Varieti-varieti halia :
|
|
|
|
|
|
Penyediaan Bahan Tanaman
Plant Media
Terdapat pelbagai jenis campuran media yang boleh digunakan untuk tanaman halia secara fertigasi. Bagi kebanyakan sistem penanaman secara fertigasi, media tanaman yang biasa digunakan adalah cocopeat kerana ia mudah diperolehi, murah dan lebih mesra alam. Cocopeat adalah media tanaman yang bersifat penyerap air (water absorbent) yang mampu menyimpan air didalamnya termasuk air yang mengandungi baja tanaman dalam sistem fertigasi. Saiz partikel cocopeat mempengaruhi daya pegangan air. Cocopeat yang bersaiz halus akan menyebabkan media menjadi sangat lembap dan mempengaruhi tumbesaran pokok. Cocopeat juga mempunyai pH 5.6 – pH 6.5 sangat sesuai untuk pertumbuhan akar tanaman.
Selain daripada media cocopeat, media sekam padi bakar juga boleh digunakan kerana ia mudah didapati. Kedua-dua media tanaman ini boleh dicampurkan dengan nisbah campuran cocopeat dan sekam padi bakar pada kadar 70 : 30 atau 60 : 40 bergantung pada kesesuaian media (saiz partikel cocopeat). Media cocopeat perlu dibilas dengan air bersih terlebih dahulu bagi menyingkirkan kandungan garam terlarut yang terdapat di dalam media sebelum penanaman dijalankan.
Polibeg
Saiz polibeg yang disyorkan berukuran 24” lebar x 16” tinggi. Media diisi sebanyak 2/3 isipadu dari aras ketinggian polibeg. 3-4 lubang kecil untuk laluan lebihan larutan baja dibuat 5 cm dari dasar polibeg. Polibeg disusun rapat kiri dan kanan bagi membentuk barisan tanaman dengan jarak antara barisan tanaman 40 cm bergantung kepada kesesuaian.
Pengurusan Pembajaan Fertigasi
Larutan Stok Baja
Tanaman memerlukan 16 unsur nutrien di mana terdiri daripada unsur akro dan mikro yang penting untuk pertumbuhan tanaman yang baik. Unsur makro adalah unsur yang diperlukan dalam kuantiti yang lebih banyak berbanding dengan unsur mikro yang hanya diperlukan dalam kuantiti yang sedikit tetapi sangat penting bagi pertumbuhan dan kesuburan tanaman. Unsur asas bukan mineral seperti oksigen (O), hidrogen (H) dan karbon (C) diperolehi dari udara dan air dan membentuk 94-96% daripada berat kering tanaman. Unsur makro terdiri daripada nitrogen (N), fosforus (P), kalium (K), kalsium (Ca), sulfur (S) dan magnesium (Mg). Bagi unsur mikro pula adalah seperti ferum (Fe), molibdenum (Mo), mangan (Mn), boron (B), zink (Zn), kuprum (Cu) dan klorin (Cl). Kepekatan unsur makro dan mikro ini adalah berbeza berdasarkan jenis dan varieti tanaman. Formulasi kepekatan unsur diadunkan daripada sumber baja tunggal yang 100% larut air berdasarkan pengesyoran formulasi pembajaan melibatkan 2 bahagian iaitu baja set A dan set B.
Jadual 1: Pengesyoran Formulasi Baja Set A dan Set B bagi Tanaman Halia Jabatan Pertanian
Gambar : Kaedah membuat 100-liter larutan stok baja A & B
Baja fertigasi set A dan set B hendaklah disediakan berasingan bagi mengelakkan berlakunya tindakbalas kimia di antara unsur kalsium dengan fosfat dan unsur kalsium dengan sulfat yang menyebabkan pembentukan mendakan kristal kalsium sulfat (CaSO4) dan kalsium fosfat (Ca3(PO4)2). Untuk menyediakan larutan stok baja, set A dan B dilarutkan masing-masing di dalam sejumlah air yang sama kuantiti pada tong yang berasingan (stok A dan stok B). Kaedah melarutkan set baja A adalah dengan cara mengisi 2/3 daripada 100 liter air ke dalam tong stok A dan seterusnya baja set A dimasukkan dan dilarutkan dengan cara mengacau larutan tersebut. Apabila semua baja telah larut, masukkan air ke dalam tong stok A sehingga mencapai paras 100 liter. Seterusnya bagi kaedah melarutkan baja set B, ulangi langkah di atas dengan menggunakan baja set B dan dilarutkan di dalam tong stok B.
Bagi menyediakan larutan baja di dalam tangki pada kepekatan EC (Electrical Conductivity) tertentu, kedua-dua larutan stok A dan stok B tidak boleh dicampurkan serentak ke dalam tangki air. Larutan stok perlu dituang dan dikacau secara berasingan bagi mengelakkan tindakbalas kimia yang mewujudkan sebatian lain yang tidak larut dan menyebabkan
berlakunya pemendakan. Larutan stok perlu disimpan di tempat yang terlindung daripada sinaran cahaya matahari.
Selain pengesyoran formulasi seperti di Jadual, terdapat juga set baja A dan B dijual di pasaran dengan pelbagai formulasi campuran untuk pelbagai tanaman. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kemungkinan yang boleh berlaku apabila menggunakan baja di pasaran dari segi kesesuaiannya sama ada ia sesuai untuk digunakan ataupun memerlukan sedikit penambahbaikan formulasi bagi memenuhi keperluan nutrien untuk pertumbuhan tanaman halia yang baik.
Gambar 1 : Tong larutan stok baja dengan kapasiti 100 liter dan dilabel Stok A dan Stok B
Gambar 2 : Tangki air baja dan air bersih
Gambar 3 : Stok A & Stok B ditambah dan dikacau di dalam tangki baja secara berasingan
Gambar 4 : EC Meter digunakan bagi mengambil bacaan kepekatan EC tangki baja
Fertilization
Bacaan EC (Electrical Conductivity) atau sukatan air baja yang disyorkan adalah 1.0 mS/cm pada minggu pertama dan dinaikkan sedikit demi sedikit sehingga mencapai 2.6 mS/cm di akhir musim penanaman seperti di Jadual 12. Pengairan baja pada minggu pertama dilakukan sebanyak 300 ml/hari dipecahkan mengikut kekerapan 1 – 2 kali sehari (contoh: kekerapan 2 kali iaitu 150 ml/pengairan). Bermula pada minggu kedua dan seterusnya, pengairan baja dilakukan mengikut umur pokok dan ditingkatkan mengikut kekerapan 4 – 8 kali sehari (bergantung kepada cuaca) sehingga mencapai 1.050 liter/hari.
Jadual 2: jadual Pembajaan Fertigasi Untuk tanaman halia (1000 Polibeg)
Nota:
* Pengairan baja bagi halia (muda) dihentikan selepas minggu ke-20 penanaman, pemberian air kosong dilakukan sehingga 2 minggu sebelum penuaian.
** Pengairan baja bagi halia (tua) dihentikan selepas minggu ke 32 – 36 penanaman, pemberian air kosong dilakukan sehingga 2 minggu sebelum penuaian.
Cuaca panas di kawasan tanah rendah akan menyebabkan berlakunya kenaikan EC media yang tidak terkawal seandainya kawalan air tidak diuruskan dengan baik dan kejadian ini menyebabkan pertumbuhan tanaman akan terjejas.
Oleh itu, bacaan EC di dalam media tanaman hendaklah dipantau dari semasa ke semasa untuk memastikan bacaan EC daripada tangki larutan baja dan EC media tanaman tiada perbezaan yang ketara.
Nilai perbezaan bacaan EC hendaklah tidak melebihi 1.0 – 1.2 unit (mS/cm). Sekiranya EC media lebih tinggi iaitu melebihi 1.0 – 1.2-unit (mS/cm) berbanding EC di dalam tangki larutan, pengairan baja digantikan dengan pemberian air kosong bagi menurunkan bacaan EC media tersebut.
Kawalan Serangga Perosak
Nama Perosak | Simptom/Tanda | Syor Pengurusan |
Ulat pengorek Conogethes punctiferalis | Larva mengorek bahagian batang dan pucuk menyebabkan pokok menjadi kuning, layu dan mati | Buang dan musnahkan bahagian yang diserang pada peringkat awal untuk mengawal populasi perosak. Perhatian: Tiada pengesyoran penggunaan racun kimia (perawis aktif) yang berdaftar bagi mengawal perosak ini terhadap tanaman halia. |
Koya Dysmicoccus | Dewasa dan nimfa berwarna putih menyerang dengan menghisap cairan sap pada bahagian daun, batang dan pangkal pokok. | Buang dan musnahkan bahagian yang diserang pada peringkat awal untuk mengawal populasi perosak Sembur dengan minyak kayu putih. Perhatian: Tiada pengesyoran penggunaan |
Ulat gulung daun Udaspes folus | Larva menyerang dengan memakan bahagian daun dan menggulung daun sebagai tempat perlindungan | Buang dan musnahkan bahagian yang diserang pada peringkat awal untuk mengawal populasi perosak Perhatian: Tiada pengesyoran penggunaan racun kimia (perawis aktif) yang berdaftar bagi mengawal perosak ini terhadap tanaman halia. |
Jadual 3: Jenis dan simptom serangan serangga perosak tanaman halia serta syor pengurusan/kawalan
Kawalan Penyakit dan Patogen
Nama Penyakit dan Patogen | Simptom/ Tanda | Syor Pengurusan |
Layu Bakteria Ralstonia
|
| Gunakan bahan tanaman dan media yang bebas penyakit. Buang dan musnahkan bahagian tanaman yang diserang. Pastikan saliran berfungsi dengan baik. Pastikan sisa tanaman dibersihkan sebelum memulakan penanaman baharu. Amalkan penggiliran tanaman (tanaman daripada keluarga berbeza) Perhatian: Tiada pengesyoran penggunaan racun kimia (perawis aktif) yang berdaftar bagi mengawal penyakit ini terhadap tanaman halia. |
Reput Lembut Dickeya |
| Gunakan bahan tanaman Buang dan musnahkan Elakkan kecederaan pada rizom terutama semasa penanaman atau penyelenggaraan tanaman. Pastikan saliran berfungsi dengan baik. Pastikan sisa tanaman dibersihkan sebelum memulakan penanaman Amalkan penggiliran tanaman (tanaman daripada keluarga berbeza) Perhatian: Tiada pengesyoran penggunaan racun kimia (perawis aktif) yang berdaftar bagi mengawal penyakit ini terhadap tanaman halia. |
Bintik Daun/ Pyricularia |
| Gunakan bahan tanaman dan media yang bebas penyakit. Buang dan musnahkan bahagian tanaman yang diserang. Amalkan penggiliran tanaman (tanaman daripada keluarga berbeza). Perhatian: Tiada pengesyoran penggunaan racun kimia (perawis aktif) yang berdaftar bagi mengawal penyakit ini terhadap tanaman halia. |
Bintik Daun/ Phoma zingiberis |
| Gunakan bahan tanaman dan media yang bebas penyakit. Buang dan musnahkan bahagian tanaman yang diserang. Pastikan saliran berfungsi Pastikan sisa tanaman dibersihkan sebelum memulakan penanaman baharu. Amalkan penggiliran tanaman (tanaman daripada keluarga berbeza). Kawalan kimia: Lakukan drenching menggunakan racun kulat. Rawatan benih secara dipping dengan menggunakan racun kulat sebelum penanaman. Perhatian: Tiada pengesyoran penggunaan racun kimia (perawis aktif) yang berdaftar bagi mengawal penyakit ini terhadap tanaman halia. |
Reput lembut/ Pythium Pythium Pythium |
| Gunakan bahan tanaman dan media yang bebas penyakit. Buang dan musnahkan bahagian tanaman yang diserang. Pastikan saliran berfungsi dengan baik (elakkan kawasan bertakung). Pastikan sisa tanaman dibersihkan sebelum memulakan penanaman baharu. Amalkan penggiliran tanaman (tanaman daripada keluarga berbeza). Kawalan kimia: Rawatan benih secara dipping dengan menggunakan racun kulat sebelum penanaman. Perhatian: |
Reput rizom/
|
| Gunakan bahan tanaman dan media yang bebas penyakit.
|
Kawalan Nematode
PEROSAK | SIMPTOM | SYOR PENGURUSAN |
Root Knot nematode (Meloidogyne spp.) |
| Gunakan bahan tanaman bebas nematod. Gunakan racun nematod mengikut kadar pada label |
Reniform nematode (Rotylenchulus |
| |
Burrowing nematode (Radopholus similis) |
| Gunakan bahan tanaman bebas nematod. Rawat bahan tanaman dengan rendaman air pada suhu 50°C @ 10 minit. Amalkan penggiliran tanaman (ubi kayu / keladi). Gunakan racun nematod mengikut kadar pada label. Perhatian: |
Lesion nematode (Pratylenchus spp.) |
|
TAKSONOMI TANAMAN
Nama Saintifik | Hibiscus sabdariffa L. |
Nama Vernakular | Asam paya, asam susur, asam kundang |
Famili | Malvaceae |
Genus | Hibiscus |
Spesis | sabdariffa L |
KULTIVAR YANG DISYORKAN
Terdapat empat (4) varieti tanaman rosel yang telah didaftarkan di bawah Jabatan Pertanian Malaysia iaitu:
Walau bagaimanapun, setelah membuat kajian dan pemerhatian, varieti yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia untuk penanaman secara komersial ialah UMKL 1 (HS2).
lanya adalah hasil pembiakbakaan yang dijalankan oleh pihak Universiti Malaya dan didapati tumbuh dengan baik di Malaysia. Di antara ciri-ciri varieti yang baik ialah berupaya mengeluarkan hasil yang tinggi, buah yang berkualiti dan tahan terhadap serangan penyakit.
Antara ciri-ciri pokok rosel UMKL 1 adalah pokoknya tumbuh menegak, boleh mencapai sehingga 2-meter tinggi dan akan melentur rebah apabila berbuah. Dahan dan tangkai daun rosel berwarna merah. Daun berwarna hijau, 7 – 15 cm panjang dan berbentuk tapak tangan dengan tiga cuping yang runcing di hujungnya.
Bunga rosel keluar dari sendi daun berwarna kuning muda dan merah jambu. Buahnya berwarna merah dan mempunyai 5 kaliks yang boleh mencapai ukuran 4 – 5 cm apabila matang. Di bahagian tengahnya terdapat kapsul yang berisi biji benih rosel yang berbentuk seperti ginjal. lanya berwarna putih kekuningan dan bertukar menjadi warna perang setelah matang.
Gambar 1 : Tanaman Rosel
Hanya sebaris anak pokok ditanam atas setiap batas. Jarak antara pokok dalam baris yang disyorkan ialah 60 cm untuk tanah BRIS dan 90 cm untuk tanah mineral.
Jarak antara baris adalah bersamaan dengan saiz batas, iaitu 150 cm. Dengan jarak ini kepadatan pokok ialah 11,100 pokok sehektar di tanah BRIS dan 7,400 pokok di tanah mineral.
Untuk tanah mineral, biji benih rosel boleh disemai terus ke ladang dengan dua atau tiga biji benih disemai ke dalam lubang yang telah digaul bahan organik terlebih dahulu.
Anak pokok yang berlebihan hendaklah dibuang 1 – 2 minggu selepas disemai atau dipindah. Bagi pokok yang mati, ianya perlulah disulam semula. Tinggalkan hanya satu pokok bagi setiap lubang.
Baja organik seperti tinja ayam proses sangat diperlukan di tanah BRIS. Sebanyak 10 – 20 tan/ha adalah disyorkan bagi tanah BRIS yang baru dibuka dan 3 – 5 tan/ha untuk tanah mineral.
Baja ini perlu digaul secara manual di dalam lubang penanaman atau digaul dengan alat jentera sedalam 20 cm dan selebar 30 cm di atas batas. Sekiranya menggunakan sungkupan plastik pantul cahaya, baja organik perlu digaul di atas batas, disiram dan dibiarkan selama 3 – 5 hari sebelum batas tersebut ditutup.
Pada peringkat awal pertumbuhan pokok, baja sebatian NPK 15:15:15 disyorkan.
Setelah pokok berumur 50 hari, baja sebatian 12:12:17:2 sesuai digunakan. Jika terdapat tanda kekurangan N (terutamanya di tanah BRIS) baja urea boleh digunakan untuk meningkatkan kadar N.
Anggaran keperluan baja sebatian bagi tanah BRIS adalah 1- 1.5 tan/ha dan 0.5 – 0.6 tan/ha bagi tanah mineral. Kadar pembajaan di tanah mineral adalah seperti Jadual 1 dan tanah BRIS di Jadual 2.
Hari lepas Tanam | Jenis Baja | Kadar baja (g/pokok) |
20 | NPK 15:15:15 | 10 |
50 | NPK 12:12:17:2 | 20 |
80 | NPK 12:12:17:2 | 20 |
110 | NPK 12:12:17:2 | 20 |
Jadual 1 : Kadar pembajaan di tanah mineral
Hari lepas Tanam | Jenis Baja | Kadar baja (g/pokok) |
7 | NPK 15:15:15 | 5 |
14 | NPK 15:15:15 | 5 |
28 | NPK 15:15:15 | 5 |
35 | Urea | 10 |
42 | NPK 15:15:15 | 10 |
56 | NPK 12:12:17:2 | 15 |
70 | NPK 12:12:17:2 | 15 |
90 | NPK 12:12:17:2 | 15 |
104 | NPK 12:12:17:2 | 15 |
118 | NPK 12:12:17:2 | 20 |
132 | NPK 12:12:17:2 | 20 |
Jadual 2 : Kadar pembajaan di tanah pasir seperti tanah BRIS dan tanah bekas lombong
Secara umumnya, tanaman rosel kurang mengalami masalah perosak dan penyakit yang serius kerana ia rintang terhadap perosak dan penyakit. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perosak dan penyakit yang telah dikenalpasti menyerang tanaman rosel.
Pendekatan yang paling berkesan dalam pengurusan perosak adalah secara Pengurusan Perosak Bersepadu (PPB) yang merupakan objektif utama dalam amalan pertanian baik (APB). Kawalan secara mesra alam ini mengambil faktor ekologi, biologi dan amalan agronomi.
Gambar 2 : Serangan perosak di ladang
Taksonomi Tanaman
Nama Saintifik | Eurycoma longifolia Jack
|
Nama Vernakular | Bedara merah, bedara pahit, bedara puteh, lempedu pahit, pasak bumi, payung ali, petala bumi, penawar pahit, tongkat ali, tongkat baginda, setunjang bumi |
Famili | Simaroubaceae |
Genus | Eurycoma |
Species | E. longifolia Jack dan E. apiculata A.W. Bennett |
Penanaman di Ladang
Bagi aktiviti penanaman, saiz lubang yang dicadangkan adalah berukuran 30 cm x 30 cm x 30 cm dan diletakkan baja asas sebanyak 100 g Triple Super Phosphate (TSP), 100 g kapur Ground Magnesium Limestone (GML) dan 50 g baja organik.
Sistem Penanaman
Di habitat semulajadi, tongkat ali didapati tumbuh di bawah naungan. Tanaman ini juga didapati boleh hidup walaupun ditanam secara tunggal dan terdedah terus kepada cahaya matahari. Ia boleh ditanam sebagai tanaman selingan bersama tanaman kelapa, getah dan tanaman kekal.
a) Jarak Tanaman Disyorkan Bagi Sistem Penanaman Tunggal
Pada masa ini masih belum terdapat sebarang pengesyoran tentang jarak tanaman yang optimum. Walau bagaimanapun jarak tanaman yang biasa diamalkan adalah 1 meter dalam barisan dan 2 meter di antara barisan. Jarak ini memberikan kepadatan tanaman 5,000 pokok/ha.
b) Jarak Tanaman Disyorkan Bagi Sistem Penanaman Integrasi
Jarak tanaman di antara dan di dalam baris bagi tanaman tongkat ali adalah bergantung kepada rekabentuk sistem tanaman ataupun pemilihan spesis.
Fertilization
Sehingga kini masih belum terdapat rejim pembajaan untuk pengesyoran tanaman tongkat ali. Walau bagaimanapun sebagai pengesyoran awal, baja dan kadar yang boleh digunakan bagi pokok yang berumur 1 tahun di ladang ialah baja sebatian kimia NPK 15:15:6:4 pada kadar 400 g/pokok setahun pada tahun pertama.
Kadar tersebut akan meningkat apabila pokok tongkat ali semakin membesar iaitu 800 g/pokok pada tahun kedua penanaman, 900 g/pokok pada tahun ketiga penanaman dan 1,200 g/pokok pada tahun keempat penanaman.
Pembajaan diberikan dalam bentuk 4 pecahan setahun pada kadar yang sama mengikut jumlah setiap tahun yang telah disyorkan. Program pembajaan adalah seperti yang dinyatakan di dalam Jadual 1.
Bil. | Umur Tongkat Ali (Tahun) | Jenis Baja | Kadar (g/pokok/tahun) | Pusingan |
1 | 1 | NPK 15:15:6:4 | 400 | 4 Pusingan |
2 | 2 | NPK 15:15:6:4 | 800 | 4 Pusingan |
3 | 3 | NPK 15:15:6:4 | 900 | 3 Pusingan |
4 | 4 | NPK 15:15:6:4 | 1200 | 3 Pusingan |
Jadual 1 : Program pembajaan tanaman tongkat ali
Pengurusan Perosak dan penyakit
Tanaman tongkat ali diperkenalkan kepada umum untuk mengekalkan kelestariannya sebagai satu tanaman herba yang penting di Malaysia. Melalui pemerhatian, tanaman ini kurang mengalami masalah perosak dan penyakit yang serius seiring dengan pengurusan ladang yang baik. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perosak dan penyakit dikenalpasti telah menyerang tanaman tongkat ali.
Bagi mengurangkan risiko serangan penyakit dan perosak yang serius, amalan pemantauan dan pengawalan secara berkala harus dititikberatkan.
Pendekatan yang paling praktikal dalam pengurusan perosak adalah secara Pengurusan Perosak Bersepadu (PPB) yang juga merupakan objektif utama dalam amalan pertanian baik (APB). Kawalan secara mesra alam adalah mengambil kira faktor ekologi, biologi dan amalan agronomi.
Sehingga kini, masih tiada lagi pengesyoran racun kimia bagi kawalan perosak dan penyakit tanaman tongkat ali.
Jenis-jenis perosak dan kawalan
Bil. | Perosak (Nama biasa dan saintifik) | Bahagian serangan dan tanda/simptom | Syor pengurusan Perosak |
1. | Ulat harimau Atteva sciodoxa | Larva ulat harimau sering memakan pucuk dan daun muda dengan agresif. Dalam jumlah yang banyak, ia mampu merosakan pokok sehingga meninggalkan rangka sahaja. Serangan yang serius, terutamanya pada anak benih boleh menyebabkan pertumbuhan terbantut dan mati. Populasi ulat perosak ini meningkat pada musim tertentu, biasanya apabila pokok mula mengeluarkan pucuk muda dan di akhir musim hujan. | Beberapa pendekatan boleh dilakukan bagi mengawal populasi larva perosak ini seperti secara biologi dan mekanikal. Agen biologi komersil seperti kulat entomopatogen Metarhizium anisopliae dan bakteria Bacillus thuringiensis (Bt) boleh digunakan mengikut cadangan pengeluar. Jika populasi ulat perosak tersebut rendah, kawalan secara mekanikal boleh dipertimbangkan. Ia dilakukan dengan mengutip secara manual menggunakan tangan. |
2. | Teritip Coccus viridis | Pokok yang diserang kelihatan pudar dan lama – kelamaan diselaputi sepenuhnya kulapuk hitam. Serangan yang teruk akan mengakibatkan pokok lain yang diselaputi kulapuk hitam. Daun menjadi layu, kering, gugur dan akhirnya tinggal ranting yang telah mati. Perosak ini akan memusnahkan pokok muda pada usia 2 tahun pertama selepas pemindahan anak benih ke kawasan tanaman. | Kaedah kawalan secara kultura adalah dengan memastikan semua anak pokok yang bakal dipindah ke kawasan tanaman diperiksa dengan teliti dan diasingkan sekiranya diserang. Gunakan kawalan secara organik menggunakan campuran bahan air bersih, sabun, minyak neem dan disemburkan di dipermukaan bawah daun |
3. | Ulat pengorek batang Zeuzera sp | Ulat ini dapat dikesan dengan terdapatnya lubang-lubang pernafasan di bahagian dahan pada jarak tertentu. Dari lubang ini keluar lelehan air beserta gumpalan najis (fras) yang selalunya berwarna perang kemerahan. Gumpalan najis juga dapat dilihat di atas tanah di bawah dahan yang diserang. Dahan-dahan kecil yang dikorek menjadi layu dan mati. | Bagi pokok yang rendah, pengawalan dilakukan dengan mencantas dan memusnahkan dahan atau ranting yang diserang. |
4. | Anai-anai Coptotermes sp. | Anai-anai memakan bahagian akar, batang dan dahan yang akan menyebabkan bahagian ini mati. Serangan ini seterusnya akan mengakibatkan pokok mati rosot, daun layu, kuning dan gugur. Pokok yang lemah sering diserang. | Semasa melakukan kerja-kerja pembersihan kawasan sebelum menanam, adalah disyorkan supaya semua bahan sisa tanaman seperti banir, dahan dan ranting dikutip dan dibakar. Amalan ini dapat mengurangkan kesan serangan serangga dan penyakit termasuk anai-anai. |
Jenis-jenis penyakit dan kawalan
Bil. | Penyakit | penyebab | Simptom | Syor Kawalan |
1. | Antraknos | Kulat Collectotrichum sp. | Bintik kuning pada permukaan daun, lesion dan akhirnya menjadi nekrotik. | Buang dan bakar bahagian yang terkena serangan. |
2. | Jeragat
| Kulat Cladosporium, Aureobasidium, Limacinula, Scorias dan Capnodium | Permukaan daun hitam kelabu dan berkerak seperti dicat. | Buang dan bakar bahagian yang terkena serangan cantasan pada dahan dan kawalan secara organik |
3. | Bintik Alga | Kulat Cephaleuros virescens | Bintik alga leper berwarna hijau kelabu hingga ke warna hijau perang dan kadang kala keperangan. | Buang dan bakar bahagian yang terkena serangan, cantasan pada dahan dan kawalan secara organik. |
4. | Sindrom mati mengejut | Kulat Fusarium sp. dan Lasiodiplodia theobromea | Daun menjadi pudar warna, layu dan mengarah keatas. Daun- daun kemudian menjadi kering dan gugur. Kayu pada bahagian akar dijangkiti akan mengalami perubahan warna kepada kuning keperangan | Kemunculan gejala pada peringkat yang lewat dan agen penyebab yang belum dapat dikenalpasti menyebabkan penyakit ini sukar untuk dirawat. Walaupun begitu, kerebakan penyakit ini dapat dicegah jika keseluruhan pokok yang dijangkiti termasuk sistem akar dimusnahkan secepat mungkin. |
Jabatan Pertanian Malaysia,
Bahagian Pengembangan Pertanian,
Wisma Tani, Aras 8, Blok 4G2, No. 30,
Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62624, Putrajaya, Malaysia.
Telephone : 03 – 8870 3439
Email : epengembangan@doa.gov.my
Hari Ini : 12
Semalam : 258
Jumlah Pelawat : 60,675
Tarikh Kemaskini: 26 February 2024
Best view using the latest versions of Google Chrome and Mozilla Firefox browsers.