Program 3P

MAKLUMAT PROGRAM 3P IAT:

Program Pembangunan Pusat Pemprosesan, Pembungkusan dan Pemasaran (3P) IAT ini bertujuan untuk mengalakkan keusahawanan dengan menyediakan akses kepada premis perniagaan, kemudahan dan infrastruktur lain berkaitan PKS.

Program 3P IAT dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dengan kerjasama Jabatan/ Agensi sebagai Jabatan/ Agensi Pembimbing. Program ini di bawah Program Pembangunan Usahawan Pertanian dan Industri Makanan.

Program 3P IAT Jabatan Pertanian adalah tertumpu kepada 103 pusat 3P DOA yang telah disenaraikan untuk tujuan naik taraf bagi disewakan kepada usahawan IAT.

Pusat Pemprosesan, Pembungkusan dan Pemasaran (3P) IAT adalah premis yang dimiliki oleh Jabatan yang dilengkapi dengan kemudahan pemprosesan makanan, peralatan, pembungkusan dan pelabelan yang boleh digunakan oleh usahawan PKS untuk mengeluarkan produk. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh pusat tersebut adalah secara sewaan dengan had masa tertentu. Pusat Pemprosesan, Pembungkusan dan Pemasaran (3P) ini juga turut digunakan sebagai inkubator latihan kepada usahawan bimbingan setempat dengan penawaran latihan jangka pendek secara hands-on.

 

KRITERIA PEMOHONAN PERUNTUKAN PROGRAM 3P:

Pemohon adalah dari Jabatan/ Agensi/ Institusi Kerajaan hendaklah memastikan:

1.1 Pusat pemprosesan, pembungkusan dan pusat pemasaran/ pusat pemprosesan dan pemasaran/ pusat pemasaran adalah di bawah hak milik Kerajaan sama ada Persekutuan atau Negeri;

1.2  Pusat pemprosesan akan disewakan kepada usahawan yang menjalankan perniagaan berasaskan IMAT; dan

1.3    Permohonan adalah berdasarkan butiran kerja yang ditetapkan dan mengikut kos sebenar

 

SKOP PROJEK NAIK TARAF/ PENAMBAHBAIKAN INFRASTRUKTUR

 

Peruntukan ini boleh digunakan untuk penyelenggaraan dan naiktaraf bagi kerja-kerja seperti berikut:

  1. Kerja-kerja mengecat bangunan, peralatan dan lain-lain kemudahan;
  2. Penyelenggaraan pagar, pondok kawalan dan pintu keluar masuk kawasan;
  3. Penyelenggaraan lantai, dinding dalam dan luar bangunan;
  4. Penyelenggaraan bumbung, atap, saluran air hujan dan sistem kalis air;
  5. Penyelenggaraan tandas, sistem paip air, sistem kumbahan dan pembetungan;
  6. Membaiki/ pendawaian semula elektrik tidak termasuk kerja-kerja penyaman

udara;

  1. Penyelenggaraan longkang dan sistem perparitan dalam kawasan;
  2. Penyelenggaraan tapak, jalan dan tebing dalam kawasan;
  3. Penyelenggaraan akibat bencana alam; dan

10.Lain-lain skop kerja penyelenggaraan yang mendapat kelulusan Bahagian IMAT, KPKM.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Seksyen Indus tri Asas Tani
Bahagian Pengembangan Pertanian
Jabatan Pertanian Malaysia

Dokumen PDF; Garis Panduan Permohonan Peruntukan Program Pembangunan Pusat Pemprosesan, Pembungkusan dan Pemasaran Usahawan