| Bil | Kod | Nama Varieti | Maklumat Pemohon | Ciri Varieti |
|---|---|---|---|---|
| 1 | AG1 | Green Amaranth Special 3388 | Jabatan Pertanian MalaysiaSyarikat Pengeluar: Leckat Corporation Sdn. Bhd.Tarikh daftar: 22.08.2019 | Pokok purata tinggi 27.2 cm. Daun berwarna hijau; purata saiz 228.8 cm²; purata panjang petiol 6 cm; bentuk obovat; bentuk pangkal attenuate dan bentuk hujung retus. |
| 2 | AG2 | Dark Green Pointed Leaf 088 | Jabatan Pertanian MalaysiaSyarikat Pengeluar: Leckat Corporation Sdn. Bhd.Tarikh daftar: 22.08.2019 | Pokok purata tinggi 36.4 cm. Daun berwarna hijau; purata saiz 110.6 cm²; purata panjang petiol 8.5 cm; bentuk obovat; bentuk pangkal attenuate dan bentuk hujung obtus. |
| 3 | AG3 | Autumn Red Amaranth 788 | Jabatan Pertanian MalaysiaSyarikat Pengeluar: Leckat Corporation Sdn. Bhd.Tarikh daftar: 22.08.2019 | Pokok purata tinggi 26.8 cm. Daun berwarna hijau dan merah di tengah; purata saiz 204.2 cm²; purata panjang petiol 10 cm; bentuk ovat lebar; bentuk pangkal attenuat dan bentuk hujung obtus. |
| 4 | AG4 | Full Red Amaranth N888 | Jabatan Pertanian MalaysiaSyarikat Pengeluar: Leckat Corporation Sdn. Bhd.Tarikh daftar: 22.08.2019 | Pokok purata tinggi 42.6 cm. Daun berwarna merah gelap; purata saiz 176.7 cm²; purata panjang petiol 10 cm; bentuk ovat lebar; bentuk pangkal membulat dan bentuk hujung obtus. |
| 5 | AG5 | Bayam Merah S133 | Jabatan Pertanian MalaysiaSyarikat Pengeluar: Soon Huat SeedsTarikh daftar: 22.08.2019 | Pokok purata tinggi 40 cm. Daun berwarna merah dan hijau; purata panjang petiol 10 cm; purata lebar 15.1 cm; bentuk bujur lebar; bentuk pangkal akut, bentuk baji lurus dan bentuk hujung obtus. |
| 6 | AG6 | Bayam Bulat Separuh Merah Tempatan 802 | Jabatan Pertanian MalaysiaSyarikat Pengeluar: Green EagleTarikh daftar: 22.08.2019 | Pokok purata tinggi 27 cm. Daun berwarna merah dan hijau; purata panjang petiol 7 cm; purata lebar 11 cm; purata panjang 13 cm; bentuk ovoid; bentuk pangkal truncat dan bentuk hujung retus. |
| 7 | AG7 | Bayam Hijau Daun Bulat | Jabatan Pertanian MalaysiaSyarikat Pengeluar: Syarikat Benih Wah Heng HangTarikh daftar: 22.08.2019 | Pokok purata tinggi 20.5 cm. Daun berwarna merah dan hijau; purata panjang petiol 6.5 cm; purata lebar 12 cm; purata panjang 13 cm; bentuk ovat lebar; bentuk pangkal akut dan bentuk hujung retus. |
| 8 | AG8 | Bayam Hijau Daun Panjang S131 | Jabatan Pertanian MalaysiaSyarikat Pengeluar: Soon Huat SeedsTarikh daftar: 22.08.2019 | Pokok purata tinggi 20.5 cm. Daun berwarna hijau; purata panjang petiol 6.5 cm; purata lebar 8.5 cm; purata panjang 14.5 cm; bentuk ovat; bentuk pangkal attenuat dan bentuk hujung obtus. |
| 9 | AG9 | Bayam Merah Bangladesh 806 | Jabatan Pertanian MalaysiaSyarikat Pengeluar: Soon Huat SeedsTarikh daftar: 22.08.2019 | Pokok purata tinggi 31 cm. Daun berwarna merah gelap kehijauan; purata panjang petiol 5.5 cm; purata lebar 11 cm; purata panjang 12 cm; bentuk pangkal attenuat dan bentuk hujung obtus. |
Ukuran batas ialah 120 sm lebar, 20–30 sm tinggi dan 760 sm panjang.
Jarak antara batas ialah 30 sm.
Buat tiga alur kecil memanjang di permukaan batas seperti rajah di bawah
| Ukuran Batas | Keterangan |
|---|---|
| Lebar | 120 sm |
| Tinggi | 20–30 sm |
| Panjang | 760 sm |
| Jarak antara batas | 30 sm |
| Alur | Tiga alur kecil memanjang di permukaan batas |

Baja organik seperti tahi ayam boleh digunakan sebagai baja asas.
Baja ini digaul ke dalam batas. Lebih kurang 5 tan metrik baja ini diperlukan untuk satu hektar.
Sebagai panduan ialah:
7 hari lepas tabur.
Gunakan:
240 gm Sulphate of Ammonia
24 kg Triple Superphosphate
120 kg Muriate of Potash
Baja-baja ini digaul dan ditabur di antara lorong-lorong pokok setiap minggu.
| Kategori | Spesies / Nama Saintifik | Kerosakan | Kawalan |
|---|---|---|---|
| Serangga | Ulat Pangkas (Agrotis ipsilon) | Ulat memotong batang anak benih di paras permukaan. | Sembur racun serangga seperti fenvalerate atau cypermethrin mengikut kadar yang disyorkan di sekeliling anak-anak benih. |
| Serangga | Ulat Ratus (Spodoptera litura) | Larvanya memakan daun. | Sembur racun serangga seperti fenvalerate atau cypermethrin mengikut kadar yang disyorkan. |
| Penyakit | Hawar Melecur (Cystopus bliti) | Terdapat tompok-tompok putih pada daun. Bayam jenis daun bujur adalah lebih mudah terkena penyakit ini. | Amalkan tanaman giliran. Tiada kawalan kimia yang berkesan. Tanam bayam pada kawasan baru yang bebas dari penyakit. |
| Penyakit | Lecuh Anak Benih (Phythium aphanidermatum) | Penyakit ini disebabkan kulat. Bahagian pangkal pokok menjadi reput dan anak benih mati. | Tanam di tanah yang bersaliran baik. Amalkan tanaman giliran. Elakkan menyiram berlebihan. Rawat benih dengan racun kulat sebelum disemai dan sembur racun kulat mengikut kadar yang disyorkan. |
Jarak penanaman bendi yang disyorkan adalah 0.90 m x 1.5 m diantara pokok.
Pembajaan bagi tanaman bendi
Jenis tanah | Jenis baja | Kadar tan/ha/musim | Masa (Minggu Lepas Tanam) | Cara |
I. Bris: 1. Siri Rudua
2. Siri Baging
ii. Bekas Lombong
iii. Gambut
iv. Mineral |
Tahi ayam NPK 12:12:17:2
Tahi ayam NPK 12:12:17:2
Tahi ayam NPK 12:12:17:2
NPK 12:12:17:2
Tahi ayam NPK 12:12:17:2 |
10.0 1.0
30.0 2.0
30.0 2.0
1.2
5.0 1.0 |
-1” 2, 6, 10 & 14
-1” 2, 6, 10 & 14
-1* 2, 6, 10 & 14
2, 6, 12
-1” 2, 6, 10 & 14 |
Gaul dalam tanah Tabur keliling pokok
Gaul dalam tanah Tabur keliling pokok
Gaul dalam tanah Tabur keliling pokok
Tabur keliling pokok
Tabur atas tanah Tabur keliling pokok |
Sumber: Vimala & Chan {f990} Nota :
| BIL | KOD | NAMA VARIETI | CIRI VARIETI |
|---|---|---|---|
| 1 | CA1 | Kulai Serdang | Kehadiran antosianin di hipokotil. Nod dan anter ada. Kehadiran antosianin pada bunga, filamen dan daun tiada. Buah panjang, diameter buah sederhana. |
| 2 | CA2 | MC11 | Kehadiran antosianin pada nod dan anter ada. Kehadiran antosianin pada bunga, hipokotil, filamen dan daun tiada. Buah panjang, diameter buah sederhana ke lebar. |
| 3 | CA3 | CT01P | Kehadiran antosianin pada tapak bunga, filamen dan daun sederhana. Kehadiran antosianin pada hipokotil dan anter tiada. Buah sederhana panjang ke panjang, diameter sederhana ke lebar. |
| 4 | CA4 | Solok | Kehadiran antosianin pada nod dan anter ada. Buah berwarna hijau muda. |
| 5 | CA5 | Green Eagle 223 | Kehadiran antosianin pada filamen dan anter tiada. Panjang buah panjang. Buah berdiameter sederhana ke besar. |
| 6 | CA6 | Bara | Kehadiran antosianin pada nod dan anter ada. Sifat pedunkel menegak. Buah berdimeter sederhana lebar, panjang sederhana ke panjang. |
| 7 | CA7 | Bangi | Kehadiran antosianin pada hipokotil; nod dan anter ada. Buah sederhana panjang ke panjang; diameter buah lebar. |
| 8 | CA8 | Semerah | Kehadiran antosianin pada hipokotil, nod dan anter ada. Buah berwarna hijau muda bila matang. |
| 9 | CA9 | Solok Pintal | Pokok hitam, berantocianin. Batang tegar dengan warna antosianin pada buku lemah. Buah panjang sederhana, bergulung, bertepi lebar, dan luar lentur kerinting rentas cekung. |
Jarak tanaman yang disyorkan bagi Tanaman Cili (Konvensional)
Keluasan kawasan tanaman cili merah konvensional ialah 1 hektar (ha). Jarak tanaman yang digunakan ialah 0.6 meter x 1.8 meter. Dengan jarak ini, kepadatan tanaman yang diperoleh ialah kira-kira 8,300 pokok bagi setiap hektar. Jangka hayat ekonomi bagi tanaman cili merah adalah selama 6 bulan. Selain itu, intensiti tanaman dalam setahun (jika penanaman dilakukan secara berterusan) ialah sebanyak 2 musim
Jarak tanaman yang disyorkan bagi Tanaman Cili (Fertigasi)
Kepadatan tanaman cili secara fertigasi bergantung kepada jarak tanaman, peratusan guna tanah yang digunakan untuk bertanam dan bentuk fizikal tapak tersebut.
Secara umumnya, tiada jarak yang khas untuk tanaman cili secara fertigasi. Ada yang bertanam 4’x1’, 5’x2’, 6’x2’, 6’x2.5’ dan macam-macam lagi bergantung kepada kaedah pengurusan masing-masing. Namun, untuk memulakan tanaman cili secara fertigasi faktor-faktor berikut perlu diambil kira:
a) Peratusan guna tanah untuk bertanam
Tidak semua kawasan tapak digunakan untuk bertanam. Ada yang digunakan untuk tapak rumah operasi, pusat pengumpulan, parit ladang dan lain-lain lagi. Peratusan guna tanah yang digunakan untuk fertigasi adalah antara 75% – 90%.
b) Bentuk fizikal tapak
Bentuk fizikal tapak juga akan mempengaruhi bilangan pokok yang boleh ditanam. Tanah yang keseluruhannya sama rata membolehkan bilangan pokok lebih seragam, berbanding pokok dengan bentuk segi empat sama. Jika berlainan bentuk fizikal berbeza, ia akan mempengaruhi bilangan barisan tanaman dan juga bilangan pokok bagi satu baris.
Pengiraan Kepadatan Pokok
Secara mudahnya, kepadatan tanaman cili fertigasi bagi satu-satu tapak boleh dikira dengan formula berikut:
(Luas tapak × % guna tanah) / Jarak Tanaman
Ahmad ada tanah seluas 0.8 ekar. Beliau bercadang hendak menanam cili secara fertigasi gantung.
Jarak tanaman yang akan Ahmad tanam ialah 6’ × 2’.
Anggaran peratusan guna tanah adalah 87%.
Berapakah bilangan polibag yang boleh Ahmad tanam?
Keluasan tanah = 0.8 ekar
Jarak tanaman = 6’ × 2’
% guna tanah = 87%
1 ekar = 43,560 kaki persegi
Maka, bilangan polibag adalah:
= (Luas Tapak × % Guna Tanah) / Jarak Tanaman
= (0.8 ekar × 43,560 kaki persegi × 87%) / (6’ × 2’)
= (30,317.76) / 12
= 2,526 polibag
Pengurusan pembajaan yang efisien dapat membekalkan nutrien yang cukup pada tanaman untuk pertumbuhan yang baik dan pengeluaran hasil optimum. Bagi memastikan kecekapan nutrien yang optimum melalui pembajaan yang berkesan, pengetahuan mengenai interaksi antara tanah, tanaman dan persekitaran sangat diperlukan. Tanaman cili memerlukan pembajaan yang mencukupi bagi memastikan pengeluaran yang tinggi dan berkualiti.
Kompos/organik digunakan sebagai sumber asas menggantikan kira faktor baja, yang lazimnya akan menambah baik kesuburan tanah melalui pembentukan agregat tanah yang baik, struktur tanah dan kadar pembajaan. Bagi kawasan yang mempunyai kesuburan tanah yang rendah, pengusaha digalakkan supaya sertakan kompos dalam pengurusan pembajaan atau menggunakan baja biologi tanah. Bahan organik perlu dibajak ke dalam tanah semasa peringkat pembajaan akhir* pada peringkat awal tanaman (30 HST).
Kadar bahan organik yang disyorkan mengikut jenis tanah adalah seperti di Jadual.
* Basal Dressing: Meratakan baja pepejal ke atas keseluruhan kawasan sebelum, semasa menyemai atau menanam.
Kadar Keperluan Kompos/Organik Mengikut Jenis Tanah
| Jenis Tanah | Kadar Kompos/Organik (mt/ha) |
|---|---|
| Tanah Mineral (selain tanah pasir) | 5 – 10 |
| Tanah Pasir (> 50% pasir) | 10 – 20 |
Pengesyoran pembajaan yang tepat bergantung kepada status kesuburan tanah setempat.
Secara amnya, pembajaan cili menggunakan baja kimia dan baja organik (yang telah diproses).
Baja organik dijual ke dalam tanah semasa peringkat pembajaan akhir basal dressing pada 30 HST. Jadual menunjukkan kadar dan masa yang sesuai untuk pembajaan cili mengikut jenis tanah.
Kadar dan Masa Pembajaan Tanaman Cili
Tanah Mineral (selain tanah pasir)
| Jenis Tanah | Umur Pokok | Jenis Baja | Kadar Baja (g/pkk) | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| Tanah Mineral (selain tanah pasir) | –30 HST | GML | 2 mt/ha | Semak pH tanah bagi penentuan kadar GML |
| –30 HST | Kompos/Organik | 750 g/m² @ 6 kg/batas | ||
| 3 HLT | NPK 15:15:15 | 14 | ||
| 3 MLT | NPK 12:12:17:2 MgO | 18 | ||
| 5 MLT | NPK 12:12:17:2 MgO | 28 | ||
| 7 MLT | NPK 12:12:17:2 MgO | 33 | ||
| 9 MLT | NPK 12:12:17:2 MgO | 37 | ||
| 11 MLT | NPK 12:12:17:2 MgO | 42 | ||
| 13 MLT | NPK 12:12:17:2 MgO | 42 | ||
| 15 MLT | NPK 12:12:17:2 MgO | 42 | ||
| Tanah Pasir (> 50% pasir) | –30 HST | GML | 2 mt/ha | Semak pH tanah bagi penentuan kadar GML |
| –30 HST | Kompos/Organik | 1.2 kg/m² @ 9.5 kg/batas | Bajak/Gaul rata ke dalam tanah | |
| 3 HLT | NPK 15:15:15 | 14 | ||
| 3 MLT | NPK 12:12:17:2 MgO | 22 | ||
| 5 MLT | NPK 12:12:17:2 MgO | 57 | ||
| 7 MLT | NPK 12:12:17:2 MgO | 57 | ||
| 9 MLT | NPK 12:12:17:2 MgO | 57 | ||
| 11 MLT | NPK 12:12:17:2 MgO | 64 | ||
| 13 MLT | NPK 15:15:20:2 MgO | 64 | ||
| 15 MLT | NPK 15:15:20:2 MgO | 64 | ||
| 17 MLT | NPK 15:15:20:2 MgO | 64 | ||
| 19 MLT | NPK 15:15:20:2 MgO | 64 | ||
| 21 MLT | NPK 15:15:20:2 MgO | 64 | ||
| Tanah Gambut | –30 HST | GML | 3 mt/ha | Semak pH tanah bagi penentuan kadar GML |
| 3 HLT | NPK 15:15:15 | 13 | ||
| 3 MLT | NPK 12:12:17:2 MgO | 19 | ||
| 5 MLT | NPK 12:12:17:2 MgO | 39 | ||
| 7 MLT | NPK 12:12:17:2 MgO | 49 | ||
| 9 MLT | NPK 12:12:17:2 MgO | 49 | ||
| 11 MLT | NPK 12:12:17:2 MgO | 55 | ||
| 13 MLT | NPK 15:15:20:2 MgO | 55 | ||
| 15 MLT | NPK 15:15:20:2 MgO | 55 | ||
| 17 MLT | NPK 15:15:20:2 MgO | 55 | ||
| 19 MLT | NPK 15:15:20:2 MgO | 55 | ||
| 21 MLT | NPK 15:15:20:2 MgO | 55 |
Nota:
HLT = Hari Lepas Tanam
MLT = Minggu Lepas Tanam
Pembajaan diberi dengan memasukkan baja ke dalam lubang baja di atas batas.
Pastikan lubang baja tidak terlalu dekat dengan pangkal pokok.
Penggunaan mikoriza di dalam lubang tanaman semasa penanaman tidak digalakkan bagi mengelakkan gangguan akar.
Semburan foliar (baja C dan B) dengan bancuhan 1 ml/liter air (kepekatan 0.1%) digalakkan bermula minggu pertama lepas tanam dan diulang setiap 2 minggu.
Aplikasi bahan Bio-stimulant secara mingguan seperti Fish Amino Acid (FAA), Bacillus spp. adalah digalakkan dan boleh diberikan secara semburan atau titisan.
Tanaman memerlukan 16 unsur nutrien di mana terdiri daripada unsur makro dan mikro yang penting untuk pertumbuhan tanaman yang baik.
Unsur makro diperlukan dalam kuantiti yang banyak berbanding dengan unsur mikro yang hanya diperlukan dalam kuantiti sedikit tetapi sangat penting bagi pertumbuhan dan kesuburan tanaman.
Unsur asas bukan mineral seperti Oksigen (O), Hidrogen (H) dan Karbon (C) diperoleh daripada udara dan air bagi membentuk 94 – 96% daripada berat kering tanaman.
Unsur makro terdiri daripada:
Nitrogen (N), Fosforus (P), Kalium (K), Kalsium (Ca), Sulfur (S) dan Magnesium (Mg).
Unsur mikro pula adalah seperti:
Ferum (Fe), Molybdenum (Mo), Mangan (Mn), Boron (B), Zink (Zn), Kuprum (Cu) dan Klorin (Cl).
Kepekatan unsur makro dan mikro ini adalah berbeza berdasarkan jenis dan varieti tanaman. Formulasi kepekatan unsur disyorkan daripada sumber baja tunggal yang tulen 100%, iaitu berdasarkan pengesyoran formulasi seperti di Jadual dan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Set A dan Set B.
Pengesyoran Formulasi Baja Set A dan B Tanaman Cili Fertigasi (Jabatan Pertanian)
| Sumber Baja (Set A) | Berat (g) |
|---|---|
| Kalsium nitrat | 9,995.00 |
| Ferum EDTA | 200.00 |
| Kalium nitrat | 1,500.00 |
| Ammonium nitrat | 500.00 |
| Jumlah Set A | 12,195.00 |
| Sumber Baja (Set B) | Berat (g) |
|---|---|
| Kalium nitrat | 4,500.00 |
| Monokalium fosfat | 850.00 |
| Magnesium sulfat | 3,000.00 |
| Zn EDTA | 25.00 |
| Mn EDTA | 25.00 |
| Cu EDTA | 5.00 |
| Ammonium molibdat | 2.50 |
| Hibor | 25.00 |
| Jumlah Set B | 8,432.50 |
Jumlah berat Set A & B : 20,627.50 g
Anggaran kos satu set : RM 220.00
Kadar Nutrien Bagi 10,000 Liter Pencairan
| Nutrien | ppm |
|---|---|
| N | 249.42 |
| P | 37.53 |
| K | 317.93 |
| Ca | 114.93 |
| Mg | 41.83 |
| Fe | 2.64 |
| Mn | 0.25 |
| Zn | 0.14 |
| Cu | 0.01 |
| B | 0.26 |
| Mo | 0.03 |
Julat Optimum Kepekatan Nutrien
| Nisbah | Julat Optimum |
|---|---|
| K : N | 1.2 – 1.5 |
| K : Ca | ≤ 2.0 |
| Ca : Mg | 3.0 – 5.0 |
Keperluan Set A + Set B = 2 set
Kos baja per musim = RM 440.00
Kos baja per polibeg = RM 4.40
Baja fertigasi set A dan set B hendaklah disediakan berasingan bagi mengelakkan berlakunya tindak balas kimia di antara unsur Kalsium (Ca) dengan Fosfat (P) dan Sulfat (SO₄²⁻) yang boleh menyebabkan pembentukan mendakan seperti Kalsium Sulfat (CaSO₄) dan Kalsium Fosfat (Ca₃(PO₄)₂).
Selain daripada pengesyoran formulasi seperti di Jadual, terdapat juga baja A dan B komersial yang telah siap dipasarkan di pasaran tempatan. Namun begitu, pekebun perlu memastikan bahawa baja tersebut mempunyai kepekatan nutrien yang betul untuk pelbagai fasa pertumbuhan tanaman bagi memenuhi keperluan nutrien untuk pertumbuhan vegetatif dan generatif.
Untuk menyediakan larutan stok baja, Set A dan Set B dilarutkan masing-masing di dalam sejumlah air yang sama kuantiti pada tong yang berasingan (Stok A dan Stok B).
Kaedah menyediakan 100 liter larutan stok baja adalah dengan cara mengisi 2/3 daripada 100 liter air ke dalam tong Stok A dan seterusnya baja Set A dimasukkan dan dikacau hingga semua baja larut sepenuhnya. Apabila semua baja telah larut, tambahkan baki air ke dalam tong stok A sehingga mencapai kapasiti 100 liter.
Seterusnya bagi kaedah yang sama, baja Set B dilarutkan mengikut langkah di atas dengan menggunakan tong stok B dan dihasilkan dalam tong stok berasingan.
Bagi menyediakan larutan baja di dalam tangki pada kepekatan EC tertentu, kedua-dua larutan stok A dan stok B tidak boleh dicampurkan serentak ke dalam tangki air. Larutan baja perlu dituang dan dikacau secara berasingan bagi mengelakkan tindak balas kimia iaitu mewujudkan sebatian lain yang tidak larut dan berlaku pemendakan. Baja perlu disimpan di tempat yang terlindung daripada sinaran cahaya matahari.

Kaedah Membuat 100 liter larutan Stok Baja
Jarak penanaman Kangkong yang disyorkan adalah 0.20 m x 0.1 m diantara pokok.
Pengurusan Pembajaan Tanaman Kangkung
| Jenis tanah | Jenis baja | Kadar (tan/ha/musim) | Masa *(MLT) | Kaedah |
| 1. Bris | ||||
| (i) Siri Rudua | Organik(tahi ayam) | 15 – 20 | -1 | Gaul dalam tanah |
| Bukan Organik (NPK: 15:15:15) | 0.5 | 1,2,3 | Tabur di antara pokok | |
| (ii) Siri Baging | Organik (tahi ayan) | 20 | -1 | Gaul dalam tanah |
| Bukan Organik (NPK: 15:15:15) | 0.8 | 1,2,3 | Tabur di antara pokok | |
| 2. Tanah Bekas Lombong | Organik (tahi ayam) | 15 – 20 | -1 | Gaul dalam tanah |
| Bukan organik (NPK: 15:15:15) | 0.8 | 1,2,3 | Tabur di antara pokok | |
| 3. Tanah Gambut | Organik | – | – | – |
| Bukan Organik (NPK: 15:15:15) | 0.7 | 1,2 | Tabur di antara pokok | |
| 4. Tanah Mineral | Organik (Tahi ayam) | 3 – 5 | -1 | Gaul dalam tanah |
| Bukan organik (NPK: 15:15:15) | 0.5 – 0.6 | 1,2 | Tabur di antara pokok | |
*MLT – Minggu lepas tanam
Sumber: P. Vimala dan S.K. Chan (1990)
Jarak penanaman kubis yang disyorkan adalah 0.60 m x 0.60 m diantara pokok.
Pengurusan Pembajaan Tanaman Kubis
| Jenis tanah | Jenis baja | Kadar (tan/ha/musim) | Masa *(HLT) | Cara |
| 1. Tanah Mineral | ||||
| Organik (Tahi ayam) | 5 | -7* (Sebelum Tanam) | Tabur atas tanah dan gaul dalam tanah. | |
| Bukan organik (NPK: 15:15:15) | 1.5 | 14 | Tabur dalam jalur di sekeliling pokok. Gembur dan timbun tanah. | |
| Bukan organik (NPK: 12:12:17:2+TE) | 1.5 | 35 dan 49 | Tabur dalam jalur di sekeliling pokok. | |
| 2. Bris | ||||
Organik | 10 – 20 | -7* (Sebelum Tanam) | Tabur atas tanah dan gaul dalam tanah. | |
| Bukan organik (NPK: 15:15:15) | 1.5 | 14 dan 28 | abur dalam jalur di sekeliling pokok. Gembur dan timbun tanah. | |
| Bukan organik (NPK: 12:12:17:2+TE) | 1.5 | 35,42 dan 49 | Tabur dalam jalur di sekeliling pokok. | |
*HLT – Hari Lepas Tanam
Jarak penanaman tomato yang disyorkan adalah 0.45 m x 1.35 m diantara pokok.












Jabatan Pertanian
Bahagian Pengembangan Pertanian,
Aras 8, Blok 4G2, Wisma Tani, No. 30,
Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62624, Putrajaya, Malaysia.
Telephone : 03 – 8870 3439
Email : epengembangan@doa.gov.my
Hari Ini : 12
Semalam : 180
Jumlah Pelawat : 113,155
Tarikh Kemaskini:
Best view using the latest versions of Google Chrome and Mozilla Firefox browsers.