Model Farm Kilang Tanaman

Keluasan Model Farm yang dibangunkan :

1 unit Kontena, 1 unit Kabin dan 1 unit Dalam Bangunan

Jenis Tanaman :

1)Varieti sayuran; Curly Kale, Kailan, Pak Choy Putih, Pak Choy Hijau, Pak Choi Ungu, Tatsoi, Butterhead, Green Coral, Iceberg, Stevia, Ice Plant

2)Varieti strawberi: Sagahonoka (55 pokok)

Bilangan tanaman :

1)Kilang Tanaman Kontena: Dalam proses pengubahsuaian sistem penanaman strawberi

2)Kilang Tanaman Kabin: 1008 point tanaman

3)Kilang Tanaman Dalam Bangunan: 956 point tanaman

 

SISTEM PENGAIRAN DAN PEMBAJAAN SECARA AUTOMATIK MENGIKUT KEPERLUAN TUMBESARAN POKOK MELALUI PENGGUNAAN APLIKASI TEKNOLOGI PINTAR (IOT) DALAM KILANG TANAMAN

Kilang Tanaman kaedah penanaman secara tertutup menggunapakai sistem pencahayaan LED sebagai media fotosintesis bagi mengahsilkan tanaman makanan yang berkualiti, segar dan selamat dimakan serta mampu mempercepatkan tempoh penuaian berbanding penanaman secara konvensional.

Perincian teknologi adalah seperti berikut:

  1. Sistem pengairan dan pembajaan secara terkawal (automatik) serta mengikut keperluan tumbesaran pokok melalui penggunaan aplikasi teknologi pintar (IOT).
  2. Pengukuran keperluan baja (EC) dan pH – dapat dikawal dengan hanya menggunakan aplikasi di telefon mudah alih dan akan mendapat notifikasi sekiranya berlaku sebarang masalah.
  3. Penggunaan sumber air secara return to tank dapat mengurangkan kos penyiraman sehingga 70% kos utiliti.

 

Penggunaan sistem pencahayaan LED sebagai media fotosintesis

PENGGUNAAN TENAGA SOLAR

Penggunaan tenaga solar (hibrid) dapat menjimatkan sehingga 49% tenaga elektrik TNB.

KELEBIHAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI INI

  1. Penggunaan ruang yang terhad untuk pengeluaran sayur yang maksimum dan selamat dimakan (Pesticide free).
  2. Menumpukan pengeluaran sayur bernilai tinggi bagi mendapatkan pulangan modal yang cepat.
  3. Pengeluaran sayur konsisten sepanjang tahun tanpa dipengaruhi oleh keadaan  cuaca.
  4. Hanya memerlukan tenaga kerja yang minima dan boleh dipantau dari mana-mana lokasi (aplikasi telefon pintar).

Kompleks Pertanian Serdang, Selangor

Hubungi kami : 

Model Farm Kilang Tanaman, Kompleks Pertanian Serdang, Selangor

Bahagian Pembangunan Industri Tanaman,

Kompleks Pertanian Serdang, Beg Berkunci 201,

Pejabat Pos UPM, 43400 Serdang, Selangor.

Tel : 03-89486302

Fax: 03-89426616

Anugerah Emas di Pertandingan Inovasi Peringkat Jabatan Pertanian Tahun 2022 dan Saguhati di Pertandingan Inovasi Peringkat Jabatan Pertanian Negeri Selangor Tahun 2022

Tajuk Inovasi:

Penggunaan KONTENA TERPAKAI sebagai alternatif penanaman sayuran di dalam persekitaran terkawal bagi menjamin penghasilan sayur-sayuran yang selamat dimakan

Taklimat kepada Pegawai Bahagian Biosekuriti Tumbuhan, Kuala Lumpur.