PISANG

PISANG

Dua sistem penanaman pisang yang biasa diusahakan ialah tanaman secara tunggal ( satu generasi (1G) ) dan tanaman selingan ( dua generasi (2G) ) dengan tanaman kekal digunakan sebagai pokok Iindungan.

a)   Tanaman Tunggal

 Sistem tanaman tunggal diusahakan untuk pengeluaran pisang secara komersil dan untuk mendapatkan bekalan yang berpanjangan. Jarak tanaman ialah 2.5 m x 2.5 m dengan kepadatan mencapai 1,600 pokok sehektar. Jarak tanaman adalah bergantung kepada jenis dan juga sistem tanaman.

b)    Tanaman Selingan

Pisang ditanam bersama tanaman kekal, seperti getah, kelapa sawit, koko dan durian sebagai tanaman selingan sebelum pengeluaran hasil daripada tanaman utama. Jika jarak barisan tanaman utama lebih daripada 7.5 m maka pengesyoran bagi 2 baris tanaman selingan (pisang) dengan jarak 2.5 m x 2.5 m boleh dilakukan. Walau bagaimanapun sekiranya jarak tanaman utama adalah 6 m maka hanya satu baris tanaman selingan sesuai dilakukan. Sekiranya penanaman menggunakan 2 baris tanaman selingan, sebanyak 1,066 pokok/ha dapat ditanam dan sekiranya menggunakan 1 baris tanaman, sebanyak 533 pokok/ha dapat ditanam

Selingan yang dibuat bersama kelapa sawit

Pembajaan dilakukan secara tabur di sekeliling pokok atau dimasukkan ke dalam parit yang digali sedalam 5 sm. Pembajaan menggunakan sistem poket juga biasa digunakan. Poket atau lubang sedalam 15 sm digali pada jarak 1 meter dari pangkal rumpun atau pokok pisang

Program Pembajaan Tanaman Pisang