Sistem Tanaman Empat Segi :
Pokok belimbing cepat mengeluarkan hasil dan berbuah sepanjang tahun. Oleh sebab itu, tanaman ini memerlukan jumlah baja yang agak tinggi bermula dari peringkat awal umur lagi. Penggunaan bahan organan sangat digalakkan untuk tanaman belimbing kerana selain daripada menambah nutrien ianya juga memelihara kesuburan tanah dan membaiki mutu hasil.
Bekalan kapur tidak perlu diberikan jika pH tanah melebihi 5.5.
Masa kritikal pembajaan untuk tanaman buah-buahan:
Pengapuran perlu dijalankan jika pH tanah rendah dan pengapuran biasanya dilakukan semasa pembajakan supaya boleh digaulkan ke dalam tanah 1-2 minggu sebelum menanam. Elakkan pengapuran dilakukan bersama-sama pembajaan kimia. Bahan pengapuran ialah seperti batu kapur halus (36% kalsium) dan batu kapur magnesium (31% GML dan 12% Mg).
Kadar Keperluan Kapur
Nilai pH | Kadar Pengapuran (tan/hektar) |
> 5.5 | – |
5.0 – 5.5 | 2.5 |
4.5 – 5.0 | 5.0 |
< 4.5 | 7.5 * |
* 7.5 tan/hektar untuk dua kali pengapuran
Kebiasaannya pokok betik ditanam dengan menggunakan sistem empat segi tepat jika ia ditanam secara tunggal.
Terdapat juga pokok-pokok betik digunakan sebagai tanaman selingan (intercropping) bersama-sama dengan tanaman kekal/utama seperti durian. Dalam penanaman secara selingan, sistem penanaman yang digunakan ialah sistem sesiku keluang. Di sini pokok betik bersifat sementara dan akan dibuang apabila tanaman utama membesar
Pengurusan pembajaan yang sempurna penting bagi memastikan tanaman betik tumbuh subur dan memberi hasil yang tinggi. Jenis dan kadar baja yang digunakan bagi tanaman betik bergantung kepada jenis tanah dan umur tanaman.
Sistem penanaman yang diamalkan untuk penanaman cempedak ialah sistem empat segi sama, sistem tiga segi sama dan sistem siku keluang.
Jarak tanaman:
♦ Sistem Empat Segi Sama
9m x 9m
♦ Sistem Penanaman Tiga Segi Sama
9m x 9m x 9m
♦ Sistem Penanaman Siku Keluang – Melibatkan penanaman pokok selingan di tengah-tengah pokok utama yang ditanam mengikut sistem empat segi sama.
12m x 12m
Pembajaan baja campuran atau sebatian bolehlah dijalankan empat kali setahun di mana baja ditabur dalam linkungan kanopi pokok. Kerja pembajaan seelok-eloknya dijadualkan semasa tanah lembab dan juga selepas pungutan hasil. Baja organan memadai diberi sekali setahun sahaja
Jabatan Pertanian mula mendaftarkan varietri durian pada tahun 1934. Terdapat 13 varieti durian popular di kalangan pengusaha tanaman durian di Malaysia. Varieti durian popular memiliki kualiti buah yang baik (warna, tekstur, bau dan rasa), pengeluaran hasil tinggi dan ketahanan terhadap penyakit.
Sistem Tanaman Segitiga Sama:
Sistem Tanaman Empat Segi Tepat:
Sistem Tanaman Segi Empat Sama :
Sistem Tanaman Siku Keluang:
Pokok durian yang masih muda seelok-eloknya dibaja 4 – 6 kali setahun dengan kuantiti baja yang sedikit pada setiap kali pembajaan dilakukan.
Bagi pokok matang pula, kadar baja ditambah dan kekerapan membaja ialah 3 – 4 kali setahun.
Cara pembajaan yang paling mudah adalah dengan menabur baja di bawah kanopi pokok sehingga terkeluar sedikit dari hujung kanopi. Teknik ini adalah sesuai untuk kawasan mendatar, di teres atau di tapak gajah. Bagi kawasan yang curam, pembajaan secara poket adalah disyorkan dengan membubuh baja ke dalam lubang sedalam 10 sm yang digali di sekitar kawasan hujung kanopi pokok sebanyak 4 penjuru. Lubang tersebut ditimbus kembali dengan tanah.
Tempoh masa yang paling sesuai membaja pokok durian yang telah matang ialah 2 bulan sebelum berbunga, 1 bulan selepas bunga mekar, 40 – 45 hari sebelum buah matang/tuai dan selepas tuai.
Durian yang ditanam melalui biji dan belum berdaftar di dalam senarai pendaftaran varieti Kebangsaan Jabatan Pertanian
Untuk mendapatkan harga yang baik dipasaran
Ogos 2020
Jarak penanaman yang disyorkan ialah 4m x 4m dengan memberi kepadatan pokok sebanyak 625 pokok sehektar.
Sistem tanaman empat segi tepat, empat segi sama dan sistem tiga segi biasa digunakan dengan jarak tanaman antara :
Dalam sistem tanaman padat, pokok boleh ditanam rapat dalam baris untuk mendapatkan hasil awal yang tinggi dan untuk penggunaan tanah secara maksima.
Program Pembajaan Tanaman Limau Langkat.
Baja organan perlu diberi setahun sekali. Baja kimia diberi 3-4 kali setahun dengan menabur di sekeliling pokok antara 30 -60cm daripada pangkal pokok di bawah kanopi.Baja yang ditabur perlu ditutup dengan tanah. Baja foliar pula diberikan setiap bulan untuk memastikan bekalan unsur pekit yang cukup manakala kapur diberikan sebanyak dua (2) kali setahun.
Terdapat 99 varieti Mangga telah didaftarkan di Jabatan Pertanian. Sehingga kini, hanya 6 varieti yang disyorkan dan dikomersilkan iaitu MA128 (Harumanis), MA162 (Foo Fatt/Golek), MA165 (MAHA 65), MA204 (Melele), MA223 (Nam Dok Mai) dan MA224 (Chokanan). Walau bagaimanapun, varieti MA224 (Chokanan) dan MA128 (Harumanis) popular ditanam pada masa ini.
Sistem Tanaman Empat Segi :
Sistem Tanaman Tiga Segi :
Pembajaan untuk menggalakkan pembungaan dan pembentukan putik buah dilakukan 2 bulan sebelum berbunga dengan menggunakan baja yang mempunyai kandungan kalium yang tinggi dengan kadar 1-2 kg/pokok.
Untuk mendapatkan perkembangan buah yang berkualiti digalakkan membaja 13:13:21 sebanyak 1-2 kg/pokok sebulan sebelum mengutip hasil
♦ Projek Pembangunan Buah –Buahan Jangka Panjang
♦ Projek Pembangunan Buah- Buahan Terpilih
♦ Projek Pembangunan Kluster Mangga
Jarak tanaman bagi sistem segiempat sama yang disyorkan ialah 7.5 m x 7.5 m.
Pembajaan boleh dijalankan secara tabur, alur atau poket (4-6 poket/pokok). Pembajaan dilakukan di kawasan hujung kanopi pokok
Nangka boleh ditanam sebagai tanaman tunggal atau tanaman selingan dengan menggunakan empat sistem penanaman iaitu sistem empat segi sama, sistem tiga segi sama, sistem sesiku keluang dan sistem kontur.
♦ Sistem Penanaman Empat Segi Sama
9m x 9m
♦ Sistem Penanaman Tiga Segi Sama
9m x 9m x 9m
♦ Sistem Penanaman Sesiku Keluang
12m x 12m
Pembajaan selalunya dilakukan dengan menabur baja di bawah hujung kanopi. Bagi tanah yang agak curam, baja dibubuh dalam lubang sekeliling pokok untuk mengurangkan kehilangan baja melalui larian permukaan. Baja organik diberi setahun sekali sebaiknya selepas menuai.
Dua sistem penanaman pisang yang biasa diusahakan ialah tanaman secara tunggal ( satu generasi (1G) ) dan tanaman selingan ( dua generasi (2G) ) dengan tanaman kekal digunakan sebagai pokok Iindungan.
Sistem tanaman tunggal diusahakan untuk pengeluaran pisang secara komersil dan untuk mendapatkan bekalan yang berpanjangan. Jarak tanaman ialah 2.5 m x 2.5 m dengan kepadatan mencapai 1,600 pokok sehektar. Jarak tanaman adalah bergantung kepada jenis dan juga sistem tanaman.
Pisang ditanam bersama tanaman kekal, seperti getah, kelapa sawit, koko dan durian sebagai tanaman selingan sebelum pengeluaran hasil daripada tanaman utama. Jika jarak barisan tanaman utama lebih daripada 7.5 m maka pengesyoran bagi 2 baris tanaman selingan (pisang) dengan jarak 2.5 m x 2.5 m boleh dilakukan. Walau bagaimanapun sekiranya jarak tanaman utama adalah 6 m maka hanya satu baris tanaman selingan sesuai dilakukan. Sekiranya penanaman menggunakan 2 baris tanaman selingan, sebanyak 1,066 pokok/ha dapat ditanam dan sekiranya menggunakan 1 baris tanaman, sebanyak 533 pokok/ha dapat ditanam
China dan India
Singapura dan China
Pokok rambutan boleh ditanam dengan menggunakan sistem tiga segi sama dan sistem empat segi sama.
Sistem | Jarak | Bil. pokok/ha |
Tiga segi sama | 9m x 9m | 142 |
Empat segi sama | 9m x 9m | 123 |
Program Pembajaan Rambutan
Umur pokok (tahun) | Jenis baja sebatian (N:P:K:Mg) | Jumlah baja/ pokok/tahun (kg) | Kekerapan membaja (kali setahun) | Cara Membaja |
1 | 15:15:15 | 0.5 | 4 | Tabur keliling pokok atau secara poket |
2 | 15:15:15 | 1.0 | 4 | Sama seperti di atas |
3 | 12:12:17:2 | 1.5 | 4 | Sama seperti di atas |
4 | 12:12:17:2 | 2.0 | 4 | Sama seperti di atas |
5 | 12:12:17:2 | 2.5 | 4 | Sama seperti di atas |
6 | 12:12:17:2 | 3.0 | 4 | Sama seperti di atas |
7 | 12:12:17:2 | 4.0 | 4 | Sama seperti di atas |
8 | 12:12:17:2 | 5.0 | 4 | Sama seperti di atas |
8-10 | 12:12:17:2 | 5.0 | 4 | Sama seperti di atas |
11-15 | 12:12:17:2 | 6.0 | 4 | Sama seperti di atas |
16 ke atas | 12:12:17:2 | 7.0 | 4 | Sama seperti di atas |
sumber: MARDI
Masa yang sesuai untuk membaja ialah di awal musim hujan. Bagi pokok dewasa, masa yang paling sesuai dibaja ialah selepas kutipan hasil dan 3-4 minggu selepas bunga Tabur baja di keliling pokok di hujung kanopi daun. Selain daripada cara tabur, satu teknik lagi ialah dengan membuat 4-6 poket atau lubang dan isikannya dengan baja. Pengapuran boleh dilaksanakan sekiranya pH tanah kurang dari 4.5.
Lebar batas untuk tanaman tembikai adalah disyorkan di antara 1.3 m – 1.5 m dan jarak di antara batas ialah 1.8 m – 2.5m Jarak tanaman yang disyorkan ialah di antara 2.0 m – 2.5 m.
Kepadatan tanaman tembikai ialah 2,000 – 2,500 lubang sehektar dan setiap lubang mempunyai dua (2) pokok.
la hidup lebih subur di tanah-tanah yang mempunyai bahan organik yang tinggi. Oleh itu amalan biasa yang dilakukan ialah dengan menggunakan tahi ayam sebagai baja asas. Pembajaan dilakukan mengikut peringkat umur.
Jabatan Pertanian Malaysia,
Bahagian Pengembangan Pertanian,
Wisma Tani, Aras 8, Blok 4G2, No. 30,
Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62624, Putrajaya, Malaysia.
No. Telefon : 03 – 8870 3439
Emel: epengembangan@doa.gov.my
Hari Ini : 2
Semalam : 211
Jumlah Pelawat : 74,781
Tarikh Kemaskini: 26 Mac 2024
Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome dan Mozilla Firefox versi terkini