OSCAR

Pusat Setempat Regulatori Pertanian (OSCAR) ditubuhkan pada tahun 2017 selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang berkualiti kepada orang ramai.

Di pusat ini, pengunjung dapat menyaksikan keunikan dunia serangga melalui pameran serangga awet yang dikumpulkan dari seluruh Malaysia. Di OSCAR juga terdapat pusat sumber yang menghimpunkan bahan rujukan pertanian dalam bentuk buku dan media.

  • Menawarkan perkhidmatan regulatori pertanian setempat.
  • Pembelajaran mengenai serangga.
  • Menyediakan maklumat berkaitan pertanian.
  • Repositori perosak pertanian.
(A)

Pengeluaran Permit/Kelulusan, Lesen, Pendaftaran, Skim dan Pensijilan

PERMIT

  • Permit Import/ Eksport/ Eksport Semula Konvensyen Perdagangan Antarabangsa mengenai Spesies Fauna & Flora Liar Terancam Pupus (CITES)
  • Pengimportan Mikroorganisma & Bahan Organik (MOBO)
  • Kelulusan Pembelian Racun Makhluk Perosak
  • Kelulusan Pengiklanan Racun Makhluk Perosak
  • Permit Import Racun Makhluk Perosak bagi Maksud-maksud Pelajaran & Penyelidikan

 

LESEN

  • Lesen Pengendali Kawalan Makhluk Perosak
  • Lesen Pemakai Racun Makhluk Perosak
  • Lesen Pembantu Pemakai Racun Makhluk Perosak
  • Lesen Menjual/ Menyimpan Racun Makhluk Perosak Untuk Dijual
  • Permohonan Bagi Salinan Lesen Untuk Menjual/ Menyimpan Racun Perosak Untuk Dijual
  • Rekod Pembelian/ Penjualan/ Pelupusan Bagi Racun Makhluk Perosak Terhad

 

PENDAFTARAN

  • Pendaftaran Baru/ Semula Racun Makhluk Perosak

 

SKIM & PENSIJILAN

  • Phytosanitary Certificate
  • Skim Perakuan Pensijilan Pewasapan Malaysia (MAFAS)
  • Skim Perakuan Pensijilan Rawatan Haba Malaysia (MAHTAS)
  • Skim Perakuan Pensijilan Fitosanitasi Malaysia (MPCA)
(B)Khidmat Nasihat & Perundingan Teknikal
(C)Pengenalan & Rujukan Serangga
(D)Bayaran Setempat Perkhidmatan

 

 

 

 

 

  • Bilik Mesyuarat
  • Bilik Perundingan
  • Kaunter Pembayaran
  • Bilik Tayangan
  • Pusat Sumber
  • Galeri Serangga
 ISNIN – KHAMIS
8.00 pagi – 1.00 petang
2.00 petang – 4.30 petang

 JUMAAT
8.00 pagi – 12.15 tengahari
2.45 petang – 4.30 petang

BAYARAN
8.00 pagi – 3.30 petang

Ditutup pada hari Sabtu, Ahad & Hari Kelepasan Am


OSCAR terbuka untuk kunjungan orang ramai & masuk adalah percuma

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Bahagian Biosekuriti Tumbuhan
Jabatan Pertanian
Jalan Sultan Salahuddin
50632 Kuala Lumpur

Tel: 03-2030 1400
 Tel: 03-2030 1433 
 Faks: 03-2691 3550