Pengenalan IAT

    • Industri asas tani merupakan satu proses tambah nilai bahan mentah berasaskan sub sektor tanaman makanan dan bukan makanan melalui aktiviti pemprosesan menjadi produk yang boleh dipasarkan
    • IAT merupakan proses akhir dalam rantaian pengeluaran pertanian dimana hasil-hasil pertanian diproses untuk dijadikan produk yang ditambah baik
    • Usahawan IAT dikenalpasti dan dibimbing oleh Agen Pengembangan IAT (APIAT)

Maklumat Usahawan IAT Jabatan Pertanian

Usahawan IAT Jabatan Pertanian merupakan usahawan yang dibimbing oleh APIAT di Jabatan Pertanian Negeri. APIAT bertanggungjawab dalam melaksanakan Perkhidmatan Pengembangan Pertanian dengan berfokuskan kepada IAT.

Usahawan IAT Jabatan Pertanian didaftarkan didalam Sistem AgrisGeoportal bagi memudahkan pemantauan dan pelaporan. Sehingga Disember 2022, seramai 6096 usahawan dibimbing dan didaftarkan.