GeoTanaman

Pautan ke Sistem : geotanaman.doa.gov.my

GeoTanaman dibangunkan untuk menyimpan, mengurus, mengemaskini, menganalisis dan membekalkan maklumat dan data gunatanah Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Sistem ini dibangunkan untuk memudahcara pengurusan maklumat gunatanah pertanian melalui aktiviti penyeragaman, pengemaskinian, perkongsian dan capaian maklumat dan data gunatanah secara atas talian. Ianya mewujudkan pangkalan data bersepadu yang teratur, seamless dan yang sentiasa dikemaskini untuk memudahkan perkongsian antara agensi melalui capaian secara atas talian. GeoTanaman dibangunkan berasaskan ciri-ciri pembangunan aplikasi yang interaktif, responsif dan mesra pengguna. GeoTanaman membolehkan pengguna untuk membuat carian secara interaktif dan melakukan analisis mudah spatial.

GeoTanaman turut menyediakan pelbagai fungsi lain seperti paparan maklumat statistik, peta, carta atau grafik.