Agropelancongan adalah aktiviti pelancongan yang berkaitan sektor pertanian iaitu berasaskan tanaman, ternakan, perikanan, industri asas tani (IAT) dan kraftangan.
Projek Membina dan Menaik Taraf Infrastruktur Pusat Agropelancongan merupakan program Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI). Ia dilaksanakan oleh semua agensi dan jabatan dibawah MAFI termasuk Jabatan Pertanian. Program ini bertujuan untuk:
a. Memperkasakan aktiviti ekonomi dan keusahawanan masyarakat tani yang terdiri daripada petani, penternak dan nelayan dengan mempelbagaikan
sumber pendapatan mereka.
b. Membuka peluang pekerjaan baharu kepada penduduk setempat.
Program ini dipertimbangkan kepada setiap pengusaha berdasarkan kriteria seperti berikut:
a. Warganegara Malaysia
b. Petani, penternak dan nelayan yang sedang menjalankan aktiviti pengerluaran makan seperti:
i. Tanaman
ii. Perikanan
iii. Penternakan
iv. Pemprosesan makanan
c. Entiti perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sayrikat Malaysia (SSM) sama ada di Bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] atau enterprise yang diperbadankan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 [Akta 197].
d. Koperasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
e. Pertubuhan yang berdaftar dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
f. Pertubuhan Bukan Kerajaan yang berdaftar dengan Jabatan Pertubuhan Malaysia
g. Pengusaha-pengusaha dibawah kategori pengusaha kecil dan mikro yang memperolehi nilai jualan tahunan kurang atau tidak melebihi RM3 juta
Keutamaan diberikan kepada pusat-pusat agropelancongan seperti berikut:
a. Telah dibangunkan dimana aktiviti pertanian telah dijalankan dan berpotensi untuk menerima kunjungan pengunjung
b. Menerapkan elemen pelancongan dimana pengunjung dapat merasai aktiviti-aktiviti yang dijalankan serta mengenali secara lebih dekat khazanah warisan bangsa, keunikan budaya serta tradisi masyarakat setempat (feel), menikmati hidangan unik mengikut negeri (taste) dan berinteraksi dengan hidupan/haiwan tenakan (catch)
c. Belum pernah diluluskan bantuan geran agropelancongan oleh MAFI
d. Telah menunjukkan prestasi perniagaan pertanian yang baik sekurang-kurangnya satu tahun dan tidak diisytiharkan muflis
Program ini menawarkan bantuan bagi membina dan menaiktaraf infrastruktur seperti berikut;
a. Jalan crusher run, mini tar dan pembaikan laluan masuk
b. Pembinaan danmenaiktaraf surau
c. Pembinaan dan menaiktaraf dewan. galeri jualan tandas awam dan pusat informasi pengunjung
d. Pengindahan landskap
e. Pembinaan longkang/perparitan dan sistem perpaipan dalam kawasan
f. Pembinaan dan menaiktaraf papan tanda
g. Lain-lain skop kerja bina dan naiktaraf yang mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Agropelancongan, MAFI
Permohonan boleh dibuat melalui Pejabat Pertanian Daerah terdekat atau negeri dimana usahawan beroperasi. Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Seksyen Industri Asas Tani
Bahagian Pengembangan Pertanian
Jabatan Pertanian Malaysia
Dokumen PDF:Garis Panduan Geran Pemadanan