Pokok mangga adalah sederhana tinggi iaitu 3-5m. Kebiasaannya, pokok yang ditanam dari anak benih cantuman adalah rendah berbanding dengan pokok mangga yang ditanam daripada biji. Ia mempunyai banyak cabang dengan kanopi luas. Daun mangga ialah jenis mudah dan berbentuk lanseolat. Sesetengah varieti mempunyai daun yang berombak di tepinya. Daun muda berwarna hijau pucat hingga merah muda atau merah keunguan bergantung pada jenis. Bunga mangga kecil dan berwarna kuning atau kuning kemerahan. Bunga dikeluarkan pada jambak terminal atau aksil daun. Sejambak bunga mengandungi 500-4,000 kuntum bunga. Bunga jantan dan bunga hermafrodit terdapat pada jambak yang sama dalam kadar tertentu. Biasanya peratus bunga hermafrodit yang akan membentuk buah jauh kurang daripada bunga jantan.
Terdapat 99 varieti Mangga telah didaftarkan di Jabatan Pertanian. Sehingga kini, hanya 6 varieti yang disyorkan dan dikomersilkan iaitu MA128 (Harumanis), MA162 (Foo Fatt/Golek), MA165 (MAHA 65), MA204 (Melele), MA223 (Nam Dok Mai) dan MA224 (Chokanan). Walau bagaimanapun, varieti MA224 (Chokanan) dan MA128 (Harumanis) popular ditanam pada masa ini. Jadual 18 menunjukkan 58 varieti mangga yang ditanam di Pusat – pusat Pertanian.
Sistem Tanaman Empat Segi :
- 9.0m x 9.0m
- 7.5m x 7.5m
- 6.5m x 6.5m
Sistem Tanaman Tiga Segi :
- 9.0m x 9.0m
- 7.5m x 7.5m
- 6.5m x 6.5m
Pembajaan untuk menggalakkan pembungaan dan pembentukan putik buah dilakukan 2 bulan sebelum berbunga dengan menggunakan baja yang mempunyai kandungan kalium yang tinggi dengan kadar 1-2 kg/pokok.
Untuk mendapatkan perkembangan buah yang berkualiti digalakkan membaja 13:13:21 sebanyak 1-2 kg/pokok sebulan sebelum mengutip hasil
♦ Projek Pembangunan Buah –Buahan Jangka Panjang
♦ Projek Pembangunan Buah- Buahan Terpilih
♦ Projek Pembangunan Kluster Mangga