PROGRAM PEMBANGUNAN PRODUK DAN PENJENAMAAN
Program Pembangunan Produk dan Penjenamaan adalah program bantuan berupa geran yang boleh dipohon bagi membangunkan produk baharu bernilai tinggi dan mempunyai nilai pasaran niche tertentu. Tumpuan diberikan bagi aspek kualiti dan keselamatan makanan, meningkatkan teknologi dan inovasi produk termasuk penjenamaan, pembungkusan dan perlabelan. Geran ini ditawarkan kepada mana-mana usahawan yang berdaftar dengan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (KPKM)
Kriteria Produk Untuk Dibangunkan
Keutamaan diberikan kepada produk-produk berikut:
- Penghasilan idea produk baharu
- Penambahbaikan produk sedia ada
- Produk premium bernilai tinggi dan
- Big Brand
Produk yang ingin dibangunkan hendaklah berasaskan makanan dan asas tani (IMAT).
Skop permohonan
Program ini menawarkan peruntukan meliputi skop seperti berikut:
- Analisa Makmal / Analisa Produk
- Formulasi Produk / Penambahbaikan Produk / Kajian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
- Pembungkusan / Perlabelan / Penjenamaan
- Lain-lain skop yang mendapat kelulusan Bahagian Industri Makanan dan Asas Tani
Kaedah Permohonan
Geran ini boleh dipohon dengan mengemukan kertas cadangan seperti format yang disertakan di dalam Garis Panduan Program Pembangunan Produk dan Penjenamaan. Permohonan boleh dibuat melalui Pejabat Pertanian Daerah terdekat dan negeri dimana usahawan beroperasi. Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Seksyen Industri Asas Tani
Bahagian Pengembangan Pertanian
Jabatan Pertanian Malaysia
Link garis panduan: Download PDF