PROGRAM PEMBANGUNAN PERTANIAN KOMUNITI
Pelaksanaan Program Pembangunan Pertanian komuniti bertujuan untuk membantu isi rumah bandar meringankan kos sara hidup melalui pengeluaran sendiri sebahagian daripada bahan makanan yang diperlukan di samping menambah pendapatan melalui jualan lebihan hasil pertanian (segar atau diproses). Program yang melibatkan pelbagai peringkat penduduk ini dapat mewujudkan interaksi sosial dan komunikasi sesama komuniti dan antara komuniti dengan pelaksana yang terdiri daripada pelbagai Jabatan dan Agensi di peringkat negeri dan persekutuan.
Sepanjang RMKe-12, sebanyak RM50 juta telah diperuntukkan di bawah program ini yang mensasarkan penglibatan 52,300 peserta daripada seluruh Negara di 5,700 lokasi. Program ini juga dilaksanakan bagi menyokong Dasar Agromakanan Negara (DAN) untuk menjamin keselamatan makanan selain mengurangkan import hasil pertanian daripada negara luar
OBJEKTIF
Mewujudkan aktiviti pertanian komuniti untuk pengeluaran bahan makanan berkualiti dan selamat dimakan
Mewujudkan peluang pekerjaan serta mengurangkan kos sara hidup
Mewujudkan interaksi sosial dan menggalakan komunikasi dalam kalangan komuniti bandar dan luar bandar
Membantu dalam pengurusan kelestarian alam sekitar
BILANGAN LOKASI
1,430
BILANGAN AKTIVITI PEMINDAHAN TEKNOLOGI
461
BILANGAN PESERTA
12,540