi Perintah Kualiti Alam sekeliling (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Laporan EIA perlu disediakan bagi aktiviti yang ditetapkan di bawah perintah ini.