Perkhidmatan analisis kualiti makanan ditawarkan secara percuma kepada usahawan di bawah bimbingan Jabatan Pertanian. Analisis dijalankan di Makmal Pengembangan Industri Asas Tani, Serdang di bawah seliaan Juruanalisis Berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia mengikut Akta Juruanalsisis Makanan 2011.
Tujuan analisis dijalankan adalah bagi memastikan kualiti dan keselamatan makanan bagi produk-produk yang dikeluarkan oleh usahawan selaras dengan Akta Makanan 1983 atau mana-mana standard kualiti makanan.
Antara analisis yang ditawarkan adalah:
- Analisis Proksimat (Fakta Nutrisi) – Protein, lemak, karbohidrat, tenaga dan jumlah gula
- Analisis Mikrobiologi – Total Plate Count (TPC), kulat dan yis, koliform dan E-coli
- Analisis pH
- Kandungan air (moisture content)
- Ujian sensori (ujirasa) produk
Syarat Penghantaran Produk
- Produk dihantar melalui Jabatan Pertanian Daerah/Negeri.
- Pihak negeri perlu menghubungi pihak makmal bagi mendapatkan temujanji bagi penghantaran sampel.
- Setiap negeri boleh menghantar maksimum 30 sampel bagi sekali penghantaran.
- Jumlah sampel yang perlu dihantar adalah bergantung kepada jumlah analisis yang dipohon.
- Borang Permohonan Analisis perlu diisi bagi setiap produk.
- Setiap sampel yang hendak dihantar perlulah dalam keadaan baik (tidak rosak), dilabel dengan baik dan mengikut suhu yang sepatutnya.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Seksyen Industri Asas Tani
Bahagian Pengembangan Pertanian
Jabatan Pertanian Malaysia
Link Borang Permohonan:Borang Permohonan Analisis dan Kriteria Penghantaran Sampel Pin.3