Botani Tanaman
Jagung bijian ialah sejenis tanaman bijirin yang berasal dari Mexico Tengah dan merupakan tanaman ketiga paling utama di dunia selepas padi dan gandum. Di Malaysia, jagung bijian ditanam untuk keperluan makanan ternakan. Jagung bijian paling banyak igunakan dalam penyediaan makanan ayam. Ia merupakan sumber tenaga utama (40-60%) dalam formulasi makanan ayam. Ia adalah sejenis tumbuhan semusim yang kebiasaannya mempunyai kitaran hidup selama 80 hingga 150 hari.
Taksonomi:
Nama Saintifik : Zea mays L.
Nama Tempatan : Jagung bijian
Keluarga : Poaceae /Graminaceae
Order : Cyperales/Graminae
Varieti Jagung Bijian yang ditanam Di Malaysia:
Kaedah Penanaman Jagung Bijian di Ladang
Jarak Tanaman yang disyorkan menggunakan mesin penanam ialah 20cm dalam baris x 75cm atara baris. Kepadatan tanaman adalah sebanyak 66,666 pokok sehektar. Sebanyak 18-20kg biji benih diperlukan untuk sehektar kawasan penanaman jagung bijian. Walaubagaimanapun, jarak tanaman adalah bergantung kepada kepada varieti yang dipilih.
Pembajaan Jagung Bijian
1. Pembajaan di Tanah Sawah:
2. Pembajaan di Tanah Bris:
3. Pembajaan di Tanah Gambut:
4. Pembajaan di Tanah Mineral: