Pensijilan Kualiti Makanan

Pensijilan dalam industri makanan dan minuman (food & beverages) merupakan satu elemen penting yang dititik beratkan bagi menjamin keselamatan dan kualiti produk. Di malaysia, terdapat beberapa pensijilan utama yang ditawarkan iaitu Mesti, HALAL, GMP dan HACCP. Jabatan Pertanian berperanan dalam memberi khidmat nasihat dan bimbingan, menyediakan platform bimbingan dan menawarkan geran pemadanan kepada usahawan yang layak.

Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 mewajibkan setiap pemunya premis makanan menyediakan dan mengadakan satu Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM). Antara PJKM yang telah diperkenalkan kepada premis yang terlibat dalam pengilangan makanan adalah seperti Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI), Amalan Pengilangan yang Baik (GMP) Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP).

Bagi jaminan produk halal seperti Pensijilan Halal juga diperkenalkan dan ia dipohon secara sukarela oleh mana-mana pengusaha produk atau premis makanan.

Faedah pensijilan:

  1. Dapat meluaskan pasaran ke pasaraya, hypermarket dan eksport ke luar negara
  2. Dapat memberi keyakinan kepada pengguna terhadap keselamatan dan kualiti produk
  3. Menguatkan sokongan dalam permohonan bantuan geran, insentif atau pinjaman daripada agensi dan institusi kewangan.

 Syarat Umum Permohonan:

  1. Premis perlu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia melalui website https://fosim.moh.gov.my
  2. Premis perlu berlesen dengan Pihak Berkuasa Tempatan atau kelulusan dari agensi kerajaan yang lain; kecuali bagi premis yang diselenggara oleh Kerajaan.
  3. Premis perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kecuali bagi premis yang diselenggara oleh Kerajaan.
  4. Sistem kualiti dan pengoperasian perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum permohonan.
  5. Premis makanan perlu mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkaitan di Malaysia.

Peranan Jabatan Pertanian dalam Pensijilan Kualiti Makanan:

  1. Memberi khidmat nasihat dan bimbingan dalam pensijilan
  2. Menyediakan platform latihan kepada usahawan
  3. Bantuan geran pemadanan bagi naiktaraf premis ke arah pensijilan, peralatan dan pembungkusan

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:

Bahagian Pengembangan Pertanian
Jabatan Pertanian
No. Tel: 

Bil Jenis Pensijilan Badan Berkuasa Rujukan Cara Permohonan dan Bayaran Sahlaku
1

Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Muat turun garis panduan, borang permohonan dan senarai semak di:

http://fsq.moh.gov.my/v6/xs/page.php?id=203

Permohonan dibuat melalui sistem FoSIM (https://fosim.moh.gov.my)

Bayaran adalah percuma.

2

Amalan Pengilangan yang Baik (GMP)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Malaysian Standard MS 1514 Good Manufacturing Practice (GMP)

Muat turun garis panduan, borang permohonan dan senarai semak di:

http://fsq.moh.gov.my/v6/xs/page.php?id=210

Permohonan dan bayaran dibuat melalui sistem FoSIM (https://fosim.moh.gov.my)

Fi bergantung kepada kategori industri sama ada industri mikro, industri kecil dan sederhana (IKS) atau industri besar

3

Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Malaysian Standard MS 1514 Good Manufacturing Practice (GMP)

Muat turun garis panduan, borang permohonan dan senarai semak di:

http://fsq.moh.gov.my/v6/xs/page.php?id=210

Permohonan dan bayaran dibuat melalui sistem FoSIM (https://fosim.moh.gov.my)

Fi bergantung kepada kategori industri sama ada IKS atau industri besar

4

Pensijilan Halal

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) / Jabatan Kemajuan Islam Negeri (JAIN) / Majlis Agama Islam Negeri (MAIN)

Malaysian Standard MS 1500 Halal Food

https://www.halal.gov.my/v4/index.php

Permohonan dan bayaran dibuat melalui sistem MYeHalal

Fi bergantung kepada kategori:

  • Industri kecil
  • Industri kecil dan sederhana
  • Multinational