Antara varieti bunga Kekwa yang disyorkan adalah Kekwa komersil seperti:
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kawasan untuk menanam kekwa perlu dibersih dan diratakan. Batas-batas 25 m panjang, lebar 1.2 m dan tinggi 0.25 m serta ruang jalan selebar 25 cm hingga 50 cm disediakan. Sekiranya kawasan telah berkali-kali ditanam dengan kekwa, pembajakan tanah perlu dilakukan dan perlu diberi rawatan tanah dengan menggunakan dazomet sebelum membuat batas.
Sebelum keratan anak benih ditanam, jaring sokongan dibentang di atas batas. Jaring sokongan yang digunakan ialah jenis nilon yang mempunyai 9 atau 12 lubang/ukuran lebar batas dengan setiap ruang berukuran 5 x 5 inci (12.7 cm x 12.7 cm). Keratan yang telah berakar dipindah dan ditanam di bahagian tengah ruang jaring sokongan. Jaring akan dinaikkan mengikut ketinggian pokok bagi memastikan pokok tidak condong, membengkok atau rebah.
Tanaman kekwa memerlukan pembajaan yang mencukupi bagi mengeluarkan hasil yang baik dan berkualiti. Pada peringkat vegetatif, pembajaan yang tinggi kandungan Nitrogen (N) dan Kalium (K) sangat diperlukan terutamanya pada dua bulan pertama. Semasa penyediaan batas, pembajaan asas seperti baja organik digaul bersama ke dalam tanah. Pemberian baja seterusnya diberikan berdasarkan peringkat pertumbuhan tanaman.
Disyorkan pemberian baja dilakukan dengan 3 pecahan iaitu pada penyediaan batas, 30 hari dan 50 hari selepas tanam. Pemberian baja foliar juga diberikan agar keperluan nutrien tanaman dapat dipenuhi.
Jadual pembajaan pokok kekwa yang disyorkan adalah seperti di Jadual 3.
Tidak sesuai kerana di tanah rendah, suhu adalah lebih tinggi dan kadar kelembapan adalah rendah. Suhu yang sesuai untuk penanaman kekwa di bawah struktur pelindung hujan (SPH) adalah di antara 16 C-25 C dengan taburan hujan tahunan di antara 6500-9500 mm setahun. Manakala kelembapan relatif pula adalah diantara 70%-85%. Kelembapan memainkan peranan yang penting untuk pengeluaran bunga kekwa yang berkualiti.
Modal permulaan untuk membangunkan 1 hektar ladang kekwa adalah sebanyak RM2.26 juta dengan tempoh pulangan modal sekurang-kurangnya 3 tahun.
Terdapat 2 sistem pengairan yang perlu diamalkan di ladang bunga kekwa iaitu sistem renjis dan sistem titis.
Pada peringkat semaian, pengusaha digalakkan untuk mengunakan sistem pengairan jenis perenjis mikro (micro sprinkler) dengan kadar alir di antara 55 liter sejam LPH (Liter per hour) hingga 240 LPH. Perenjis jenis ini dapat memberikan siraman air yang lebih seragam, saiz droplet lebih halus dan penggunaan sumber air yang minima. Sistem jenis ini juga digunakan pada pokok kekwa yang ditanam pada batas di ladang di dalam Struktur Pelindung Hujan (SPH) pada usia 18 hingga 52 hari.
Bagi pengusaha yang memindahkan anak pokok ke dalam pasu pada usia lebih dari 16 hari, sistem pengairan titis fertigasi adalah disyorkan. Pengairan titis jenis Arrow Dripper dengan kadar alir 2 liter sejam (LPH) dapat menyalirkan air dan baja dengan kadar yang lebih tepat dan menjimatkan. Walau bagaimanapun, penggunaan sistem ini memerlukan pengusaha untuk membuat kerja-kerja pembilasan (flushing) dengan air yang bersih sekali setiap dua minggu.
Pokok kekwa tidak boleh disiram secara berlebihan bagi mengelakkan masalah penyakit terutama pada akar dan pangkal pokok. Pengusaha perlu menyediakan saliran yang baik bagi mengeluarkan air yang berlebihan dengan segera terutama bagi pokok yang ditanam pada batas tanah. Sebaik-baiknya daun dan bunga tidak terkena air siraman pada peringkat pokok mula mengeluarkan kudup bunga.
Terdapat lebih daripada 10 genus orkid yang biasa ditanam komersil di Malaysia. Berikut adalah antara genus orkid komersil yang terdapat di Malaysia:
Dendrobium | Oncidium | Cattleya | Arachnis |
Vanda | Renanthera | Phalaenopsis |
Manakala varieti yang sangat popular dan sesuai untuk pasaran eksport adalah varieti Mokara, iaitu merupakan hybrid antara 3 genus orkid berbeza iaitu Ascocentrum, Vanda dan Arachnis (Asctm x Arach x V).
Mokara merupakan orkid komersil yang sesuai dipasarkan dalam bentuk bunga keratan kerana kebolehupayaannya tahan lama, struktur batang yang kukuh dan kuntum bunga tidak mudah gugur.
Orkid Mokara
Sebelum penanaman orkid dilakukan, kawasan perlu dibajak sedalam 20-30 cm dan batas selebar 1 meter dibina. Lurah atau parit kecil sedalam 10 cm dibina di atas batas. Campuran ketulan batu granit dan pecahan batu bata ditabur ke dalam lurah. Keratan pokok orkid ditanam di atas campuran batu bata tersebut pada jarak 10-20 cm dalam baris. Pokok orkid diikat pada tali sokongan supaya stabil dan tidak bergoyang. Pangkal pokok orkid disungkup dengan sabut untuk mengekalkan kelembapan. Sungkupan juga akan menggalakkan pertumbuhan akar. Batas sepanjang 3 meter dapat menempatkan lebih kurang 30 pokok orkid yang ditanam pada jarak 10 cm.
Keperluan pembajaan tanaman orkid bergantung kepada keadaan dan peringkat pertumbuhan pokok. Orkid memerlukan unsur-unsur Nitrogen, Fos- forus, Kalium, Magnesium, Kalsium, Sulfur, serta nutrien surih seperti Manganam, Zink, Ferum, Boron, Kuprum dan Molibdenum bagi membolehkan ia tumbuh dengan baik. Kekurangan unsur-unsur tersebut akan menyebabkan tanda- tanda berikut:-
Nitrogen | Daun-daun tua menunjukkan warna hijau kekuningan dan secara perlahan-lahan merebak ke seluruh pokok. Daun-daun baru akan bersaiz kecil dan pokok terbantut. |
Fosforus | Daun-daun tua akan menjadi kemerahan dan ungu disepanjang urat daun. Pertumbuhan pokok terbantut dan lambat berbunga. |
Kalium | Daun kelihatan kering ditepinya dan keadaan tersebut perlahan-lahan pergi ke pangkal daun. Pokok kelihatan layu seolah-olah kekurangan air. |
Magnesium | Daun tua nampak kekuningan/kecoklatan dari tepi daun dan merebak ke hujung dan pangkal daun. |
Kalsium | Daun-daun muda bertukar menjadi coklat dan kering dihujungnya. Kekurangan ini menyebabkan pertum- buhan pokok terencat. |
Sulfur | Daun-daun muda menjadi kuning dan merebak ke daun-daun tua. |
Ferum | Kekurangan unsur surih seperti Ferum menyebab- kan urat-urat daun menjadi hijau muda. Daun-daun menjadi kecil atau deform dan gugur. |
Boron | Kekurangan unsur Boron pula akan menyebabkan timbulnya bintik-bintik hitam di bahagian bawah ruas setiap batang pokok. Ruas batang menjadi lebih pendek manakala daun menjadi tebal tetapi mudah patah (rapuh). |
Terdapat berbagai jenis baja kimia yang boleh digunakan untuk mem- baja orkid. Status kandungan unsur-unsur yang perlu diketahui bagi memenuhi keperluan peringkat-peringkat pertumbuhan orkid adalah seperti berikut:
Anak benih | Memerlukan unsur Nutrien N antara 3-4 kali ganda dari unsur P atau K. |
Pokok belum berbunga | Memerlukan kadar N:P:K yang seimbang seperti 30:30:30. Diberikan 2-3 kali seminggu. Penyemburan pada separuh kadar diatas yang dilakukan setiap hari boleh mecepatkan tempoh matang. |
Pokok berbunga | Kurangkan Baja N sehingga 50% berbanding dengan unsur P dan K. |
Sebagai panduan umum, pembajaan dengan baja kimia perlu dilakukan pada lewat petang bagi memberikan masa yang cukup untuk daun dan akar menyerap nutrien. Elakkan sama sekali membaja dikala matahari terik atau waktu panas bagi mengelakkan pokok daripada melecuh. Pastikan semasa menyembur, larutan baja disemburkan ke arah daun dan akar serta keseluruhan bahagian pokok.
Pokok-pokok orkid juga perlu diberikan bahan organik yang diproses bagi meningkatkan kualiti pertumbuhan. Kandungan bahan organik yang biasa digunakan untuk penanaman orkid ditunjukan dalam Jadual di bawah. Bahan organik yang hendak digunakan hendaklah terlebih dahulu diproses. Baja- baja organik ini akan membekalkan nutrien dan membantu aktiviti mikroorganisma didalam media. Penggunaan bahan organik tersebut juga perlu disesuaikan dengan kelembapan bagi mengelakkan jangkitan kulat.
Pengusahaan tanaman orkid perlu mengambil perhatian terhadap serangan serangga perosak dan penyakit yang boleh menyebabkan kemus- nahan tanaman dan mengakibatkan kerugian. Kawasan ladang yang akan di tanam dengan orkid hendaklah dibersihkan dengan menggunakan racun rumpai. Kawalan secara fizikal seperti menggunakan plastik hitam dibeberapa kawasan atau mencabut rumput secara manual juga boleh digunakan. Semburan racun racun perosak perlu dilaksanakan bagi mengelakan kejadian kerosakan oleh perosak. Perosak utama tanaman orkid dan kaedah pengawalannya adalah seperti yang tercatit dibawah ini.
Tidak sesuai kerana di tanah rendah, suhu adalah lebih tinggi dan kadar kelembapan adalah rendah. Suhu yang sesuai untuk penanaman kekwa di bawah struktur pelindung hujan (SPH) adalah di antara 16 C-25 C dengan taburan hujan tahunan di antara 6500-9500 mm setahun. Manakala kelembapan relatif pula adalah diantara 70%-85%. Kelembapan memainkan peranan yang penting untuk pengeluaran bunga kekwa yang berkualiti.
Modal permulaan untuk membangunkan 1 hektar ladang kekwa adalah sebanyak RM2.26 juta dengan tempoh pulangan modal sekurang-kurangnya 3 tahun.
Terdapat 2 sistem pengairan yang perlu diamalkan di ladang bunga kekwa iaitu sistem renjis dan sistem titis.
Pada peringkat semaian, pengusaha digalakkan untuk mengunakan sistem pengairan jenis perenjis mikro (micro sprinkler) dengan kadar alir di antara 55 liter sejam LPH (Liter per hour) hingga 240 LPH. Perenjis jenis ini dapat memberikan siraman air yang lebih seragam, saiz droplet lebih halus dan penggunaan sumber air yang minima. Sistem jenis ini juga digunakan pada pokok kekwa yang ditanam pada batas di ladang di dalam Struktur Pelindung Hujan (SPH) pada usia 18 hingga 52 hari.
Bagi pengusaha yang memindahkan anak pokok ke dalam pasu pada usia lebih dari 16 hari, sistem pengairan titis fertigasi adalah disyorkan. Pengairan titis jenis Arrow Dripper dengan kadar alir 2 liter sejam (LPH) dapat menyalirkan air dan baja dengan kadar yang lebih tepat dan menjimatkan. Walau bagaimanapun, penggunaan sistem ini memerlukan pengusaha untuk membuat kerja-kerja pembilasan (flushing) dengan air yang bersih sekali setiap dua minggu.
Pokok kekwa tidak boleh disiram secara berlebihan bagi mengelakkan masalah penyakit terutama pada akar dan pangkal pokok. Pengusaha perlu menyediakan saliran yang baik bagi mengeluarkan air yang berlebihan dengan segera terutama bagi pokok yang ditanam pada batas tanah. Sebaik-baiknya daun dan bunga tidak terkena air siraman pada peringkat pokok mula mengeluarkan kudup bunga.
Bunga Ros secara asanya dikategorikan kepada dua, iaitu Ros tanah tinggi dan Ros tanah rendah.
Ros tanah tinggi (high land):
Carola | France Red | Movie Star | Peach Snow Mountain |
| Red Lips | Awake | Cold beauty |
Ros tanah rendah (low land):
Janice Kellog | Pink Expression | Maria Shiver Putih | Elbflorenz |
Slim Dusty | Claude Brasseur | 2004 Traditional Hime | Jaya |
Catalina | Precious Moment |
| Damask Pink |
Green Romantica | Heart | Bishop Castle | Baxonne de Roths |
Camelot | Carey | Masora | Heartthrob |
Play Girl | Double Delight |
Kawasan perlulah dibajak sekali dan digemburkan. Batas-batas panjang dibuat, selebar 1.5 m dan tinggi 0.25 m dengan ruang jalan yang mencukupi untuk menjalankan pengurusan ladang.
Pembinaan struktur pelindung hujan (SPH) adalah disyorkan untuk mengelakkan tanaman dari terkena hujan secara langsung. Ia adalah berkesan dalam mengurangkan kerosakan tanaman yang disebabkan oleh penyakit dan perosak bawaan air, menggalakkan pertumbuhan jisim tanaman yang maksimum, dan dapat mencapai pengeluaran yang stabil serta berkualiti tinggi.
Struktur pelindung hujan (SPH) yang disyorkan adalah dari jenis tanpa kalis serangga bentuk dome yang bersaiz 30m (P) x 6m (L) x 4m (T) untuk satu (1) bay. Keseluruhan struktur kerangka SPH biasanya dibina menggunakan besi tergalvani bersalut dengan zink, dengan saiz di bahagian tiang dan horizontal ties bumbung adalah 32mm diameter dalam dan berketebalan 2.6mm. Bahagian kekuda dan bracing bumbung menggunakan bahan yang sama dengan saiz 25mm diameter dalam dan berketebalan 1.8mm. Bahagian struktur bumbung yang lain seperti purlin, hoop dan inclined ties pula bersaiz 13mm diameter dalam dan berketebalan 1.6mm serta dilengkapi dengan plastik lutsinar UV dengan ketebalan 0.20mm, telus cahaya 95% dengan anti statik dengan kadar kondensasi 180 hingga 200 uM.
Jarak antara tanaman: 0.30 meter
Jarak antara barisan pokok: 0.50 meter
Lebar batas: 1.0 – 1.5 meter
Tinggi batas: 0.25 meter
Tanaman ros memerlukan pembajaan yang mencukupi bagi mengeluarkan hasil yang baik dan berkualiti. Pada peringkat vegetatif, pembajaan yang tinggi kandungan Nitrogen (N) dan Fosforus (P) sangat diperlukan. Manakala pembajaan yang tinggi nutrien Kalium (K) diperlukan pada peringkat pembungaan bagi menguatkan sel dan fiber tumbuhan supaya bunga tidak mudah gugur.
Semasa penyediaan tanah, pembajaan asas seperti bahan organik digaul bersama ke dalam tanah. Bahan organik perlu dibajak ke dalam tanah semasa peringkat pembajakan akhir (basal dressing) pada 7 – 14 hari sebelum tanam (7 – 14 HST). Kadar bahan organik yang disyorkan mengikut jenis tanah adalah seperti dalam jadual di bawah:
Penggunaan baja organik dan kimia digilirkan setiap bulan mengikut peringkat pertumbuhan tanaman sehingga umur tanaman enam tahun (optimum pengeluaran hasil). Pemberian baja foliar juga diberikan bergantung pada keperluan semasa pokok. Jadual pembajaan bagi tanaman ros yang disyorkan adalah seperti dalam jadual di bawah:
Pokok bunga ros yang ditanam biasanya akan mengeluarkan bunga selepas lima hingga enam bulan ditanam dengan pengeluaran bunganya adalah sepanjang masa bergantung kepada penjagaan dan kesuburan pokok. Pengeluaran bunga boleh dijadualkan bagi mendapatkan hasil yang serentak.
Bunga ros dianggap matang dan boleh dituai apabila kelopak bunga mula mekar. Jika bunga dipotong terlalu awal iaitu semasa kudup masih padat bunga yang di perolehi mungkin tidak akan kembang dengan sempurna. Tempoh fasa yang sesuai ialah 90 hari (merujuk jadual di bawah).
Keratan ros jenis ‘Hybrid tea, perlu dipotong sekurangnya satu tangkai yang berdaun tiga hingga lima. Tangkai daun yang ini biasanya akan mengeluarkan bunga. Bunga yang baru di potong akan direndam dalam air, dicuci atau disiram dengan air sebelum menjalani proses pengredan dan pembungkusan.
Kualiti keratan bergantung kepada saiz bunga, kematangan batang dan tangkai yang tegak serta panjang dengan ukuran 40cm – 60cm. Bunga boleh dituai diawal pagi dan lewat petang. Kebiasaan bunga yang dipotong pada lewat petang mempunyai kualiti simpanan yang lebih panjang.
Modal permulaan untuk membangunkan 1 hektar ladang ros adalah sebanyak RM1.63 juta untuk tempoh sepanjang 5 tahun dengan tempoh pulangan modal sekurang-kurangnya 2 tahun.
Keperluan air untuk tanaman bunga ros adalah berbeza mengikut keadaan cuaca, jenis tanah, peringkat tumbesaran dan kaedah penanaman sama ada di batas tanaman atau pun dalam pasu/ polibeg. Walaupun tanaman bunga ros dikenali sebagai pokok yang tahan kemarau apabila telah matang, ia amatlah memerlukan air yang mencukupi ketika di peringkat awal pertumbuhan dan peringkat vegetatif.
Untuk kaedah penanaman bunga ros di batas dan pada peringkat awal pertumbuhan serta vegetatif, pokok bunga ros memerlukan air sebanyak 2.80 hingga 3.70 liter sepokok sehari ketika cuaca panas dan lembab dengan frekuensi siraman dua (2) ke tiga (3) kali seminggu. Setelah mencapai peringkat matang, ia memerlukan air sebanyak 1.40 hingga 2.00 liter sepokok sehari dengan frekuensi siraman sekali seminggu.
Untuk kaedah penanaman bunga ros di dalam pasu atau polibeg, pada peringkat awal pertumbuhan serta vegetatif, pokok bunga ros memerlukan air sebanyak 1.50 hingga 2.20 liter sepokok sehari dengan frekuensi siraman setiap hari. Pada peringkat matang, ia memerlukan air sebanyak 0.70 hingga 1.00 liter sepokok sehari dengan frekuensi siraman dua (2) ke tiga (3) kali seminggu.
Pada semua peringkat pertumbuhan pokok bunga ros, pengusaha digalakkan untuk mengunakan sistem pengairan bertekanan (pressurized) jenis perenjis mikro (micro sprinkler) berteknologi pressure compensated (PC) dengan kadar alir diantara 40 hingga 120 liter sejam, tekanan operasi sistem diantara 1.50 hingga 4.00 bar dan berdiameter basahan diatara 1.00 hingga 6.00 meter. Perenjis jenis ini dapat memberikan siraman air yang seragam, sekata dan efisyen (Gambar __). Sistem jenis ini juga sesuai digunakan pada pokok ros yang ditanam pada batas di ladang di dalam Struktur Pelindung Hujan (SPH) seperti rajah di bawah.
Sistem pengairan ini biasanya direka bentuk menggunakan pam pengairan jenis empar berpemacu motor elektrik dengan kekuatan kadar alir 12 hingga 15 m3 sejam (53 hingga 65 gelen seminit) dengan jumlah turus tekanan diantara 40 hingga 51 meter (134 hingga 167 kaki). Walaupun begitu, pam air berpemacu enjin diesel atau petrol juga boleh digunakan dengan mengambil kira spesifikasi di atas.
Bagi pengusaha yang menggunakan kaedah tanaman dalam pasu atau polibeg, sistem pengairan bertekanan jenis titis fertigasi adalah disyorkan. Pengairan titis jenis Arrow/ Trident Dripper ditambah dengan alat pressure compensated (PC) dengan kadar alir dua (2) liter sejam (LPH) atau jenis kapilari dapat menyalirkan air dan baja dengan kadar yang lebih tepat dan menjimatkan. Walau bagaimanapun, penggunaan sistem ini memerlukan pengusaha untuk membuat kerja-kerja pembilasan (flushing) dengan air yang bersih sekali setiap hari.
Sistem pengairan ini biasanya akan menggunakan pam pengairan jenis empar berpemacu motor elektrik dengan kekuatan kadar alir 3 hingga 8 m3 sejam (14 hingga 34 gelen seminit) dengan jumlah turus tekanan diantara 28 hingga 30 meter (92 hingga 100 kaki).
Jabatan Pertanian Malaysia,
Bahagian Pengembangan Pertanian,
Wisma Tani, Aras 8, Blok 4G2, No. 30,
Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62624, Putrajaya, Malaysia.
Telephone : 03 – 8870 3439
Email : epengembangan@doa.gov.my
Hari Ini : 258
Semalam : 265
Jumlah Pelawat : 60,663
Tarikh Kemaskini: 27 September 2023
Best view using the latest versions of Google Chrome and Mozilla Firefox browsers.