Geran Pemadanan merupakan program Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dengan menggunakan peruntukan Program Pembangunan Usahawan Pertanian dan Industri Makanan. Ia dilaksanakan oleh semua agensi dan jabatan dibawah MAFI termasuk jabatan pertanian. Program ini bertujuan untuk membantu usahawan PKS melalui penyediaan dana (secara geran padanan) bagi meningkatkan pengeluaran, kebolehpasaran serta hasil jualan produk.
Program Geran Pemadanan High Impact Product (HIP) ini dipertimbangkan kepada usahawan industri asas makanan dan asas tani yang memperoleh nilai jualan kasar tahunan RM300,000 hingga RM 5juta
Program ini menawarkan bantuan dibawah skop:
- Kajian pembangunan kualiti produk
- Reka bentuk pembungkusan dan perlabelan
- Peningkatan kapasiti pengerluaran
- Penambahbaikan premis
Kerajaan membiayai jumlah kos projek (termasuk cukai Jualan dan perkhidmatan) bagi setiap permohonan pada kadar 50% sehingga maksimum RM200,000 seperti skop diatas.
Program ini dipertimbangkan kepada setiap usahawan berdasarkan kriteria seperti berikut:
a. Diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] atau didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 [Akta 197]; atau
b. Persatuan nelayan yang berdaftar di bawah Akta Persatuan Nelayan 1971; atau
c. Pertubuhan peladang yang berdaftar di bawah Perlembagaan Pertubuhan Peladang; atau
d. Koperasi didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993 [Akta 502); atau
e. Pertubuhan bukan Kerajaan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966; atau
f. Mempunyai lesen perniagaan; atau
g. Mempunyai premis perniagaan/lesen premis yang sah
Permohonan boleh dibuat melalui Pejabat Pertanian Daerah terdekat atau negeri dimana usahawan beroperasi.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Seksyen Industri Asas Tani
Bahagian Pengembangan Pertanian
Jabatan Pertanian Malaysia
DOKUMEN PDF: GARIS PANDUAN GERAN PEMADANAN HIP – 2021