Kerja pembersihan seperti menebang pokok, memotong kayu, mencabut tunggul, meracik dan membaris/melonggok sisa tanaman merujuk kepada kawasan baharu dibuka atau pembersihan kawasan pertanian untuk penanaman semula.

Pemilihan kaedah pembukaan kawasan yang betul dapat mengurangkan kadar hakisan semasa pembukaan kawasan. Selain itu, terdapat beberapa perkara yang perlu dipatuhi untuk mengurangkan hakisan tanah ketika pembersihan kawasan:
- Tidak dilakukan pada musim hujan
- Pembersihan kawasan secara berperingkat bagi mengelakkan tanah terdedah terlalu lama
- Penebangan bersih hanya perlu dilakukan bagi tanaman sayuran
- Penebangan pokok secara selektif bagi tanaman buah-buahan, kelapa sawit dan getah.
- Tunggul kayu hanya perlu dicabut jika menghalang kerja ladang manakala sisa kayu perlu dilonggok setempat atau berbaris.
- Pokok asal di tepi sungai dan tali air utama hendaklah dibiarkan sebagai zon penampan.